ANDA SEDANG MEMBACA

46

Crawley Town, Stevenage FC Serta Johor & Johor B

LuciusMaximus Selasa, Februari 21, 2012



Hujung minggu lepas aku luang masa melayan perlawanan FA Cup. Ye, FA Cup milik orang putih, bukan Piala FA yang kita punya tu.

Apa yang aku suka tentang FA Cup ialah apa yang orang putih gelar 'the romance of the FA Cup'. Cerita tentang kelab-kelab bola kecil yang berjuang dalam pertandingan bola sepak kalah mati tertua di dunia di mana dalam pengembaraan itu mereka akan berdepan kelab-kelab gergasi. Lazimnya kelab kecil kalah, tapi ada masanya 'The Davids beat Goliaths' macam apa diungkap di bait pertama sajak Paul Cookson, 'The Romance Of The FA Cup (And We're In Love With It Again)'.

The year of the under dogs
Where giants have been killed
The Davids beat Goliaths
Fantasies fulfilled
Anything is possible
Eleven vee eleven men
The romance of the F.A. Cup
And we’re in love with it again

Dua kelab kecil turun menentang kelab gergasi EPL minggu lalu yang menarik perhatian aku, Crawley Town dan Stevenage FC.

Crawley Town seperti namanya adalah sebuah kelab bola dari Crawley, sebuah bandar berpopulasi 107,600 penduduk yang terletak dalam county West Sussex. Kelab bola Crawley Town ini bermain dalam League Two (divisyen 4) setelah musim sebelumnya menjuarai Conference National (divisyen 5). Gelanggang mereka ialah Broadfield, sebuah stadium dengan kapasiti 4,996 (1,150 duduk). 

Hari Ahad lalu Crawley Town meraikan kunjungan kelab EPL bernama Stoke City yang terkenal dengan permainan 'anti football' mereka. Berdepan Goliath, Crawley Town tewas 2-0. Pun begitu, untuk sebuah kelab divisyen 4 yang mengembara jauh sehingga pusingan ke-5 FA Cup, itu sudah dikira cukup hebat. Yang paling penting, Crawley Town mengutip ratusan ribu dari duit kemenangan dan jualan tiket perlawanan FA Cup.

Stevenage FC pula adalah sebuah kelab bola dari Stevenage, sebuah bandar berpopulasi hanya 81,800 penduduk yang terletak dalam county Hertfordshire. Kelab bola Stevenage FC ini bermain dalam League One (divisyen 3) setelah musim sebelumnya dipromosi naik dari League Two (divisyen 4) kerana berjaya menduduki posisi ke-6 liga. Gelanggang mereka ialah Broadhall Way, sebuah stadium dengan kapasiti 7,100.

Hari Ahad lalu Stevenage FC meraikan kunjungan kelab EPL di posisi ke-3, Tottenham Hotspur. The Boro, yang seronok sakan sebelum ini bila diundi bertemu Spurs, mengikat lawan Goliath mereka 0-0. Kini mereka berseronok sakan sekali lagi kerana akan mengadakan perlawanan ulangan di White Hart Lane, pertama kerana ianya bakal menjanjikan kutipan jualan tiket lumayan dan kedua kerana bukan senang untuk sebuah kelab kecil dapat peluang bermain di gelanggang sebuah kelab gergasi seperti Tottenham.

Macam mana Crawley (yang populasinya lebih kurang sama dengan Ulu Tiram) dan Stevenage (populasi lebih kurang seperti Labuan) boleh mempunyai kelab bola yang bermain di dalam FA Cup?

Pertama sekali sebab kerana orang-orang di Crawley dan Stevenage tidak mahu duduk diam berpeluk tubuh bila melihat orang bandar besar di Manchester, Liverpool, Newcastle atau Madrid, Milan dan Munich mempunyai kelab bola tersendiri. Jadi mereka menubuhkan kelab bola mereka. Biar main tak power, biar tak ada star dan biarlah stadium sekangkang kera yang penting mereka dapat main bola.

Kedua pula, sebab Sussex County FA dan Hertfordshire County FA tidak menghalang penduduk Crawley dan Hertfordshire dari mempunyai kelab bola sendiri. Sebaliknya Sussex County FA dan Herfordshire County FA ini lebih berminat mentadbir hal ehwal bola sepak serta menganjurkan liga country mereka dari mengurus dan menghantar sebuah pasukan bola untuk bermain di peringkat kebangsaan England sana.

