ANDA SEDANG MEMBACA

26

Siri Bercakap Dengan Setan : JDT FC - Asas Pemahaman Dan Impak Kepada Persekitaran Sejagat (Bahagian 2)



Entri SBDS ini panjang sebenarnya. Namun pihak rakan pengulas sepakat mencadangkan aku pecahkan kepada beberapa bahagian. Bersambung dari bahagian SATU :

*Ritual memanggil Encik Setan*


Encik Setan: Hai bang. Berjumpa lagi kita. Nah aku payung dam sebalut. Ok. Kenapa logo JDT FC ada tiga bintang? Logo Johor FC dan PKENJ FC takde bintang pun. Cedok dari Johor FA punya piala ke?

Terima kasih. For the start, siapa yang kata bintang tu sebab menang piala? Siapa? Kalau macam tu, Selangor dah menang berpuluh piala maknanya berpuluh bintang la kena bubuh? Pihak JDT atau pemiliknya Johor Corp tak pernah kata bintang kat logo JDT tu bintang menang piala. Kau tahu ke tidak?

Ketika bergelar PKENJ FC dan Johor FC, kelab pernah memenangi beberapa piala bermula dengan Piala Sultan Johor (1988) yang melayakkan mereka untuk bermain Liga FAM. Seterusnya menang pula Liga FAM (1994 & 1995) dan menjuarai Liga Perdana 2 pada tahun 1997 dan 2001. Belum pernah menang sebarang piala utama pun.

Johor FA pula pernah menang 2 kali sahaja Piala Malaysia (1985 & 1991), Liga perdana 1 (1991) dan Piala FA (1998). Setakat yang aku tahu, 3 bintang tu sebab 3 kali perubahan yang pernah dialami kelab iaitu dari zaman PKENJ FC, Johor FC dan terkini JDT FC. Itu sahaja.

Dan ya, sejak bila orang Malaysia ni sibuk sangat pasal bintang kat logo? Dan ramai jadikan point ni (bintang di logo), untuk benci JDT. Dulu Kelantan kena pasal ni dan sekarang JDT. Apa yang kau sakit hati sangat pasal bintang kat logo? Kau tak penat ke benci kesumat hanya sebab bintang kat logo? Get a life, satan!

Encik Setan: Jangan marah aku bang. Aku setan. Dengki mendengki ni memang kerja aku. Beberapa kelab seperti MP Muar dan MBJB FC di lingkupkan. Apa komen kau?

Bukan di lingkupkan. Kelab kelab itu masih ada cuma tidak di ketengahkan macam dulu. Aku pun tak setuju pasal ni pada mulanya. Aku risau tak berbaloi. Alasan mereka untuk rakyat Johor bersatu. Hakikatnya memang semenjak kejayaan double (Menang liga dan Piala Malaysia) oleh Johor FA pada 1991, kemeriahan bolasepak di negeri Johor beransur hilang. Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) macam tak berfungsi. Bak kata orang lama lama, ‘kau ni mati lagi baik’.

Aku nak tekankan kat sini, masa game final Piala Malaysia 1991 antara Johor FA lawan Selangor FA, aku datang stadium. Kau ada? Walaupun masa tu aku sekolah rendah lagi. Aku masih ingat macam mana kemeriahan dan suasana dalam stadium zaman tu. Dasat sungguh. Johor menang dan Boban score hatrik malam tu. Peh, inzal gila babi.

Kemeriahan era tersebut  dah lama sangat aku tak rasa. Dah lebih 20 tahun. Sehinggalah transformasi di lakukan oleh TMJ (Tengku Mahkota Johor) bermula 2012. Bila pergi stadium sekarang, kadang kadang sampai kena tengok bola sambil berdiri sebab stadium penuh. Kat tangga pun tak boleh duduk! Mengingatkan aku tentang kemeriahan pada era di awal 90-an.

Mungkin langkah tu ramai tak suka (termasuk aku). Dan memang bukan semua langkah tranformasi baru ni aku setuju. Beli Safiq Rahim dan jadikan kapten, lagi lah aku tak setuju. Tapi aku tak boleh tolak kemeriahan bolasepak Johor kini benar benar kembali. Bukankah tu lebih penting? No pain, no gain.


Sekadar hiasan.

Sebenarnya sedari awal tranformasi, pertandingan bolasepak di bawah anjuran PBNJ telah meningkat secara mendadak. Pelbagai pertandingan untuk pelbagai lapisan peringkat umur gigih dilakukan. Bolasepak menjadi fenomena di negeri Johor. Semua marhain nak main bola!

Dan aku harap, jika dilihat dari momentum ini, selepas ini akan terbit lebih banyak kelab bolasepak dari Johor. Cuma ya. Buat masa ini JDT FC dan Johor FA lebih diketengahkan berbanding yang lain. Tapi usaha pembangunan akar umbi tu tetap giat dilaksanakan. Apa lagi kau nak kutuk?

