ANDA SEDANG MEMBACA

54

Ulasan Saya Pasal Perlawanan Manchester Menentang Arsenal Yang Gua Hairan Apa Pasal Ramai Tunggu.

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, September 02, 2009 , ,

Gua baru sampai Malaysia selepas bercuti beberapa hari di Manchester, London dan singgah Disneyland. Itu yang lambat sikit gua ulas pasal game ni. Seperti yang lu orang tahu, gua ke sana untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United (Juara 11 kali EPL) menentang Arsenal (Satu-satunya pasukan bola sepak di dunia yang buat hal tak kalah-kalah sampai 49 perlawanan dalam liga inggeris Astarghfirullah terer gila). Tapi keputusannya lu orang dah tahu juga, Arsenal kalah lagi. Gua tak kisah sangat pasal kalah. Sebab Arsenal kalah dengan Manchester United. Bagi gua, kira orait la kalah dengan Juara England berbanding kalah dengan Juara Kampung Lancashire. Cuma gua hairan juga. Kenapa beria-ia, galak tak ingat penyokong Manchester United cawangan Malaysia ni bila menang dengan Arsenal? Pasal apa? Hah jawab, jawab. Arsenal bukan pasukan champion sangat pun. Arsenal cuma pasukan yang main bola astarghfirullah cun gila saja. Kebiasaannya hampir 98.7% penyokong Arsenal akan malu kalau menang tapi main tak cun astarghfirullah. Tengok Chelsea main, sumpah gua mengantuk. Astro patut berhenti tayang Chelsea punya game. Tunjuk result je cukup.

Itu hari gua sampai Old Trafford dah lambat. Gua tumpang kereta Alex James sekali dengan Graham Coxon dan Claire Neate (bini Alex James). Kita orang gerak dari Oxfordshire, South East England ke North West. Gila babi jauh. Alex James pula bawa laju macam setan. Sampai-sampai Old Trafford, orang dah ramai gila babi dalam stadium. Boleh tahan juga buruk Stadium Old Trafford ni. Bukan taste gua. Alex James parking tempat parking paling mahal sekali. Parking sebelah kereta Morrisey. Kereta Morrisey macam gampang. Ada sticker Cantona 7. Sama perangai macam budak-budak Manchester United kat Malaysia.

Bila masuk stadium, pemain-pemain Arsenal dan Manchester United dah masuk ke padang. Kita orang kucar-kacir cari tempat duduk. Sambil-sambil cari tempat duduk tu, gua terperasan Jorji duduk sebelah Ian Brown dan Morrisey yang tengah makan burger daging sambil pandang kiri kanan. Jorji buat buat tak pandang. Celaka. Barisan atas sikit daripada diorang, gua nampak Richard Ashcroft pakai jersi Manchester lengkap dengan muka pucat.

"Woi! Lepak situ buat apa? Port Arsenal kat sini laa...!"

Terkejut gua. Gua cari-cari suara siapa yang buat hal tu. Johnny Rotten tengah berdiri sambil lambai-lambai kita orang dari tempat duduk seksyen sebelah. Celaka punya orang tua. Sampai sekarang tak berubah. Gua, Graham Coxon, Alex James dan bini terus pecut pergi port Johnny Rotten. Ramai juga lepak situ. Budak budak Sick Of It All pun ada. Ganas gila muka masing-masing. Masa gua berjalan ke seksyen sebelah, gua berselisih dengan Bernard Sumner.

"Weh Bernard..." tegur gua.

"Weh hang pun ada juga?" jawab Bernard.

"Jom laa lepak sana..." gua ajak Bernard Sumner lepak sekali dekat port Johnny Rotten.

"Keh keh keh...pungkok hang. Aku Manchester laa..."

"Cilake..." sempat gua cekik dia sekali, sebelum dia blah pergi port Ian Brown.

Sampai seksyen sebelah, ramai lagi lepak situ rupanya. Nick Hornby duduk jauh gila kat bucu-bucu tepi sambil riba komputer kecik. Agaknya tengah taip novel terbaru. Tak agak-agak nak taip time orang kucar-kacir ni.

"Woi!" Noel dengan Liam Gallagher jerit ke gua.