**********

Sebelum aku menyalak lebih lanjut tentang hal Johor, eloklah kamu semua baca dua artikel lama Sokernet:


Dua artikel ini bukan baru, tapi sudah keluar sejak tahun 2010 lagi. Aku berani katakan isu ini sudah lama diperkatakan Sokernet, lama sebelum sebahagian besar rakyat Johor tiba-tiba jadi fanatik bola bila Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjadi Presiden PBNJ.

Tetapi perjuangan solidaritas Sokernet untuk mempertahankan Johor FC akhirnya berkubur juga. Kini kelab bola paling berjaya (lebih berjaya dari MPPJ FC yang menang Piala Malaysia sekali dan kemudian terus masuk liang lahad) dalam sejarah bola Malaysia akhirnya bakal menghembuskan nafas yang terakhir. Akan ada yang berkata Johor FC masih wujud, tetapi apa ertinya wujud itu kalau nama ditukar menjadi Johor B dan pentadbiran diletak bawah PBNJ?

Penentangan aku dalam hal bola Johor ini bukan sebab dengki pada Johor atau pun pada TMJ. Tapi sebabnya bagi aku apa yang berlaku adalah satu langkah ke belakang dalam usaha kita nak mengubah dan memajukan bola sepak Malaysia. Bila negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam malahan Myanmar berusaha mewujudkan bola berasaskan kelab, kita masih lagi terkongkong dengan bola berasaskan negeri.

Dan dalam kes Johor FC, kita ada sebuah kelab yang berjaya. Pengurusan bagus, prestasi pasukan baik dan yang paling penting telah berjaya menjadi kelab yang mampu menarik sokongan orang ramai. Tetapi akhirnya kelab ini 'dimakan' oleh FA negeri atas alasan 'kita cuma ada satu negeri'.

Apa yang berlaku hanya membantutkan pertumbuhan kelab bola. Sebaliknya bola sepak kita kekal berpaksikan negeri dan terus dikawal oleh FA negeri. Sudahnya, bola sepak berasaskan kelab terus menjadi mimpi buat kita yang terpaksa berpuas hati dengan 14 pasukan negeri (atau mungkin 28 pasukan negeri kalau semua negeri tiba-tiba mewujudkan pasukan B masing-masing).

**********

Setiap kali aku ketengahkan pendapat kita mesti memansuhkan pasukan negeri dan mewujudkan kelab bola dengan sebanyak mungkin, hujah-hujah dari mereka yang tidak bersetuju ialah populasi kita sedikit, kewangan tidak mencukupi dan tidak ada penaja.

Cakapkan benda yang sama pada penduduk Crawley atau Stevenage dan mereka akan gelakkan anda, lebih-lebih lagi kalau anda berasal dari bandaraya berjuta penduduk seperti Johor Bahru atau Kuala Lumpur.

Crawley Town atau Stevenage FC bukan Manchester United, tapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi kelab bola. Populasi sedikit? Tidak apa, stadium pun kecil dan kalau sudah ada 5,000 penyokong itu sudah bagus. Kewangan ciput? Dah namanya pun kelab kecil, bukan perlu duit ratusan juta seperti Liverpool. Tidak ada penaja yang power? Penaja power seperti Emirates biarkan saja menaja kelab seperti Arsenal, kelab kecil Stevenage FC sudah cukup dengan tajaan kedai jual kereta atau perkhidmatan teksi pekan Stevenage.

Tapi di Malaysia, kelab bola hidup segan mati tak mahu bukan kerana orang Malaysia tak ramai, duit tak ada atau penaja susah nak dapat. Tapi sebab tak ada siapa berminat nak tubuhkan kelab bola dan menyokong kelab bola kerana semua sibuk mendewakan pasukan negeri masing-masing.

Dan kalau pun ada kelab bola yang berjaya, nasibnya mungkin jadi macam Johor FC.

**********

Berbalik pada Johor, rata-rata rakyat Johor ramai yang menyetujui apa yang berlaku. Johor FC pun nampaknya kini lebih banyak diam tanda setuju, mungkin kerana muafakat membawa berkat.

Setelah dikatakan sebagai 'anjing menyalak yang tidak berani menggigit' serta disuruh 'berambus', jadi aku rasa biarlah orang Johor dengan bola sepak mereka sendiri.

Semoga mereka menang Piala AFC.

Amin!

46 Ulasan:

M.Norfitri berkata...

Brace yourself, New Sultan bola is coming to town.

RIP Johor FC.

Mohd Nizamuddin berkata...

padu ar lucy..

