ANDA SEDANG MEMBACA

13

Selamat Datang Bola Sepak. Selamat Kembali Arsenal yang Sentiasa Diperhatikan dan Dicemburui.

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Ogos 17, 2013 ,
Hai, saya Pipiyapong. Anda kini berada di laman web Sokernet iaitu permulaan kepada semua 'Sokernet' yang wujud di Malaysia pada hari ini. Selamat datang ke Sokernet!

Malam ini musim kelima Sokernet akan bermula. Ulasan, ramalan, berita, gosip dan luahan bola sepak semasa akan kembali dipaparkan di Sokernet terutamanya Liga Perdana Inggeris diikuti kemudiannya dengan liga liga utama Eropah dan Piala Malaysia. Untuk itu seramai 19 pengulas akan bersama anda dalam melayari musim bola sepak terbaik ARSENAL.

Arsenal akan muncul juara musim ini.

Saya bukanlah bersikap berat sebelah, tapi ini adalah hakikat yang kita semua patut terima. 

Lain pula kalau saya mengatakan Liverpool akan muncul juara. Itu kelihatan seperti menyindir pasukan yang sudah tidak punya apa-apa lagi. Mereka Liverpool hidup dalam lara kesedihan dan berpura-pura gembira mengharungi musim demi musim. Tidak hairanlah jika baru baru ini saya mendapat khabar semua Liverpool berkumpul ketika kejadian hujan meteor untuk memohon hajat yang besar.



NOTAKAKI:  HARI INI 17 OGOS 2013. ULANG TAHUN KE-4 SOKERNET.

13 Ulasan:

anak kacukan darat dan laut berkata...

Hai, saya Pipiyapong. Anda kini berada di laman web Sokernet iaitu permulaan kepada semua 'Sokernet' yang wujud di Malaysia pada hari ini. Selamat datang ke Sokernet!

ayat skima badak eh.... hahahha

Unknown berkata...

angkuh dan takbur..kipidap

mooie berkata...

hahaha.
selamat ulang tahun ke-4 sokernet. kekalkan sombong dan angkuh anda.

Tanpa Nama berkata...

arsenal akan terus menghiburkan kita dgn so called ART nye. tp kalau bab piala itu citer sang purbakala atau khayalan tatkala pekena ketum je haha

Tanpa Nama berkata...

angkuh la lagi yop....asnel ko mmg jadi makanan la...ahahahahahaha...mia san mia

iampali berkata...

main telur ke main bola budk2 sengal ni. tukar je la wenger tu

Madafakkka™ berkata...

kah kah kah. sayur sayur

pendekar alex berkata...

arsenal menang brp td eh?

hantuLongkang berkata...

hai pipiyapong...saya ada teka-teki..
liverpool dia takut nak sindir...tapi sindir arsenal juara berani pulak...cuba teka, siapakah dia? :D

mirul berkata...

Arsenal 1 - 3 Aston Villa

Stadium Emirates

Celah mane juaranye ni?

Tanpa Nama berkata...

saje je bg club lain smngat dlu..pas ni tengok" mng jr da..

Tanpa Nama berkata...

kecian2.. permainan tadika jek arsengal ney... juara sangat... kah2.. ayaman

Tanpa Nama berkata...

Begitulah arsenal...harapan berbunga...tapi almari trophy masih kontang mcm gurun kat negara emeriyah arab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...