"Woi! Apa jadah layan bola sini? Pergi lepak stadium City lu orang laa..." balas gua. Adik beradik tu sengih-sengih sambil buka jaket tunjuk t-shirt 'Manchester United Palat'. Gua geleng kepala. Tak kisah laa deme nak tolong sokong pun. Alex James dengan Graham Coxon buat-buat tak pandang Liam dengan Noel. Dendam lama tak settle lagi agaknya.

Ronnie O' Sullivan yang duduk tepi tangga diam macam nak tunggu turn bidik bola snuker. Serius betul.

"Rilek..rilek, menang punya Ron. Jangan Risau..." tegur gua. Ronnie sengih malu-malu. Dressing pun macam baru balik lawan snuker.

Gua ambil tempat duduk. Sebelah Johnny Rotten. Orang tua tu bau macam setan. Sebelah gua Darren Fergueson tersengih-sengih.

"Woi! Pergi duduk sebelah bapak lu laa...!!" gua gertak Darren. Kutu-kutu lain semua pakat-pakat bergurau ejek Darren. Merah muka Darren. Ikut merah muka bapak dia, Alex.

Sedar tak sedar game dah start. Arsenal main cun gila. Budak-budak Sick Of It All kat belakang dah naik gila kat belakang sambil kibar bendera Manchester United gambar setan pegang penis. Gua tak tahu pula diorang ni sokong Arsenal ke, benci Manchester United.

"Woi Robin Hood. Terhegeh-hegeh...!" jerit Johnny Rotten macam gengster. Terkejut juga gua yang masa tu tengah layan Gallas dengan Vermalen yang main solid gila babi.

Kevin Costner tersengih-sengih pandang sambil berlari-lari anak cari tempat duduk kosong.

Tiba-tiba bila sampai minit ke-40,

"Golllll...!!!!" Semua jerit. Kat seksyen sebelah Jorji tengah pegang kepala.

Arshavin rembat gila babi laju. Bola macam jet pejuang dia punya pergi. Semua yang lepak port tu jadi havoc. Dido, Gillian Anderson dengan Samantha Mumba pun dah start tanggal baju. Cilake. Gua jeling sikit-sikit je laa. Bulan puasa beb...

Perlawanan rehat sekejap. Gua pergi belakang lepak dengan budak-budak Sick Of It All. Sembang-sembang pasal scene HC/Punk kat New York. Cilake...Osama Laden pun lepak sekali situ. Pakai topeng H1N1. Dia ingat orang tak cam laa tu.

Bila start second half, gua fokus betul-betul. Johnny Rotten pun serius je tengok sebelah gua. Masing-masing berdebar tak ingat. Tiba-tiba,

"Fuck...!!!" jerit Johnny Rotten.

"No doubt, it's a penalty..." menganjing Johnny Rotten buat-buat stail pengulas legend, Martin Tyler. Nick Hornby dah start baling jagung senyap-senyap kat port Manchester United sebelah lepas tu buat-buat macam tengah sibuk menaip. Yang lain semua dah berdiri macam nak merusuh. Termasuk la gua sekali.

"Hello Usain..." Johnny Rotten tiba-tiba cakap dengan telefon.

"Hah Johnny. Mende hal?" gua terdengar sikit-sikit suara Usain Bolt.

"Lu tengok tak game Arsenal ni?" tanya Johnny Rotten.

"Gampit. Mesti laa tengok. Rooney ni macam celaka. Bola yang dia tolak sebelum buat-buat jatuh kena tackle Almunia tu gua pun tak boleh kejar. Inikan lembu tu..." balas Usain Bolt.

"Yes, Usain. Itu yang gua nak dengar..." Johnny Rotten terus letak telefon 3210 dia dalam kocek jaket. Dia cakap jaket tu dia pakai sejak tahun 1976 kat gua.

5 minit kemudian,

"Fuck...!!! jerit Johnny Rotten lagi sekali. Gua pun dah start terajang kerusi.

Osama Laden berlari ke depan bawa dua biji bom. Gaya-gaya macam nak target Diaby. Panik juga gua tengok Osama Laden ni dah buang tabiat. Gua terus pecut halang Osama.

"Rilek, Osama. Baru perlawanan ketiga. Perjalanan liga masih panjang..." gua tenangkan Osama Laden.