Atan berkata...

tindakan gua mendewakan bolasepak Inggeris dari 15 tahun yang lepas sememangnya bijak.

syamem berkata...

bagi aku cara macammane nak suh TMJ atau mane2 presiden FA negeri supaya dapat bace entri ni..

zulhilmi berkata...

kita nak tiru apa yg org lain buat...hakikatnya kita meniru dgn membabi buta....TMJ ni tahu ke tak tau pasal bola sepak?...agak2 apa yg batistuta nak cadangkan kt TMJ ye??

Comel Macam ^@^ berkata...

dari kito dok nyalak dlm blog ni..moh kito sumo pakat2 dok buek liga kito wajah kito sendiri..biar org kato kito syok sendiri...janji kito pueh ati....FAM pun syok sendiri buek liga yang tahapoapotah....apotah lagi kito ni...skang bukan jaman beetel dulu2..ni jaman teknologi....dah makin mudah dah kalo nak buek itu ini....

mirul berkata...

jadik semangat pulak aku bila baca entri lucy ni.

masalah dengan orang melayu ni ialah diorang ikut sangat kepala kerabat diraja.

bila ahli kerabat jadi penaung terus tunduk tak kira la perkara yang dikatakan tu perkara yang bangang.

Harap harap pasukan baru Johor nanti akan kecundang sampai ke liga FAM.Biar diorang sedar sikit betapa bangangnye membiarkan pasukan bolasepak ditadbir oleh FA negeri.

ahm ahmad berkata...

JohorFC mengembalikan semangat kami orang Pasir Gudang nak pegi stadium tengok bola. Tak berbaloi pegi Larkin semata-mata nak tengok JohorFA kalah. Kecewa dengan zaman gelap JohorFA sekurang-kurangnya kami ada JohorFC yang boleh dibanggakan!

Enjut Lebah Enjut!

Cob Nobbler berkata...

Out of topic, sorry.

Ini kat Stevenage ke kat Topeka, Kansas?

Ape kes ada bendera Amerika kat situ?

ironi, dulu Brits yang jajah US, sekarang US yang jajah Pulau Albion.

Kahkahkah!

kobetz berkata...

Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan Perak menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga.

Luci, ko nk jd tun perak x? hihi. back on history, sukan mmg de konfrontasi ngn raja2 melayu.. apa2 pun patriotiknya kami pada johor fa nnt mungkin xsetanding dgn sokongan kami pada Johor FC.. bolasepak disorak bukan satu lakonan.. tp mmg soul da lekat dkt name tu..JOHOR FC.. mana mungkin nk tukar camtu trus.. amik masa sket..mungkin boleh kot..

**kire aku dikira penduduk crawley ek?? yess!!;-)

zu berkata...

memang tak lari banyak, penulisan ini memang sebijik-sebijik sama dengan points yang aku gunakan untuk berdebat dengan mangkuk hayun mana entah kat fb.
tapi nak buat camne, susah nak menang kalau melawan golongan penjilat kahak diraja ni.

farwalis berkata...

saya orang Johor....

errrrmmmm....

ayuh piala AFC mari ke genggaman!

dueng berkata...

Lucy, hang tweet link ni pada TMJ sampai dia bukak benda ni dan baca. I bet kalau every hour ko tweet benda ni, dia baca jgk akhirnya.

kalau tak pun, sampai bila dia nak ignore benda ni kalau every hour ko tweet the link. betul tak?

pengajaran dari Empire of The Kop tweet pasal e-petition for mangsa Hillsbrough which the local MP nak bukak balik Hillsbrough file bout that victim. eventually, dapat 10,000 e-signature needed.

Orang takleh nak ignore benda ni forever..not even TMJ could ignore this. Or orang johor will ignore this.

Mista Maman berkata...

Thanks, Lucy. Well, remain hope on what TMJ trying to prove utk rakyatnya. Kalau berjaya, mungkin boleh keluar dari group 'SULTAN BOLA'. Sedih..Poor JFC. But that reality, it hurts.

Pauzi Kassim Rancid berkata...

Inilah yang dikatakan bangang tapi berlagak pandai... konon kalo tak ikut cakap Sultan kene 'tulah'...

British dah beratus tahun buat liga... kita yang baru hidup ni just copy and paste sahaja lah dulu cara liga british tu... lepas tu baru lah buat inovasi...

Susah nak cakap dengan orang atasan ni... Pakat ramai-ramai buat perhimpunan aman...

Unknown berkata...

