Sempena Bookstock 2010 yang akan berlangsung di UYA Disto pada 17, 18 dan 19 Disember ini, kami membawakan majlis pelancaran buku Cerita Piala Dunia kepada anda semua! Semua dijemput hadir membawa keluarga dan sanak saudara.
Berikut adalah maklumat dan tentatif majlis:
Majlis Pelancaran Cerita Piala Dunia - 19 Disember 2010 (ahad)
8.00 malam - Tetamu, ratu-ratu cantik, kerabat diraja, ahli-ahli kehormat, Exco, ADUN dan dif dif mengambil tempat
8.05 malam - Nyanyian Negaraku dan lagu negeri Pahang
8.10 malam - Bacaan doa
8.15 malam - Ucapan alu-aluan dari CEO UYA Distro
8.30 malam - Lucius Maximus naik pentas tersengih-sengih
8.35 malam - Budak-budak jerit, "Woi lancar la, lancar la!"
8.40 malam - Lucius membacakan fragmen fragmen dari Cerita Piala Dunia dengan penuh perasaan
8.50 malam - Hadirin bertepuk tangan
8.52 malam - Lucius melancarkan Cerita Piala Dunia dengan air mata bergenang
8.53 malam - Hadirin bersorak riang
8.55 malam - Lucius Maximus mendepakan tangannya tanda puas hati
9.00 malam - Hadirin mula rasa tak selesa dengan telatah Lucius
9.05 malam - Lucius mengambil tempat di meja autograf
9.10 malam - Tetamu beratur panjang ingin mendapatkan autograf sampai ke Shah Alam barisan
9.30 malam - Tetamu yang tak beli buku lagi terhegeh-hegeh baru nak beli
9.40 malam - Buku habis dan 2-3 orang mengamuk pecahkan cermin kedai
9.45 malam - Sesi beramah mesra dengan Lucius Maximus
10.15 malam - Diskusi bola beramai-ramai yang dikendalikan oleh moderator, Bart Ahmad
11.15 malam - Sesi beramah mesra lagi dengan Lucius Maximus
12.00 malam - Sesi menonton perlawanan bola Manchester United lawan Chelsea
2.00 pagi - Perlawanan berkesudahan seri 0-0
2.05 pagi - Semua balik
2.10 pagi - Jamuan
Maklumat selanjutnya boleh didapatkan di sini.
22 Ulasan:
seri 0-0 tu yg tak tahan tu..
sejak bila pipi jadi tukang tilik nih?
kah kah kah.. baik tak pyh main kalau kputusan perlawanan pun dh dlm atucara mjlis..
wow.. sokernet dah ada twitter!
dari pemerhatian saya, dah semakin bagus rupanya sokernet ni lepas portfolio layout dan graphic dipegang oleh obe. setiap hari ada je pembaharuan yg ditampilkan. keep up the good work wahai designer.
kem arsenal diharapkan lebih bersemangat skit post artikel. tahun ni tahun wenger. league cup dah dalam tangan. EPL dah 90%. undian champions league malam nanti harap-harap dapat madrid, boleh bantai mourinho mcm barca buat 5-0.
salam 11 muharram dari tanah suci serta goodluck buat team malaysia di AFF suzuki. you can do it!
Adijaya,
Bagi gua link blog lu.
FAGGGG...apesal jamuan lepas org balik....kahkahkah
btw:geli plak baca kata2 adijaya ni.EPL baru nk sampai halfway,pastu arse no 2 je lak tu skang,bleh plak ckp 90% champ....mensirap betol aku camni
budak-budak arsenal memang begitu
mmg hebat...lucy bole menangis bace ni..hahhaha
Kirim salam kat Pak Kordi ok. Dah lama tak jumpa dia. Lama bebenor dia pergi Haji...
gile ape jamuan pukul 2.10 pagi,itu bukan jamuan,itu sahuran!!!
@adijaya,lu memang bikin panas bab sentuh jurulatih kelab gua!
gua merajuk tak nak sokong gooner lagi pasni hahaha!!!
pipi bz pas ni die nk bt umrah
"Diskusi mengenai halatuju bolasepak Malaysia dan Liverpool", haha, mcm syial, ade temuramah bersama Hodgson skali ker?? kehkehkeh
gua mesti join event nih
8.35 malam - Budak-budak jerit, "Woi lancar la, lancar la!"
8.40 ....
part ni, nak kena jerit 5 minit jugak la..lame tu..
kah kah kah!! tahap Illuminati punya tentatif, siap dengan keputusan perlawanan awal2 dah announce.
Kalo Ibrahim Ali dtg gua turon....kikiki
2.05 pagi sume balik
2.10 pagi jamuan
Kompem kes nk mkn sorg2....cisss.kikikiki
Ade lirik lagu pahang x? Gua x tau...kakaka..
siap ada rusuhan lg...kena pnggil FRU siap2 la...
8.05 malam - Nyanyian Negaraku dan lagu negeri Pahang
Hahah... Semangat negeri Sultan Bola!
ala..knp ari ahad br launch...br nk g esk...
tp dr umah kahwin lah...sopan santun lah kan gn baju kurung...
xkn xde updte draw CL??
barca jmpe klb trhbat kot
atucara majlis time skolah dolu2
apehal balik dulu baru dibuat jamuan? diskriminasi betul!
aduhai
pecah limpa !!
Catat Ulasan