ANDA SEDANG MEMBACA

31

Nazmi Faiz Mansor

Pipiyapong Abdillah Hamzah Selasa, November 22, 2011 ,
Hari ni gua tak ada mood nak kepala banakan siapa siapa. Satu Malaysia dah tau siapa Fakri Saarani. Dan yang celik sikit mungkin dah tahu siapa Izzaq, Thamilrasu dan mungkin Guru. Sesiapa yang masih minat mempertahankan mereka, pergilah berjuang mempertahankan mereka. Peduli apa gua.

Mengenai perlawanan semalam, selain Khairul Fahmi dan Baddrol, dua lagi pemain yang boleh dianggap berguna bagi gua adalah Fadhli Shas dan Irfan. Mereka adalah dua daripada 3 pemain yang berlatih di FC ViOn Zlaté Moravce. Seorang lagi tidak dapat bermain di Sukan SEA 2011 iaitu Wan Zack Haikal (yang pernah bermain satu padang dengan gua). Ketiga-tiga pemain itu berada di dalam kelas yang tersendiri.

Tapi sebenarnya tuan-tuan, gua ada perasan satu lagi pemain yang power. Memperkenalkan,



Pemain berjersi 21, adik Nazmi Faiz Mansor!

Persoalannya sekarang dengan satu dua sentuhan kenapa Nazmi Faiz ini mudah digemari dan diminati peminat bola sepak? Jikalau ditanya kepada gua, jawapan gua hanya ada satu.

"Sebab dia main macam Arsenal..."



Notakepalabana: Semalam ketika acara pengalungan pingat di kaca TV, gua harap betul Fakri Saarani tiba tiba tanggalkan pingat emas dari lehernya dan melemparkan kepada ribuan penyokong Indonesia. Peh... baru la dramatik.

31 Ulasan:

NXXB berkata...

baru request dah ada! terbaik pipi!
mamat ni main bola mmg stail

Pert Doherty berkata...

kah kah kah.. tp betul bab mcm arsenal

Mr.Faiz berkata...

budak ni ada masa depan.

hantuLongkang berkata...

Persoalannya sekarang, apa perbezaan ketara Nazmi Faiz dengan Arsenal walaupun Pipiyapong Abdillah Hamzah menyamakan permainan beliau dengan Arsenal? Jikalau ditanya kepada gua, jawapan gua hanya ada satu.

"Dia tak bangang macam Arsenal..."

:D

Usagi9898 berkata...

dia tak arsenal macam arsenal.

se7en berkata...

bila pipi ckp mcm Arsenal, aku dah start risau.. mau kena tapau malaysia 8 bijik mcm arsenal

M Hizami berkata...

Terkini: Arsene Wenger intai Nazmi Faiz. Sir Alex dan King Kenny berusaha untuk menghubungi OKS untuk perkembangan lanjut.

Fahmi Ismail berkata...

Pipi nak ambik jadi adik angkat le tu...kehkehkehkeh

Hazwan Arif berkata...

dia ada gaya Xavi...

ghost warrior berkata...

power. rambut dh mcm silva gua tgk.

jebat berkata...

gaya dia main mcm tom cleverly....muda tp bijak...sorang lg player yg menyerlah smlm zubir azmi..terbaik....credit to apek,fadli shas,zubir azmi n badrol..fakri lan chow....

Katok berkata...

Kalau tanya geng2 awek, diorang akan cakap Nazmi ni comel. Macam semalam ada 2-3 orang awek memang tunggu Nazmi masuk. Dah masuk tak habis2 cakap Nazmi ni comel. Nasib baik tetek besar. Rasa nak gosok jerr ekeke

Gua harap Syahrul Azwari terus berlari

Ariffin Janal berkata...

kepala bana die arsenal

zargus2702 berkata...

-ikutkn kate pengulas, budak ni baru umor 17 tahun dan die x amik spm sbb nk fokus pd sukan sea..wa mmg respek ngan keputusan die..die punye through pass mmg cntik bkn mcm arsenal tp mcm barca,hehehe..cume striker je x nmpak idea budak skolah ni ..

-ape2 pun wa trkilan izzaq faris injured, sbb wa bayangkan gandingan striker impian antara izzaq faris n fakri pasti mengerunkn pihak lawan..cukup fakri sorang je,abis sume defender indonboyan kena fakap..

