ANDA SEDANG MEMBACA

19

RANGKUMAN SUKAN ASIA

Nazri Isnin, November 22, 2010 , ,

FINAL SUKAN LIPAT DEPAN JARING
Regu Pertama set pertama main mula-mula nampak seperti ada sinar cahaya mentari disebalik awan gelap. Tapi lantaran dek kerana terlalu fokus nak menari depan net menyebabkan team Thailand mengambil peluang untuk memperolehi mata demi mata.

Regu kedua Malaysia hanyut bak serpih-serpih embun pagi di atas daun.

Tapi buat perbadingan 3 Sukan Asia terakhir termasuk ini, saya kira inilah team Malaysia yang paling melawan. Bagi saya la setelah tengok 3 edisi sukan Asia. Mungkin pada mata pembaca lain analisisnya, boleh la komen ye.

Walaupun kalah, team takraw Malaysia adalah hero di mata saya! Salut!

FINAL BERGU BADMINTON
Ini game kote. Setelah menang set pertama dan 4 kali (jika tak silap saya la) dapat gold medal match point pada set kedua, bergu KKKTBH boleh gabra dan akhirnya pingat emas yang sepatutnya sudah dalam tangan, termelayang di tangan warga lain. Hancurnya hati saya.

Tapi walaupun kalah, bergu KKKTBH ini tetap hero di mata saya. Salut!

FINAL BRUCE LEE LAWAN JENERAL TENTERA CHINA DIVISYEN SELATAN
Chong Wei ni body ala-ala Bruce Lee, sementara Lin Dan dengan ketinggian dan body sasa ibarat Jeneral Tentera dalam komik Raja Rimba. Dalam game ini Chong Wei boleh menang, tapi apakan daya, psikologi sekali lagi memakan diri.

Set pertama nampak Bruce Lee dah cuba sedaya upaya, tapi gabra juga. Set kedua macam nampak Bruce Lee dah tambah keyakinan. Tapi apakan daya, set ketiga penentu segalanya.

Chong Wei ibarat Roger Federer untuk badminton dan Lin Dan ibarat Rafael Nadal. Seteru yang tak kunjung sudah, menang yang tak kunjung nampak.

Ramai yang maki Chong wei, tapi saya tetap anggap anda hero Malaysia! Salut!

FINAL ROBOT WANITA SUKAN SQUASY

Salah seorang atlet squasy wanita luar negara (maaf, lupa nama) pernah menggelar Nicol David sebagai 'robot'. Merujuk kepada permainan sempurna ratu Skuasy Malaysia ini.

Sinar yang dijangka, memang sinar yang datang. Bersama rakan jantina lain yang turut bersinar sama-sama yakni Mohd Azlan Iskandar.

Dua ekor ini juga adalah hero saya! Salut!

ada beberapa lagi hero yang menang emas seperti lumba basikal dan Wushu, tapi saya tak tengok sebab tak minat.

Team Hoki dah masuk semifinal, team Boling pun ikut kata Utusanonline dalam landasan emas.

Untuk kontijen Malaysia, anda adalah hero Malaysia!

Berusahalah!!!

Gambar dari Utusanonline. Diambil tanpa kebenaran.

19 Ulasan:

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

bosan la sukan asia..

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

eh? pertamatamatama la...
syabas nicole!

Nazrin Saad berkata...

azizulhasni! satu-satunya org melayu yg sumbang emas kt malaysia.

ada peluang sumbang pingat di olimpik juga.

Shah Amirul berkata...

game kote pun ada tu.aha

avid berkata...

nurazman dari regu kedua: balik rumah dan balajar servis balik.

futra dari regu pertama: suebsak tak main. jadi tak perlu nak psiko budak thai lebih2.

nurshahrudin dari regu kedua: lu mmg kelas. keep it up, dude!

Unknown berkata...

errr... rangkuman utk filem 2 alam ada tak??? pecah panggung 40juta

kahkahkahkahkah....

Ejoi berkata...

Rugi besar la tak tengok The Pocketrocketman menang emas untuk Keirin. Siap ada yang jatuh terguling sebab nak rebut emas.

Perebutan perak pun hebat. Josiah Ng siap hambat pelumba China untuk dapat perak.

Final paling hebat dalam Sukan Asia kali ini untuk kontinjen Malaysia. Tak sampai 5 minit, tapi penuh debaran dan kehebatan!

Apa kelas tengok badminton....

Tonton di sini : http://www.youtube.com/watch?v=KbZZWRUWvSA

hellghast berkata...

Nak debaran try layan hoki la...owh lupe korang tak tau apa itu hoki hahaha!!!

kitt berkata...

haah..part takraw menari tu aku x leh terima,kalau ye pun nak saiko,biar bergaya la sikit.. dulu2 nordin sabarudin macho je bila collect point.

@hellghast - kau main gile sebut2 hoki kat sini..kang pipistuta merajuk kang..

Ajeossi berkata...

salute!

r.k berkata...

ait hellghast , dah macam lu saja yang tahu semuanya , ingat rakyat malaysia ni kayu macam kayu hoki kecuali lu ke ?

tapi

banyak-banyak game , skuasy je yang ghua tak paham peraturan dia . kayu , kan ?

haha

hellghast berkata...

hahaha...korang tau eh hoki hahaha!!!
syabas2!!!
aku pun same aku satu haram tak tau cara permainan skuasy,yang aku fokus tang skuasy ialah dibalik skirt player wanita tu hahaha!!!

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

nurazman dari regu kedua ; dari mula sukan asia dia punya serve x pernah konsisten...paling teruk gua tengok masa lawan ngan korea...

normanizam plak dah ujung2 kerier...

kena tunggu lagi nak kalahkan thailand nih...hadoiii

keli berkata...

Camne nk minat hoki....anak sultan bola pon x bley thn kt hoki...boring katenye x glamer langsg. Baek main golf jerr...x pyh lari bwk bola pkai kayu....kakakaka....

keli berkata...

Wat mse ni Nicol jelar yg paling konsisten dan klasemen. Yg ni bru lar jenis klasemen yg true klasemen.....hehe....

afterc berkata...

keli, boleh tak jgn sebut nama awek gua tanpa nama gelaran kat depan. masak lemak cili api kang

keli berkata...

Sori Datin Afterc. Skrg gua sebut Datuk Nicol....kakaka

afterc berkata...

wakakaka..cibs lu keli

buyat(bebola tomato) berkata...

badminton regu: set kedua badminton sekali atau dua je gold medal match point...len sume indon yg pegang match point

badminton single:chong wei xboleh menang lawan lin dan kt china

takraw:norazman tinggi jek lebih,serve asyik sangkut..da agak da kalah kalau regu 1st kalah sbb regu 2nd kompem kalah..futra lak nak nekkan semangat sebab die baru stat menari masa semi rasanye

basikal:terharu tngok sikap josiah ng yang xkisah sape menang janji malaysia

hoki:kalau lawan style korea masa 1st half,boleh menang emas tapi kalau ulang style korea masa 2nd half,susah lah..

skuasy:target lagi 2 emas

p/s:xde yang nk komen pasal pengulas arena ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...