Osama Laden mengucap panjang. Johnny Rotten sebelah gua senyum nipis.

Bila tamat saja game, semua yang lepak port tu berdiri bangun tepuk tangan sebagai penghargaan kepada pemain Arsenal yang bermain bagus tetapi nasib tidak menyebelahi.

Dari jauh, gua nampak kelibat Morrisey dan Ian Brown yang turut berdiri memberi tepukan kepada pemain-pemain Arsenal. Cuma Jorji je gua tengok bukan main eksyen main balas-balas SMS dengan Libyaman. Cilake.


Notakakimaincungila: Penyokong Arsenal, jangan kecewa sangat. Hari tu hari 'dive' dia. Nanti hari 'dive' kita lagi sekali. Keh keh keh.


Penyokong setia Arsenal sejak tahun 1970.

54 Ulasan:

rdzwn berkata...

first.

Bogus berkata...

cuba lagi dilain hari ok...

Shahrul Tanaka berkata...

macam celaka..lily allen n kate nash sokong ape siak?

teRi berkata...

entri yg bagus.. ayat lu best!

moqh berkata...

panjang mana pun cite lu..yang kalah tetap kalah...hahaha

gianfranco zola berkata...

thehehe...

macam lucius kata, kalau nak main bola cantik pi masuk miss world..

kehkehkeh...

kitt berkata...

bebelitbelit.haha

Tanpa Nama berkata...

hahahha
orang usha blog ni nak gelak gelak
diorang sibuk betikam
pipi gak cool

demang berkata...

kah kah kah kah kah kah
boria orang kalah
kah kah kah kah kah

.Gory. berkata...

usain bolt bukan seteru MU gak ke...
aku igt diaby mengidam nak maen ngan MU la

Tanpa Nama berkata...

caya2..gua percaya lu ada jiwa arsenal yang sejati..balas dengan ayat2 cantik.. sama la mcm arsenal punyer game.. balas ngan main cantik2 jer..menang? itu bonus je bagi kitorg.. mm.. bab taknak tgk main cantik gua tak setuju.. nak tgk menang kalah je baik tunggu final result je kan..? kita nak tgk permainan bola.. mesti la nak tgk seni bola tuh kan.. pelik org yg komen nih.. sama la kalo lu tgk program miss world tuh.. sebab pe lu tgk..? sebab dia punye seksi ngan cantik la kan..? sebab dia punye seni! mm.. m.u fan sumer.. takyah bangga sgt dgn kemenangan nih.. sb takder ape nak dibanggakan.. nak cakap statistik.. arsenal yang skor 2 gol kan..? walaupun satu gol sendiri (sengall!).. lebih elok gua rasa lu puji je arsenal punya game sambil berterima kasih daripada lu org berbangga sgt2 sebab lu bernasib baik menang.. kalo tak dah la game m.u sekarang dah tak cantik.. result pun ntah ke mana.. kan naya kene kutuk.. sebab kelegaan team m.u menang la yg mmbuat korg tersentak utk berbangga tu gua rasa.. tapi takper.. sebagai fan yg true gua faham.. tapi serius kemenangan m.u kali nih langsung tak boleh dibanggakan.. tapi boleh disyukuri..

encikmasen berkata...

terbaek ah pipi..ni baru cip namanya..
tak gentarr..

*tang osama tu macam haram..hahahaha*

crazy_labelle berkata...

abg pipi... i will follow u... huhu...

tp tanpa obama tu la definitely...

hilman.fikry berkata...

tulis lah 3 muke surat pun.
post lah kat satu dunia pun.
kalah itu kalah. =D

fariz izwan berkata...

lu cool,sama macam arsenal.

iftitah berkata...

shoot. kalau aku tau gillian anderson datang mesti aku gi ikut kau pipi.

Besi Karat berkata...

sebab ni la org tunggu lu punya ulasan beb..hahahah terbaik..

pakkordi berkata...

Arsenal ke, Spurs ke, chelsea ke or "M.U" ke, ni semua strategy charlie wilson untul menangkan liverpool. Jgn senang sangat kena trick wahai uncle dan aunty ku sekalian.

- a sweet silver song of a lark (apa jadah maknanya, jgn tanya gua)

pakkordi berkata...

