ANDA SEDANG MEMBACA

15

Hero: Dennis Bergkamp

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Ogos 22, 2009 , ,

Masa gua sekolah tingkatan satu dulu, ada sekali gua lepak dengan satu mamat Manchester United sekelas sambil baca muka belakang surat khabar. Dia tanya, siapa pemain kegemaran gua. Gua jawab,

"Bergkamp..."

Mamat rambut belah tengah tu gelak. Ada dua tiga ekor mamat yang lepak sekali tumpang gelak. Celaka.

"Be-kem laa...Sebut pun tak betul. Keh keh keh..."

Gua diam. Gua tahu masa tu David Beckham tengah top pasal baru lepas score gol jarak jauh. Dan gua tahu hampir 97.9% mamat Manchester United memang jenis macam tu. Jenis jiwang-rambut belah tengah-pakai jersi Manchester stail depan masuk seluar belakang keluar-seluar kaki 20-muka buat buat smart-stail ada adik angkat kat sekolah. Fuck betul. Masa tu budak-budak macam tu gua panggil budak-budak 'Jiwang Manchester'.

***

Gua malas nak cerita banyak pasal hero gua. Sebelum ni pun gua dah banyak cerita pasal hero gua ni kat blog gua. Cuma satu benda yang gua belum cerita dan gua akan cerita secara ekslusif di Sokernet ini.

Setiap gol jaringan Dennis Bergkamp adalah gol Dennis Bergkamp. Gol itu akan dipanggil 'Bergkamp's goal'. Sebab memang tak ada siapa-siapa yang score gol macam Dennis Bergkamp. Dalam dunia ni pula memang tak ada lagi pemain bola yang main bola macam Dennis Bergkamp.

5 tahun gua belajar di sekolah asrama dengan hampir setiap petang gua habiskan masa bermain bola sepak, gua mempunyai testimonial daripada kawan-kawan sepermainan yang buat hati gua sebak bila terkenang balik.

Setiap kali gua jaringkan gol, semua akan mengatakan itu bukan gol gua. Kata mereka, itu gol Dennis Bergkamp. 'Bergkamp's goal'. Ya, sampai sekarang gua terharu. Gol gua telah disamakan dengan gol pemain terbaik dunia yang tak pernah masuk surat khabar pasal isu bodoh bodoh macam Cristiano Ronaldoh atau Rooney.

Sekian, terima kasih. Kalau agak-agak panas hati, pergi booking padang sekarang!




15 Ulasan:

Alexia Aqram berkata...

hello mr sokernet.

bergkamp. sapa yang tak kenal dia, memanglah buta EPL. huhu..

henry pun mengispirasikan dia, van persi pun sama. satu belanda dulu anggap dia adalah jelmaan marco van basten.

bila kau review pasal bergkamp. aku terus cari2 jersi arsenal lama aku yang bertaja JVC. aisey, no 16 plak. aku fikir no 10. aku rasa no 16 adalah kepunyaan tony adams ataupun silvinho. betul ke tak eh?

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Tony Adams pakai nombor 6. Silvinho ye laa kot. Tapi mamat tu cepat sangat blah...

bloodynose berkata...

buleh kagum walaupun tengok dua video serentak.
kekadang jersi lama arsenel nmpk lucu..tp bergkamp punya pasal buleh tergerak gak nk beli yang siam punya..
kalau tak salah saya,ada sekali tu (mungkin lebih) calon2 untuk gol bulan ini semuanya gol bergkamp..

waiem berkata...

addict tol la blog ni...tiap jam nak bukak wlau tak layan EPL..

tagline baru diri "web sokernet didahulukan, ulasan sokernet di utamakan"

slmt maju jaya kpd sokernet

FIRZA berkata...

yg ni wa stuju....

Daud berkata...

teringat kat gol Belanda vs Argentina masa World Cup 98. Time dia sambut long ball Frank De Boer tu aku dah boleh agak sesuatu yg special akan terjadi.Respect.

Tahniah Sokernet kerana mewujudkan segmen Hero ni. Biar budak-budak tahu yg mana intan, yg mana kaca.

awi.rui berkata...

terima kasih pipiyapong.

Bergkamp - satu dalam beribu-ribu.

Ahmad Afif berkata...

bergkamp aku kagum dengan teknik dan pengawalan bola dia, juga gol chip yang selalu gila dia buat,dia tunjukkan,untuk skor tak perlu nak sepak kuat sangat, cuma direction dan teknik menyepak itu penting, gua juga kagum dengan first touch dia yang sangat clean.

ada juga pemain yang 1st touch dia agak cantik di epl, berbatov, tapi tak sehandal bergkamp.

betul, satu dalam beribu.

Unknown berkata...

Perggh!!! aku sgt berbangga sbb dpt tgk gol2 tu( vs newcastle & vs argentina)live...Dan bnyk gol Bergkamp yg lain

Bergkamp, Pires(dia tukar but baru,aku pon tukar), Henry mmg Idola aku

The Koppite YNWA

Alke berkata...

betul bro, wa yg Man United fan pun suke ngan die. aku rase time tu golden era arsenal la, dgn petit, tony adam, Keown, Viera, fuhhh..meman mantap!!

Ahmad Belia berkata...

riak macma gampang!

mr. hafis berkata...

ada satu lagi lu lupa. christopher kiwomya.

hero lu tu. keh keh keh.

. berkata...

gol time lawan newcastle...
siyes cm shit..
bola lari lain, badan lari ke lain...
tp destinasi akhir tetap sama
GOL!!!

Tanpa Nama berkata...

bab suh booking padang gua panas.. tunggu la lepas raya.. lepas gua dah beli but bola. lepas dah kasi fitness mantap.. pastu kita set game..
satu lg.. gua konpius bab member lu puji gol lu mcm gol bergkamp tuh..??? btul lu tak salah dengar nih..???

Amrinho Vibe berkata...

bergkamp-king of futbol!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...