PENGAKUAN EKSLUSIF DANIEL GUIZA
Daniel Guiza, yang
kelihatan sugul, sayu dan marah ketika ditemubual sejurus tamat perlawanan
antara JDTFC menentang Terengganu semalam, melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana
mendapat tahu beliau telah bermain dengan sebuah pasukan palsu. Tambahnya,
seluruh rakyat dan media Sepanyol kini mengecam dirinya kerana bermain dengan
pasukan tersebut. Mereka berpendapat, Guiza telah mencemarkan maruah, budaya
bolasepak dan Raja Sepanyol kerana bermain dengan pasukan palsu yang tiada
nilai integriti ini. Dirinya kini dikatakan dalam keadaan tertekan dan trauma sehingga
teman wanitanya yang tidak lagi sanggup menanggung rasa malu meminta putus dengan
mengirimkan “wall post message” di laman Facebook miliknya akibat bermain
dengan pasukan palsu ini.
“Saya kesal dan hati saya
terguris kerana mendapat tahu bermain dengan pasukan palsu dan saya tidak ingin
membangangkan diri saya lagi dan khususnya seluruh rakyat Sepanyol, namun saya
juga rasa bersyukur kerana akhirnya saya sudah mendapat tahu perkara sebenar
yang cuba disembunyikan oleh mereka selama ini”. Tambah Guiza, ini bukan soal
wang ringgit, tapi lebih kepada soal integriti, intelektual dan tanggungjawab
modal insan yang menjadi pegangan hidupnya selama ini. “Cukuplah dengan penghinaan
bermain dengan pasukan palsu ini. Saya sudah tidak sanggup. Saya tidak akan
menjatuhkan air muka saya dengan bermain dengan pasukan seperti ini lagi. Sebab
itulah saya tidak meraikan jaringan saya ketika menentang Terengganu kerana
tanda protes ke atas pasukan palsu ini. Hanya penyokong yang bijak saja faham.
Manakala yang bangang, terus bersorak macam orang kena rasuk saka”.
Pada masa yang sama. Guiza
melahirkan rasa terkejut dan pelik bagaimana pasukan ini sanggup mengambil
Safiq Rahim. “Sesungguhnya, Safiq itu tiada kaliber untuk bermain bolasepak.
Jika di Sepanyol, dia hanya taraf pencacai bola sepak saja. Kalau setakat “free
kick” dia tu, saya cuma gunakan tumit dan buku lali saja. Saya juga meluat
melihat misai nipisnya. Ada ketika, saya membayangkan bola itu adalah muka
Safiq semasa mengambil sepakan percuma atau penalti”, ujar Guiza dalam nada yang
amat geram dan meluat.
“Saya juga merasa hairan
bagaimana penyokong pasukan palsu ini boleh menjadi bangang dengan menyokong
pasukan ini dan tidak pasukan asal mereka yakni Johor FC dan juga Johor FA yang
sudah lama terperosok dalam Liga Perdana sebelum ini. Bagi saya ini satu
tindakan yang tidak bertamadun, bangang dan tiada integriti. Jika saya menjadi
mereka, pastinya saya akan menggantung diri. Dikahabarkan, sebelum saya
menyertai pasukan palsu ini, Stadium Larkin dan Stadium Pasir Gudang tidak pernah
penuh dan kadang kala hampir kosong. Nampaknya mereka ini bukanlah penyokong
bolasepak sebenar seperti penyokong Kelantan, Selangor dan Perak. Saya amat
malu dan menyesal. Semoga tuhan mengampuni dosa saya ini”, kata Guiza sambil
meludah dan memijak gambar muka Koyok yang dikatakan mengugut dirinya supaya
terus bermain dengan JDTFC.
Disamping itu, Guiza kerap
kali tertanya-tanya apakah maksud tiga bintang di atas logo JDTFC itu. “Saya
pernah menanyakan hal tersebut kepada rakan sepasukan ketika berdisko di
bandaraya Johor Bahru, tapi mereka kelihatan terpinga-pinga dan buntu akan
maksud bintang itu. Mulai saat itu saya sudah syak, pasukan ini adalah pasukan
palsu. Jelas sekali, bintang di atas logo itu juga hendak di palsukan oleh mereka!
Apa kejadahnya!” Bentak Guiza dalam bahasa Sepanyol.
Ketika di pengakhiran
temubual, Guiza sempat berpesan kepada penyokong Johor palsu, “saya menyeru kepada
mereka, kembalilah ke pangkal jalan. Masih belum terlambat untuk berbuat
demikian. Saya sudah nampak cahaya kebenaran, anda bila lagi? Janganlah di ikut
sangat perangai “glory hunter” Koyok dan IJF yang bangang itu”. Ujar Guiza
seraya memecut keretanya buat kali terkahir di bumi Johor.
-Artikel Ini ditulis oleh Recca
19 Ulasan:
kah3
wkwkwkwkkwkwkwkwkwkwkwkw
ni real2.
sembang lah...mcm la dia hebat sgt.. Masa dia nk dtg ke LIGA M nie xkan dia xtau JDT tu pasukan baru..pada hakikatnya dia yg bangang...
ini padu
Mcm bangang, rekaan semata mata..
Aq x phm,npe guiza blh pahm pew tu bagang ,pejadh,gan saka,aq jdi muskil,
Aq x phm,npe guiza blh pahm pew tu bagang ,pejadh,gan saka,aq jdi muskil,
Bukan dia yg cakap ni..rasanya ni kerja-kerja orang yang tidak bertanggungjawab dan nak menjatuhkan karier bolasepak dia ni..
Bodoh ni lah melayu xada otak...agaknya mak bapa xajar masa kecik..keje nk fitnah...nk jatuh maruah org lain...
Berita paling bangang, bodoh dan bebal pernah aku dengar.... Ko ingat guiza ni adik ko... Sengal...
cm xmsok akal je kan...agk2 la kot....
agak2 la guiza tu kenal koyok. sampai ada gambar, boleh pijak2 bagai..BONGOK la siapa yang buat berita BANGANG ni...
cerita rekaan org bodoh yg spm pun lingkup mcm ni la..haha wartawan pun xdpt info dr guiza yg mcm ni.. hebat giler wartawan ayat2 sekolah rendah ni..sian lak gua tgk..hahhahaaha
hahah..ramai betul Mr. Obvious kat sini..dah terang2 cerita rekaan..
yang pelik, cerita ni diorang pandai tolak...cerita nicholas gaitan boleh pulak diterima...mungkin cerita tu sedap di telinga gamaknya jadi senang nak percaya..hahah
tapi pikir2 balik, penyokong JDT je pun...apa nak pelik..keh2
Sape Dany ni? Kesian.. Kurg kasih syg...
Hahahaha amenda la korang ni. Benda ni kan sarcasm. Kalau tak boleh terima sarcasm jangan baca blog ni.
mohd faezal, apa lak tak leh baca,kalau dah blog tinjau2 mesti terpandang jgk..tak kira sarcasm atau saka pun,pereka ni buat fitnah je,selagi org baca selagi tu dia dok tanggung dosa,bodoh gila..sepuluh kali gua baca,bertimbun2 dosa dia dpt..bongok nya melayu mcm ni..
Sesiapa yang terasa hati, harap jangan dipendam tapi skroll terus sampai ke bawah laman web ni dan baca.
Kalau nak serius jugak sila angkat kaki, jalan terus ,belok kiri le lepas tu sila pergi mampos.
Catat Ulasan