Post script:

tu lah sebab gua main golf aje skang ni.

sEmut berkata...

cilakak, apasal lu petik nama cantona 7? lu tau tak gua membesar dengan kehebatan dia?

Tanpa Nama berkata...

wakakakak..terbaek!!ayat2 lu cnteekkk..

Tanpa Nama berkata...

gua rasa pipi terlepas pandang masa wanger sepak botol..

Azri Rotten berkata...

hahaha! kirim salam same johnny rotten. die pakai subang safety pin lagi x? gua denga die dah sellout, jual butter dpn media. lu x jumpe joy division ke buzzcocks ke adicts?

Hazerin berkata...

tak boleh blah bile aok tulis osama pun tgk bola. keh sekeh kepala aok kang.

paraxixth berkata...

kutil betul la..pehal kutuk chelsea nie. agak2 la bro..agak tak puas hati kite bertemu nnt.. itu jam arsenal punye penyokong tak yah tgk pun takpe. sebab nnt menambah luka dihati.

chelsea lawan burnley mmg bosan.sebab team kampung. tapi ade team yang juara 11 kali EPL tu dah kene nganjing dengan teamm kampung tu. chelsae stedy gah dipersada EPL.

bro! better watch out k. ini amaran keras dari gua. arsenal tak kemana season nie. hahahah

Tanpa Nama berkata...

aku tak pueh ati samantha mumba ngan dido pn enterprem skali.apa kes?

Tanpa Nama berkata...

abg pipi,
you're my man.. you're the best..pheewiittt

ayobkelubi berkata...

lu petik nama kawan kelas gua alex james dgn graham coxon!. kim salam kat derang kalau lu jumpa derang lagi. damon albarn apa kabau?. still join GO-LI-LA lagi kah?.

meor-name-depan-ku berkata...

Steady gak khayalan lu...........

Sampai Oasis pn lepak ngan lu...

Epi berkata...

nasib baik lu tak masukkan ian curtis skali. hahaha.

Azlan Zed berkata...

terbaik...

lu memang cool...

miele berkata...

Apa pun ko nak cakap xkesah, tapi Morissey lu jangan kacau.....dunia terbalik pun dia takkan applaud Arsenal rasanya.

Tapi aku applaud jugak la, walaupun rasanya Arsenal tak boleh sangat la nak berbangga sangat bila main cantik /seni, sebab lawan team yg terbukti sentiasa main macam palat di awal musim. Tunggu tengah / akhir season nanti plak k?

FIRZA berkata...

cam chilake pun ade.....mamak mane yang lu tukar jadi stadium Trafford Tua ni?....hakhakhakhak....

Jorji berkata...

Bila Arshavin score, Ian brown cakap .."apa style mamat ni celebrate gol ni? takda seni langsung!"

"bukan golnya yang cantik, ben foster yang tidur" kata Morrisey. sarkastik,macam biasa.

iyan berkata...

macam cilaka king!
sick of it all pun ada...

mizu_sama berkata...

petik nama bagai2....

gua x kesah pun entri nih...tapi sempat lg lu selit kutuk chelsea.ni yg nak balas nie.

chelsea main ngantuk?aaa betul tue,gua pegang remote pun kadang2 tgk chanel lain.

tapi x de hal la....janji menang 4-1 beberapa bulan lalu di emirate...tul kot kata2 lu...chelsea punya gem ngantuk..smpai wenger x seda dah kene titik 4 gol.sampai ter own gol(habit arsenal ke own gol)..sian lu orang..kene pukau ngan permainan ngantuk chelsea..tp gem tu bkn ada cup pun...ohh sebut pasal cup..team main cun nie yg kalah 2-1 semi FA cup kn?apsal?ooo..korang ngantuk kot...kene pukau la tue..kah kah kah...


sekian dr kem chelsea cawangan felda sg koyan 3.

hanuman berkata...

maka sudh tertulis dlm luh mahfuz yg arsenal kalah...sudah ditentukan sjk dulu lagi...ekekek..so tak pyh la tls cantik2 ker pjg2 ker..

melayurepublik berkata...