Kalau semuanya kelab, bolehkah ia berjaya? Orang Malaysia ni bersikap kenegerian, jarang sekali bersikap ke'daerah'an atau ke'kota'an. Kalau ada PJ United, Gombak Rangers, etc, boleh ke menarik minat penyokong ke stadium ?

Contoh terbaik, liga S. tengok sendirilah average attendance (sila google / wiki). A failed league, no significant progress even after almost 10 years (kot). Bygkan la negara yg FA nya efficient pun tak dapat tarik penonton, inikan pula Malaysia.

_akmalraman berkata...

sekitar tahun 2002/2003,aku ingat lagi dulu masa sekolah rendah,tim Johor FC ni ada buat selection bagi peringkat umur macam kami.kawan aku(wak lan.main keeper) pergi selection.tapi takde rezeki,dia tak terpilih.namun,ada satu benda yang buatkan dia ni gembira.dapat jersi johor fc percuma time selection tu.

dan aku masih ingat lagi,aku memang kecewa Johor FC ditumpaskan oleh Public Bank dalam game play-off ke Liga Super yang sulung.kecewa sebab Johor takde wakil dalam Liga Super edisi pertama.

bila membesar,aku dapat tengok Johor FC ni sentiasa konsisten.paling best bagi aku,layak ke semi-final PM2010 bawah Azuan Zain dan top 3 liga super bawah Ramlan Rashid.rakyat Johor yang lahir tahun 1991 macam aku ni memang tak pernah tengok anyteam dari Johor menang piala.itupun tahun 1998 yang menang Piala FA,aku masih bermain patung Robocop.

tapi,ni semua tinggal kenangan tak lama lagi.aku hanya reti geleng kepala je bila perati rakyat johor setuju dengan idea ni.hmm.dah lah,tak guna cakap panjang2.takkan kemana pun.

Danzat berkata...

Kehadapan Lucius Maximus,

Kalau boleh abang lucius cuba imaginasikan perjalanan atau pengalaman nak tubuhkan satu kelab bola..
Saya berminat nak tubuhkan kelab sendiri..

Unknown berkata...

Pada unknown,
honestly aku lg sokong MP Muar compare dgn Johor FA atau FC sbb aku org Muar. Before ni memang lg sokong JFC sebab team paling dekat dihati. Tapi sekarang ni MP Muar paling dekat dihati. Tapi tu la, ni final season nk tgk MP Muar beraksi. Sedih..

penglipurlara berkata...

aku yakin dengan keputusan TMJ ini akan membuatkan malaysia akan terus tidak layak ke piala dunia..

ultras TMJ, sila komen..

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Ulasan balas kepada komen Unknown:

Untuk makluman anda, isu dasar yang cuba dibawa dan dibincangkan di sini ialah tentang mengembalikan tanggungjawab persatuan bolasepak negeri sebagai pembuat dasar dan badan utama membangunkan bolasepak, BUKANNYA bertindak sebagai sebuah badan pengurusan kelab bolasepak.

Tidak dapat dinafikan bahawa kemerosotan bolasepak Malaysia sekarang ini adalah diakibatkan oleh kelalaian hampir kesemua persatuan bolasepak negeri untuk berfungsi sebagai entiti yang membangunkan bolasepak setempat yang sebenar. Tidak dinafikan pada awal penubuhannya, persatuan bolasepak negeri mempunyai sebuah pasukan bolasepak, namun akibat masih mahu meneruskan tradisi tanpa memikirkan relevan dan kesannya terhadap bolasepak setempat, maka persatuan bolasepak negeri telah memilih untuk membebankan diri mereka dengan tugas yang sepatutnya mereka lepaskan kepada kelab bolasepak. Akhirnya keadaan ini telah membawa kepada kucar-kacir di dalam perkembangan bolasepak negeri dan Malaysia secara amnya akibat kegagalan mereka melaksanakan tugas hakiki mereka, iaitu membangunkan bolasepak.

Sekiranya persatuan bolasepak menjalankan tugas mereka dengan baik dan sempurna, yakni dengan membuat dasar pembangunan dengan terancang dan kemas, bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan kelab-kelab bolasepak yang ada di daerah-daerah untuk melaksanakan aktiviti yang menggalakkan minat dan peningkatan mutu bolasepak dan sebagainya, pasti hasilnya nanti akan menguntungkan semua pihak. Semestinya mutu bolasepak negeri secara keseluruhannya akan bertambah baik, ia juga akan membesarkan 'pool' bakat bolasepak negeri yang sekaligus memudahkan persatuan negeri memilih pemain untuk dihantar sebagai wakil di SUKMA disamping membekalkan pemain bermutu untuk Malaysia secara amnya.