Ajiz Nasution berkata...

Tak ambik SPM, dapat gold medal sukan SEA..ok lah tu.. balik kampung tak de lah jiran mengata, ye dak?

NXXB berkata...

katok pakai gambar obe ka?

btl tu. makwe2 cakap nazmi comel la nak hug la. adehh. org sibuk main bola sibuk nak hug. kena spank baru ada akal.

berQ berkata...

dah boleh apply masuk team pahang ni..hahahaha..

SM berkata...

jangan sebut (atau taip) nama fuckri lagi di mana-mana. amarah aku baru je nak surut...

se7en berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ahmad Afif berkata...

"Berkat di marahi ayah sebelum peperiksaan upsr kerana leka dengan video game bola sepak memberikan semangat untuk saya buktikan kepada keluarga dan negara untuk menjadikan diri saya seperti sekarang, piala ini, untuk ayah" - Nazmi

afiqazizan berkata...

Nazmi faiz ni macam david silva..dengan rambut dan cara dia main lagi..memang nampak sebijik jugak la..ramai awek suka kat nazmi faiz..apsal fakri dorang tak suka jugak..haha.

rashideeshukri berkata...

dah la, kalau kita cakap macam-macam pasal Fakri pun, kalau dia tak nak berubah jugak kita boleh buat apa kan? biar la OKS judge dia lepas semua ni dah reda. gua yakin dia lebih memahami si Fakri tu.

entri ni nampak jauh lagi positif dari dua entri dekat bawah tu. point-to-point analysis. tak payah nak tulis berbunga macam Utusan pun, macam ni dah cukup. keep it up Pipi.

redzabes berkata...

nombor jersi pon 21, memang david silva pon

pokdegrunge berkata...

mulim ng zubir solid maen boh..kemah keming sek kite..

talkIZcheap! berkata...

beza dia, dia dah menang piala satu, dan pemain Arsenal yang lagi tua dari dia belum pernah...

keli berkata...

Anak-anak ikan ni memang kegemaran Arsenal dan pipi...:D Muaaahhaha
Nazmi memang ada harapan lagi.
Tapi kalau Fakri lempar medal dia kat hooligan indon tu memang silap-silap arwah nanti. :)

co0kie berkata...

Oi nama Muslim mane oi!

kobetz berkata...

arsenal? dia lg power dari walcott sbb dia ade winner medal...;-p

Maman berkata...

Adik ni mmg kalau main jek, tgh Malaysia lively la beb. Guru tu kerja dia clear bola tinggi jek. Thamil hapuskan sayap2 Indon jek. Adik ni dgn Irfan mmg NAK MAIN BOLA. Yg mana penting, NAK MAIN BOLA tp guna kecerdikan, bukan fizikal membabi buta semata. Iniesta, Xavi & Silva bukan sekeras Gerrard, Lampard, Pirlo, Montolivo, Misimovic, Ronaldo, Kaka, etc tp yg paling buat mereka menyerlah bagaimana mereka possess bola, larikan diri dr terkaman musuh, lorongan yg xmemenatkan teammates, tolong buka minda striker supaya lebih banyak akal di depan & tolong kurgkan gemuruh defenders & keeper. Brazil let's say why they won 5 times WCUp? Their own defenders are not much like defender, they help to strike together (Cafu/Carlos/Lucio/Edmilson) but what area that so support them? The midfielder. You name it. Cuma against teori 5 times WCUp champions tu adalah Italy, defensive area adalah punca segalanya & hasilnya 5 times gak juara dunia. Kalau boleh, Malaysia terus bercita2 besar, bukan angan2 besar, jgn berhenti. Ada peluang amek jek. Fight till the end!

phyzL berkata...

asra dan muslim komen la wei..deorg pon sumbangan besar gak..asra main all out sampai pancit..muslim steady solid kat belakang..btul x?

Maman berkata...

Muslim kalau solid pun tgk partner gak beb. Kalau partner pun poor, dia pun jd sama. Itu based on my view la kan. Asra mmg boleh main bnyk posisi especially left side, tp dia kene train hard utk try cross dgn relax, maintain possession ball lame skit. overall, good player la kalau compare to other Malaysian player at this moment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...