Encik Setan: Kutuk orang memang makanan aku bang. Padahal aku pergi stadium pun kadang kadang. Kah kah kah. (Ketawa panjang). Next question, Sokernet bukan benci orang Johor ke bang? Ke kau baru campur Sokernet?

Kami ada berbincang sesama admin pasal benda ni. Kami sepakat, sentimen ‘orang baru, orang lama’ ni benda bangang. Personally, masa aku start follow blog Sokernet dulu, follower tak sampai seratus pun lagi. Pengulas baru lain pun lebih kurang sama. Tapi tak terdetik pulak kami nak mengaku sebagai ‘orang lama’.

Bila Sokernet buka peluang melalui Sokernet Angkuh 2013, kami berani hantar artikel. Kami masuk secara gentlement. Kami pengulas baru memang tak pernah maki entri sesiapa. Zaman awal Sokernet dulu follower menghormati hasil usaha pengulas. Segala benda di bincang secara matang. Kau handal sangat? Hantar artikel sini. Ni simpan punai dalam kerandut apa kau dapat?

Orang (biasanya follower baru) salah anggap ingatkan Sokernet kenegerian, anti itu dan ini. Contoh mudah begini, Sokernet selalu bahan Liverpool dan Kelantan dulu. Tapi adakah ini bermakna Sokernet anti Liverpool dan Kelantan? Jika begitu, macam mana boleh ada pengulas Liverpool dan Kelantan dalam Sokernet? Cuba kau pikir dari situ.

Dan jika Sokernet anti Johor, macam mana aku orang Johor boleh menulis kat sini. Malah tak silap aku pengulas dari Johor paling ramai dalam Sokernet.

Sokernet bermula sebagai suatu medan wacana bolasepak yang disampaikan secara sarkastik(sarcasm). Zaman tu semuanya disampaikan secara humor, berkias dan diselaputi gurauan. Semua orang suka. Dan aku tak nafikan dari gurauan sarkastik, Sokernet pernah berubah (bukan semua) menjadi lebih hitam. Gurauan sarkastik berubah kepada penghinaan dan makian secara langsung dan pada aku, sejak detik itulah Sokernet tenggelam.

Sebenarnya kami berusaha untuk kembali menjadi Sokernet asal sambil serap input baru yang dirasakan sesuai. Benda tu mungkin ambil masa dan usaha yang tinggi. Bak kata Metallica, Enter Sandman. Boleh gitu?

Dulu punya Metallica.

Encik Setan: Boleh agaknya. Baik brader. Aku ni nama pun dah setan. Melayu pulak tu. Bastard Combo. Apa kau harap bagi penerangan panjang lebar begini?

Secara ikhlas, aku tak harap apa pun. Idea asalnya general baru Sokernet (Danny Armando) berasakan perlu ada entri yang back up JDT. Sebab sekarang senario pun dah macam bongok. Tak kisahlah kau nak benci JDT sekalipun, tapi ada yang siap benci orang Johor pulak.

Jika kau tak mampu tolak perasaan kenegerian dan suku bangsa dalam diri kau, itu hak kau. Tapi rugilah jika kau lahir sebagai orang Islam. Sebab dalam Islam, hanya iman membezakan kita. Tiada yang lain. Di Sokernet, kami anti kenegerian dan anti perkauman. Tak suka? Jangan masuk blog ni.

Kau berhak nak bagi pendapat apa sekalipun, dan aku berhak nak bagi pendapat aku. Man man. Cuma sebenarnya kami lebih galakkan lebih ramai follower lebih berani hantar artikel ke sini. Tapi kau tak bolehlah. Kau setan.

Alamak. Aku ada hal mustahak. Jumpa kau lain hari!

Encik Setan : Ahhh. Balas dendam....




Bersambung~~~~ 

26 Ulasan:

azratai punya berkata...

Ada wakil dari JDT baru meriah blog... hidup racynC! di bawah naungan sokernet!

talkIZcheap! berkata...

Boo! Keh keh keh :p

Tanpa Nama berkata...

Bastard combo.dangg.

Tanpa Nama berkata...

Liga Malaysia ni sbnrnya satu je masalah, bila team bola dia naik, perangai membangga diri tu melampau2. dari situ datangnya haters. pastu mula la benci2 negeri ni. senang cite, nak menyokong biarla matang.

Tanpa Nama berkata...

tak best langsung budak racynC ni buat entri.tak tarik feel aku nak baca sampai penghujung.

Tanpa Nama berkata...

transformasi nama kelab dari PKENJ FC, Johor FC dan JDT FC..semua tak layak terima bintang.bodoh apa?

Tanpa Nama berkata...

minta Racync buat entri bercakap dengan JMF pulak kenapa masuk stadium.mau perang ka?