Sesungguhnya, lebih banyak KEBAIKAN yang boleh diperoleh sekiranya persatuan bolasepak negeri membetulkan kesilapan yang sedang berlaku di dalam kancah pengurusan bolasepak mereka sekarang ini. Johor mampu menjadi contoh terbaik sebagai pemula angin perubahan, namun keputusan yang diumumkan baru-baru ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah meneruskan pusingan kegagalan di dalam pengurusan bolasepak Malaysia.

PS - Unknown, anda mengambil contoh Liga S sebagai liga yang gagal? Dengan keluasan kurang dari Pulau Pinang, Singapura mampu menjalankan sebuah liga bolasepak professional dengan 13 pasukan bertanding, dimana Malaysia menghantar Harimau Muda A sebagai wakil di liga tersebut. Adakah FAM gila dengan menghantar pasukan muda negara untuk bermain di liga yang gagal?

Nik Zulkhairi berkata...

sekali lagi, mohon perkenan TMJ untuk menganugerahkan darjah kebesaran yg membawa gelaran TAN SRI kepada luci.

KD berkata...

c'mon lucy.. org cam ko boleh tubuh team sepang ranger.... bwat proposal hantar kat tony fernandes... x pn pakai cap ayam punye sponsor pn boleh..

c'mon la lucy!

lang berkata...

Bodoh punya nami, pergi high light dekat gambar pulak. Tengok isi apa yang Luci nak sampaikan. Otak letak dalam kote ke apa nami?

Tanpa Nama berkata...

sebagai kebanyakan org pasir gudang, ramai yg diam tapi x semestinya bersetuju. kang bising2 dikata lak derhaka, tak johor lahh..ape mende lagi lah.kalau betullah ini yg terjadi, akhirnya terkubur jugak johor fc. ayuh meriahkan setiap game JFC di stadium jcorp. ni tahun last. lepas ni tinggal sejarah je. (oren tetap dihati)

AlexiaAqram berkata...

jom buat kelab bola sendiri. start from fundamental. cari padang, main petang2 dulu. cukup orang. collect rm 10-30 sebulan setiap seorang. adakan perlawanan, duit tu boleh bayar refree dgn padang.

lama2 bila team dah kuat. boleh lawan team2 divisyen 3 negeri. lepas tu mendaftar dalam divisyen 3. yg penting cari sponsor. carilah kawan2 yg kaya mcm kontraktor ke, businessman ke, dato ke sponsor jersi dulu. kalau yg sponsor tu nak main petang2, ajak lah.

management dari mula kena pemain2 pioneer uruskan. bila lama2 dah maju naik divisyen dua negeri, hire lah sorang part-time buat kerja management.

dan seterusnya... dan seterusnya...sampai berjaya.

tu je lah.

Abdbuk berkata...

biasanya org buat kerja dgn duit tp sbb liga Malaysia ni tgk x byk yg menaja ssh la nk bagi gaji...

Khuzrin Kamarudin berkata...

Buat mogok macamana pun baginda tetap buat tak tahu main polo dan ekuestrien... :'(

Julian Jack Isyraq berkata...

sebelum pindah batu pahat, gua rajin sia tengok match kat stadium jcorp masa zaman sekolah dengan arwah abah gua dulu... nampaknya terpaksalah gua menyokong scene bolasepak manchester semata-mata...

in b4, Khuzrin Kamarudin adalah presiden kelab penyokong johor fc cawangan segamat dulu... #LOL

hantuLongkang berkata...

entahlah...aku masih tak nampak lambakan kelab bolasepak di malaysia dapat menaikkan liga M...kecuali, ada perubahan ketara dalam sistem dan pengurusan bolasepak malaysia...kita belum ada platform untuk itu...

kalau nak guna contoh stevenage, crawley atau kelab2 kecik lain di england, kita pun mempunyai kelab2 kerdil(yang nama kelab sekor2 macam firaun :D) bermain di liga FAM...memang tidak sebanyak di england, tetapi ia sepatutnya merangsang lebih banyak kelab ditubuhkan...tetapi, harammm takde banyak kelab tertubuh...

salah satu sebab utama ialah, liga bolasepak malaysia sendiri(sistem dan pengurusan) tidak menyebabkan masyarakat bermotivasi untuk ber-kelab-bola...