arsenal - men cun, kurang ada luck (tak pakai pendinding kot)

man u - men tak berapa cun, tapi banyak luck. (ferguson beli pendinding kat wak senoyan bila datang malaysia)

chelsea - masyallah ngantuk bila tgk, tapi luck tak banyak, tapi tak kalah lagi. (dulu scolari ada bgtau, saya bawa chelsea ke malaysia sebab dulu saya bawa brazil ke sini, brazil menang world cup! tapi, akhirnya scolari kena pecat! mungkin dah tak pakai jin wak senoyan, pakai jin dari afrika baik punya)

liverpool - hampir cun bila men, luck macam chipsmore, kejap ada, kejap takde. (orang spain tak tahu menahu pasal bomoh kot, kan depa hanyalah pelayan restaurant yang gemuk)

man city - kurang chemistry lagi, perlu 6 bulan untuk serasi. (tapi dengar cerita city pakai jin besar amek kat laut merah sana! fuyoo!)

p/s: petik point pakai bomoh, memang tak bley blah!

medihebat berkata...

arsenal dah kalah...masa game tu morrisey pakai neck-tie halus tak...?

faez berkata...

arsenal main mlm2 xde ler lawa mana pun.. ade ler certain game yg diorng men lawa..(sbb de fletcher ngan vidic kot).. lorongan chantek yg diorang slalu wat time lwn team lain, sume kene potong.. tp bab chelsea 2 aku stuju.. mmg xpernah de game yg chelsea men lawa.. tp de fan lg kan??

Besi Karat berkata...

chelsea zaman giafranco zola,roberto di matteo main lawa ape.

mupese berkata...

tu zaman dulu bro..skang ni zaman chelsea maen x lawa tp menang jugak..nak bwat mcm mane ...fan chelsea pun bertambah ramai lepas maurinho masuk..

Amrinho Vibe berkata...

menyu suk!!!

menopaus berkata...

taik ar manyur

demang berkata...

kah kah kah kah kah kah
cerita lebat
kah kah kah kah kah kah
kalah jugk
gelak sama dia
kah kah kah kah kah

-MsGoodNite- berkata...

Cerita mengarut boley la.. hehehe...
byk berangan la pp nih..ahaks!

wanntalk berkata...

emm pe kata korang tgk cite top gear (memang lari topik, tapi gua nk amik konsep cite tu)...ada 3 pengacara, masing2 test kereta, semua cakap kete diorang power, but at the end, smua ada kelebihan dan kekurangan..

Tanpa Nama berkata...

walaupon arSENGAL tewas,lu ttp cool la pipi...tabik tahap langit kat lu...papehal pon,arsenal ttp tewas...ucapan takziah dr ak...

faizburn berkata...

pipi the best! Arsenal tetap champion..!!

Tanpa Nama berkata...

...

http://www.goal.com/en/news/9/england/2009/09/03/1478555/usain-bolt-my-pep-talk-helped-manchester-united-back-to

...

usain bolt support man u la

...

Tanpa Nama berkata...

Pipi.. Minggu lepas internationals ni, aku nak gi tgk Liverpool main. Mungkin gi dengan Ian Broudie ngan budak2 Lightning Seeds kot.. Kamu nak ngikut?

iedan berkata...

lu takde keje laen....

conclusion : sapet !!
bhahahaa..manu tetap menang baii

Apit_KipasKOP berkata...

"Weh hang pun ada juga?" jawab Bernard.<--aram bernard stail ckp kedah..suh dia kol ak ak nk sembang dgn dia..

Tanpa Nama berkata...

adoi... almost all arsengal fans salahkan ref, MU etc... yg diaby men cam haram taknak plah salahkan? itu la mistake paling truk.. boleh kata disaster la utk mr bean sbb goal diaby tu turning point utk MU bangkit... lu org nasib baik la MU still harap striker sengal berba tu yg miss gol bila one by one keeper... walhal sapa tah cross dah cantik.... bayangkan kalau owen kat situ.. mau 3-1 beb!!!! at the end of the game salahkan MU, ref... apsal? telinga dah berdarah ke? kene kutuk kaw2 ngn MU fans? lu org baru mng 3,4 game termasuk game yg eduardo dive tu pun lu org da konfiden nak lawan MU... hahahahaha.... lu tgk ferguson... relek jer... takat wenger tu kacang jer bagi dia.... tul tak encik kacang? = mr ben..?? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...