Memaparkan catatan dengan label rebiu Fulham. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rebiu Fulham. Papar semua catatan
13

Cottager #4 - Fulham 2 - 1 Wolverhampton Wonderers

Obefiend Weiland Ahad, September 12, 2010 ,
Berita Baik

Mousa Dembele score 2 gol untuk memberi kemenangan pertama Fulham di Craven Cottage musim ini. Ia juga melonjakkan Fulham ke tempat ke 5 liga. Boleh tahan gak pemain baru yang dibeli Mark Hughes. Fulham buat comeback disaat akhir setelah Jelle Van Damme menjaringkan gol pendahuluan bagi Wolves. Dapat artikel Van Van di BPL aku minggu lepas , NikLas ada sebut-sebut nama player ni. Tak sangka the very next week dia score lawan team aku pulak. So far Van Damme adalah lebih bagus dari Van Der Sar (bolos 3 gol) , Van Aanholt (start pun belum) dan Van Der Vaart ( baru nak panas enjin).

Berita Buruk


Super Bobby Zamorra patah buku lali setelah ditackle oleh Karl Henry. Pemain yang gajinya paling tinggi di Fulham (GBP 50 000 semingu) dijangka bakal berehat sekurang-kurangnya empat bulan. Get well soon Super Bobby!


53

Cottager #2 : Super Cottagers 2 - 2 Glazers United

Obefiend Weiland Isnin, Ogos 23, 2010 ,
Brede Hangeland score dua bijik on both ends! Nani miss penalti. Super!

Good week!



9

Cottager #1 - Bolton 0 - 0 Fulham

Obefiend Weiland Ahad, Ogos 15, 2010 ,
Rebiu game musim baru

Selamat kembali Liga Perdana Barclay. Musim baru yang bakal mendebarkan. Tahun ini Man City kelihatan cukup merbahaya. Seperti yang dijangkakan Mario Barwuah berpindah juga akhirnya ke the blue side of Manchester. Nerazzuri ke Cieloazzuri! Vaffanculo!

Sedang Chelsea sedap meratah West Brom macam makanan berbuka puasa, Fulham bergerak ke utara bagi pertemuan pertama musim ini di Stadium Reebok. Semasa pre season prestasi pemain The Cottagers agak memberangsangkan. Dalam perlawanan persahabatan terakhir dengan Werder Bramen minggu lalu, Fulham membelasah mereka 5-1 dengan Zoltan Gera menjaringkan hattrick. Danny Murphy juga tampak lebih sasa dari flavour of the month Mesut Ozil. Good signs there dari perlwanan pertama dibawah pengawasan Mark Hughes.

Perlawanan menentang Bolton setahu aku tak ditunjukkan secara langsung oleh ESPN. Kalau tunjuk pun aku tak boleh tengok pasal aku di masjid semalam solat tarawikh. Ha ha. Pehal pun persediaan Fulham tergganggu keran penjaga gol utama kami Mark Schwarzer mahu berambus ke Le Arsenal. Damn you! Akibatnya keeper back up David Stockdale diberikan tanggungjawab mejaga gawang.

Dari laporan pelbagai website, Bolton dikatakan bermain lebih baik. In that case seri 0-0 is a good start for the season regardless.

Next game Fulham akan berjumpa Glazers United di Craven Cottage. Oh shit.


23

Cuba Lagi Tahun Depan Uncle Roy

Obefiend Weiland Khamis, Mei 13, 2010
Atletico Madrid 2 - 1 Fulham

Oh snap! Next year just in case korang nak tahu aku start support Fulham. Saje for the lulz. Orang kata support team yang losers lebih nikmat macam lubang tandok. I dunno if this true pasal aku tak pernah merasai kenikmatan support team losers. Tapi member aku yang penyokong Arsenal dan Liverpool kata sedap nak mampos support team losers derang. Well hey, kalau diorang kata best takkan aku nak deny kan? So how fitting jugalah team aku next season mengakhiri saingan Europa cup dengan kekalahan kepada Atletico Madrid. Fulham kecundang dalam masatambahan hasil jaringan Diego "remember me?" Forlan. Memang English killer betul Forlan ni. Ironic juga masa main di United sukar benar nak menyekor. Tapi musim ni dia skor 2 bijik gol untuk mengalahkan Liverpool. Malam semalam dia sekali lagi menjaringkan 2 gol. Satu gol pada minit ke 32 separuh masa pertama apabila beliau menyudahkan hantaran Kun Aguero.

Kegembiraan Atleti hanya kekal selama 6 minit apabila Simon Davis menyamakan kedudukan. Perlawanan kekal 1-1 di akhir regulation time dan membawa kepada masa tambahan. Pada minit ke 117 Forlan sekali lagi menyudahkan bola hantaran Aguero untuk gol kemenangan pasukannya.



So near yet so far. Cuba lagi tahun depan Fulham.Untuk kurangkan kesedihan, mari lihat muka celebrity fans Fulham semalam.



Hugh Grant



Oh Lilly Allen.. don't cry.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...