semua sistem bolasepak maju berkeadaan piramid...tapi kita takde semua tu...yang aku tau cuma Liga FAS, Liga Naim(bukan klate, keh2) dan Liga Johor(ye, Johor :D)...jika diterapkan sistem piramid, paling cikai kita dapat wujudkan 3 zon semenanjung dan 80 zon di borneo sana...kelab kecik bajet ciput penyokong 4-5 orang, kena kurangkan kos mengembara, tapi persaingan tetap ada...nak belajar jadi manager pun boleh kat di situ..liga tahap kaki penting...kalau terus nak bukak kelab main liga FAM, tokey kuda pun gadai mesin...

dan kita sebenarnya banyak sangat matlamat...berubah2 pulak tu...kepala banyak menoleh dari 1 matlamat ke 1 matlamat..

apa yang penting?..revolusi sistem dan pengurusan bolasepak negara/negeri...yang lainnya akan terjadi secara tidak langsung(e.g: kelab bertambah, mamat jual burger tersenyum, jersi sepang rangers gred A bertimbun2 di pasar malam, etc)...

walau macamana sekalipun, kalau ada yang ingin menubuhkan kelab(bukan duit poket kerajaan negeri), FA negeri jangan coba2 menyerap, menggabung, mengecah-keting, etc...biarlah johor fc menjadi kelab terakhir yang melingkup kerana daulat...

//aku menyalak-panjang kat sinipun, bukan ada hasil...FAM/FA negeri sedap minum sirap baldi jugak...baik aku sambung kerja :D

sic berkata...

well said...tangkap syahdu plak bile bace.

Bandaq berkata...

Semoga bolasepak maju untuk semua negara..kecuali malaysia..

ayobkelubi berkata...

masalah dalam FA negeri. selagi orang politik dilantik mentadbir FA negeri selagi tu jahanam.takde yang true "kaki bola" macam zaman kegemilangan Malaysia dulu.

jiwa mereka semua terarah kepada DUIT bukan kerana minat terhadap BOLASEPAK.

yang mereka tahu,survival politik mereka terletak pada FA negeri.sebat duit,sapu kontrak,kroni sana-sini,kalau team tu sukses disebabkan oleh jasa mereka kononnya!.

ptuihhh!

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

"Out of topic, sorry.
Ini kat Stevenage ke kat Topeka, Kansas?
Ape kes ada bendera Amerika kat situ?"
- Cob Nobbler

Untuk makluman Cob Nobbler, sewaktu Spurs betandang ke Stevenage untuk perlawanan Piala FA, rombongan sarkis dari Amerika iaitu kumpulan Great American Circus juga sedang berada di Stevenage. Oleh sebab itu anda dapat melihat bendera Amerika dan khemah besar yang coraknya berunsurkan bendera Amerika berada di 'background' foto tersebut.

Semoga maklumat ini dapat menjawab persoalan anda.

big bear berkata...

barangkali, lucius dan kawan-kawan dah ada satu pelan untuk wujudkan kelab bola di mana-mana dalam malaysia ni. kalau bole, kertas kerja, perancangan dan apa juga yang berkaitan tu boleh dikongsikan bila dah siap sepenuhnya.

bukan apa, barangkali juga, apa yang perlu adalah perintis. kita perlukan sekurang-kurangnya ada yang menggerakkan. tak semestinya orang besar. kita-kita yang marhain ni pun boleh. tinggal lagi, perlu komitmen dan perancangan yang teliti. biarlah cuma di atas kertas dulu. kemudian, baru kita terjemahkan dengan mencari pemain dan sponsor yang perlu.

boleh kalau aku letakkan pandangan aku,


PRA.
1. pertama sekali kena form satu kumpulan kerja. yang ni, akan merancang dari segi perjalanan penubuhan kelab.

2. menyediakan pelan perniagaan, flow chart, keperluan yang penting dan semua yang berkaitan pengurusan ke arah tertubuhnya kelab.

Gerakan Pertama
1. Dengan adanya kertas kerja yang lengkap ni, ia perlu diagih-agihkan kepada semua yang berminat. Bagilah kat sesape pun yang nak. secara percuma. untuk rujukan kengkawan yang lain.

2. Sesiapa yang berminat, akan study perancangan tu dan akan form group masng-masing.

3. Kumpulan-kumpulan ni barangkali akan wujud di merata-rata tempat. di johor, di sabah, di perak, di melaka, di mana-mana sahaja. biarkan.

4. Kumpulan ni akan menggerakkan diri sendiri dengan melaksana apa yang tertulis dalam pelan perancangan yang disediakan.

5. Kumpulan ni akan approach mana-mana individu, syarikat, organisasi, atau sesape sahaja untuk dana. untuk beri sponsor.