Tanpa Nama berkata...

kepala butuh dia 3 bintang tu sebab transformasi tiga kali..dah tu 3 bintang kat logo johor fa sebab pe??? johor fa transformasi dari kelab ape setan?

kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Pendapat aku MP muar xpatut la buang camtu je..patut bangunkan JDT dgn Johor je..MP muar biar dia nk buat ape lantak diorang la..bukan senang nk bangunkan kelab bola sepak..bila dah agak stabil senang2 je cantas..dulu Pasir Gudang kena..pastu MBJB dgn MP Muar..
lagi 1 bak kata brader kat atas ni, 3 bintang kat logo johor sebab ape plak?boleh terangkan?

Apostolos Velios berkata...

3 bintang sebab 3 kali di revolusi ?? ini penerangan tahi ape ?? brazil letak 5 bintang kat logo sebab 5 kali menang piala dunia,england letak 1 bintang kat logo sebab 1 kali menang piala dunia. bintang tu lambang kejayaan, so kalau takde kejayaan bintang tak usah la gedik2 nak letak.team yang dah menang banyak cup tak gedik nak letak bintang,team yg tak menang hape2 berangan letak 3 bintang

Tanpa Nama berkata...

klau ade artikel psl JDT/JFA mesti haters nak meroyan. tah pape.

Tanpa Nama berkata...

DEY JDSHIT is shit just like RAcyNC eat shit!

- Tun Mari Mariappan

Tanpa Nama berkata...

Rilek racYnc,wlupn kta brlainan negri,kta ttp 1 negara,negara kta kt london,we are tottenham...update fb plak oi.

Tanpa Nama berkata...

Racync cakap tu betul. Folower baru blog sekarang memang ramai bunyik je lebih. Suruh buat entri takut. Tahi.

Gua bukan orang johor pun. Dan gua respek cara lu tulis. Teruskan bro.

Tanpa Nama berkata...

Aku plak,lgla xtau nk sokong ape,aku ni dok penang,taun dpan brula blh nk sokong,2 pn kt liga perdana,slalu ja kena bahan sbb penang xde dlm senarai.

Tanpa Nama berkata...

Yang part bintang tu bangang abadi punya alasan. Alasan macam alasan kelab London yg tak pernah menang UCL.

Niv berkata...

artikel panjang tapi kurang ilmiah dan fakta...lg 1 ko sgt berusaha utk jadi sarkastik.keep it up Racync

Tanpa Nama berkata...

semua pun nak ngaku orang lama follow blog sokernet..otai lah yer...serrammm...huhu

Mohd Nasrul Mohd Hadzir berkata...

"Setakat yang aku tahu, 3 bintang tu sebab 3 kali perubahan yang pernah dialami kelab iaitu dari zaman PKENJ FC, Johor FC dan terkini JDT FC. Itu sahaja."

ooo. tak tau pulak. kalau ada perubuhan setiap kali ada perubahan kelab kena letak bintang. lain macam btol falsafah bola ni. kira mcm Newton Heath LYR ditukar nama ke manchester united kira kena bubuh 2 bintang la.

Tanpa Nama berkata...

artikel ni macam korg baca alasan-alasan kenapa harga minyak mesti dinaikkan.macam tu la level artikel ni.soalan aku dari part 1 yang ko kata nak bawa JDT ke level AFC Champions League.apa kelakar ko ni.club Malaysia layak main AFC Cup je.

Tanpa Nama berkata...

alasan 3 bintang > 3 kali perubahan = alasan tahap anjing pale bana

camne pengulas ni bleh masuk sokernet

Tanpa Nama berkata...

3 bintang tu sbb 3 kali TMJ nak try Fazura tp xdpt..haha..Jantan Dayus Teraniaya..

Tanpa Nama berkata...

penuh emosi mcm drama swasta... siap nak ada sambungan lagi plak tu...

'Racync cakap tu betul. Folower baru blog sekarang memang ramai bunyik je lebih. Suruh buat entri takut. Tahi.'

kalau berani tapi tak de kualiti itu juga dikenali sebagai TAHI!

Mr. Schomey™ berkata...

woi talkIZcheap. kau tak jadi admin ke? punya la lama mengomen kat blog ni

rancidteloq berkata...

Ni bodo apa ni. Komen banyak sikit satgi suruh buat entri sendiri. Kalau hang takmau orang komen hang tak payah buat entry la bangang. Jdigimon boleh evolve2 pulak.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya alasan pasal bintang tu... mmg bodoh. Serius bodoh...
Lg satu apahal ko bangga gi stadium masa final tu.. nak up diri ke..?
Meh sini gua nak up gak.. masa gua sekolah rendah zaman semi pro gua tiap2 game tganu gua gi stadium... kecuali game kelantan.. ayah gua tak bagi...takut gocoh.. gua ingat lg saat wan azila bertumbuk dgn khalid shahdan. Gua panjat pagar sambil mulut gua memaki pemain johor... 'tok mu'.. tok mu'... tu le baru legend dan takde le malu nk up diri sendiri.. hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...