Gerakan Kedua
1. Sekurang-kurangnya kumpulan yang kecil tadi dapat lagi membentuk beberapa kumpulan kecil yang lain. dapat 5 kumpulan dalam satu tempat pun dah cukup baik.

2. Teruskan dengan penubuhan liga sendiri.

3. Setiap kelab yang tertubuh perlu bersikap profesional. makna kata, kelab ni adalah sesuatu yang serius.

4. Buat liga secara kecil-kecilan dengan apa yang ada.

5. Gerakan kelab kecil-kecilan perlu bergerak secara menyeluruh di semua tempat. bukan di sat tempat. tapi di seluruh negara.

6. (bayangkan, ada liga kecil di Tapah, ada ligak kecil di ulu bernam, ada liga kecil di beaufort, ada liga kecil di kuching, da liga kecil di teluk intan, ada liga kecil di arau. ahhh...bayang sendiri la)

7. Orang marah sebab dah ada liga yang wujud di tempat tu? pi mampoih ngan dierang. kita wujudkan revolusi baru.

gerakan ketiga
1. Majukan dan jadikan ia sesuatu yang konsisten. sebelum kita bergerak dengan pengwujudan liga yang lebih besar.

woah! ini angan-angan. tapi ini juga harapan.

Seorang Nazurah berkata...

Luci, I heart you!

Cob Nobbler berkata...

lang,

aku dah cakap benda ni lama dah.
sebab tu aku malas cakap lagi.

lagipun kenapa aku nak echoing apa yang lucius cakap?

kenapa aku nak parroting apa yang lucius cakap?

ah korang - cakap nak tubuhkan kelab apa semua, tapi bila team negeri masing-masing masuk final update jugak.

lebih baik aku break the ice dan tak berparrot "eh betul la lucy, eh bagus lah lucy".

aku rasa lucy dah tulis benda ni berpuluh kali. aku pun dah tau apa isi kandungan, apa salah ke aku tengok gambar bendera amerika tu?

kenapa aku harus kena bandwagon apa orang cakap? kenapa aku harus ikut arus yang orang buat? kenapa aku tak boleh comment pasal gambar tu?

percayalah aku kata - semua ini akan hanya stop di sini kalau kau tak dapat tangkap apa aku cuba cakapkan pasal bendera amerika tu.

keyword:Boston Tea Party, American Revolution, George Washington, republicanism.

lang, kalau tak dapat fikir deep, jangan fikir apa-apa. Sila ikut arus yang orang semua buat.

sekian.

PennyRoyal Tease berkata...

Tahniah lucy akhirnya dapat jugak jumpa TMJ..

nanti dah jumpa TMJ tu; kau cakap lah sebijik macam kau tulis dalam blog ni

Jangan pong pang dalam blog aje..

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Mohon Cob Nobbler a.k.a Nami dan Lang bertumbuk supaya Sokernet dapat mewujudkan unit GustiNet.

Jarr berkata...

TMJ did read this article. And he's quite pissed off i guess. At least Lucy ada telor shout out benda ni. Kalau tak takkan TMJ panggil Lucius the Dog kat twiiter ye dak. Syabas bro.

Harap tak berpanjangan.

kroulshawn berkata...

mohon share ye lucy..:D nak tambahkan geng nak buat perhimpunan bubarkan liga malaysia...hehe

T@juI berkata...

nak beli jersi johor fc,nak wat kenangan.harap nanti ada limited edition.

Mista Maman berkata...

@T@jul, u're damn rite!

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Mohon wakil Sokernet membuat sesi temuramah/temubual dengan wakil Johor FA seperti yang telah dilakukan terhadap Johor FC sebelum ini. Dengan ini dapatlah pembaca membuat kesimpulan yang lebih adil selepas mendengar hujah dari kedua-dua pihak.

shahrulreza berkata...

aku mmg dah lama perati ko punya entry.. hari ini rasa terpanggil betul nak komen...

ko nie bodoh yang tak boleh diajar..

ko paham sebenarnya pengurusan sebuah pasukan bola sepak... nak melenting? lentinglah tinggi mana.. tp seriusly pada aku ko mmg menunjukkan kebodohan engkau sendiri.

1st pasal bola sepak johor, sultan bola dan sebagainya.. secara peribadi rakyat johor tahu bahawa TMJ mmg seorang pemain bola sepak. ada pasukan sendiri bersama JMF, rakan2 sekolah TMJ sendiri tahu bahawa dia bermain bolasepak bersama2. thats why rakyat johor amnya bersetuju.

2nd. mengenai penubuhan kelab2. mmg betul kalau ko nak bandingkan dgn kelab dari ingeris, epl dan lain2.. TP KO SEDAR X KO NIE MENYALAK KAT NEGARA MALAYSIA..? YANG LOYALTY & PATRIOTIKNYA NIE SENIPIS KULIT BAWANG?? pandai ko cakap MPPJ berjaya & berkubur.. apa sebab berkubur?? xnk nyatakan ke?? apa sebab?? xde duit? xde penyokong? xde penaja??

3rd. PBNJ- persatuan bola sepak negeri johor. pasal aku org johor, terlibat dalam bola sepak, jadi aku tau.. aku nak citer kat sini, kejayaaan johor FC, MP Muar, Pasir Gudang United ( dh berkubur pada 2010 & menyertai johor FA sebagai Johor Pasir Gudang ) Melodies Jaya FC – pasukan taman perumahan melodies jaya ( Liga FAM 2012 ) adalah hasil dari sistem bola sepak PBNJ, negeri lain dan persatuan bola sepak nya aku xtahu.. aku tahu psl johor jer.. PBNJ MENGELOLAKAN LIGA JOHOR, PIALA SULTAN, LIGA DAERAH DAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT UMUR DI SERATA NEGERI..

kelab2 yg org johor anggap sebagai hero mcm johor FC psl ada kat liga super.. adalah hasil dari liga johor, dari liga johor pasukan ini layak ke piala FAM, dari piala FAM terus ke Liga Perdana & liga super..

adakah PBNJ xberjaya?? adakah kena ukur dengan kejuaraan menjadikan sebuah persatuan bola sepak itu berjaya sepenuhnya?


aku nak ko jawab sendiri.. agak2 berapa kos pengurusan sebuah pasukan bola sepak.. termasuk gaji elaun dan lain2.. hotel, tiket kapal terbang g sabah serawak.
liga bola sepak malaysia yang ko hina nie penyokong dia ialah rakyat yg masih lagi mengharapkan subsidi kerajaan, majlis2 daerah dia masih lagi mengharapkan dana kerajaan negeri, persatuan2 NGO pun mohon bantuan dengan kerajaan.

ini yang ko nak harapkan penubuhan kelab2 berdasarkan daerah? kampung? ada kapasiti 70 ribu penduduk pun boleh lah..? stadium 5ribu kapasiti pun ok.. xde player star pun xpe.. xde panaja pun xpe.. sapa nak bayar gaji pekerja kalau stadium kosong?? 5ribu penyokong x2 perlawanan sebulan x rm10 tiket. = byr gaji elaun pun xcukup lah bro...!! ORG ULU TIRAM XKAN NK TGK BOLA TEMPATAN KALAU XDE STAR, XDE KEJAYAAN..!! SAPA NAK SOKONG MAN UTD KAT MALAYSIA NIE KALAU DIA X JUARA LIGA 19 KALI?? CUBA KO JAWAB LAH...!!

ko ingat idea ko tuh semua org lain xboleh pikir ke??? ko ingat org FAM tuh xpndai ke nak tiru sistem bola england yg ko bangga2kan sgt... dorg sedar.. boleh tiru sgt2 sistem tuh.. tapi mampu ke pasukan2 nie nnt??? nk byr gaji, kos pasukan, org nak tgk liga super.. ko nak tgk Manchester utd, city, arsenal, liverpool.. org g stadium.. ko g mamak... org mcm ko nie yg nak naikkan club2 bola kat malaysia? wei... mat jenin lu nie...!! man utd vs Malaysia penyokong man utd lagi ramai lah.. main kat machester ke kat bukit jalil nie???

ko pergi cari penyokong MPPJ sana.. ko cari dorg yg dulu puluhan ribu kat stadium, ko ajak dorg g sokong MPPJ lagi... ko tgk sendiri rakyat negara ko nie dulu.. loyalty x..? patriot x???

UBAH DULU MENTALITY RAKYAT, MENTALITY DIRI KAU SENDIRI YANG TERLEBIH INGGERIS!!

footballhardcore berkata...

salam,

wa anak jati johor. mak org batu pahat.bapak orang muar. sape kata wa setuju TMJ. tapi wa nk buek camno.ingat die nk dgr kata2 rakyat nih.diraja johor nih lain mcm sket diorg nyer level of respect dr rakyat.so apa yang aku boleh buat...adalah....tunggu dan lihat.klu berjaya bagus.klu x berjaya....wa layan EPL je pon oke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...