ANDA SEDANG MEMBACA

23

Mari Belajar Tawarikh: Birmingham City

Birmingham City ialah sebuah kelab yang berpengkalan di kota Birmingham, kotaraya kedua terbesar dalam pelosok Britain. Ianya ditubuhkan pada tahun 1875 dan seawal tahun 1885 kelab ini telah bertukar taraf sebagai kelab profesional, meletakkannya antara kelab profesional terawal England.

Pada tahun 1888 Birmingham City menjadi kelab bolasepak pertama berstatus syarikat berhad dengan ahli lembaga pengarah tersendiri. Birmingham City juga merupakan salah satu dari 12 kelab pengasas Football Alliance. Pada tahun 1892 bila Football Alliance digabungkan dengan Football League, Birmingham City bermain di Divisyen 2 dan muncul sebagai juara Divisyen 2 yang pertama.

Birmingham City merupakan kelab bolasepak Inggeris pertama yang bermain di kejohanan peringkat Eropah. Mereka bertanding dalam Piala Inter-Cities Fairs yang pertama pada tahun 1956. Birmingham City mara ke separuh akhir sebelum tumpas dengan agregat 6-5 kepada Barcelona.

Birmingham City juga merupakan kelab bolasepak Inggeris pertama yang bermain di perlawanan akhir kejohanan peringkat Eropah. Pada tahun 1960 mereka tewas 4-1 dalam perlawanan akhir kepada Barcelona dan pada 1961 pula tewas 4-2 kepada AS Roma.

Satu lagi pencapaian hebat Birmingham City ialah menjadi kelab Inggeris pertama menang di San Siro menentang Inter Milan. Hanya Arsenal saja yang berjaya mengulang pencapaian yang serupa, 40 tahun kemudiannya.

Lain-lain pencapaian menarik Birmingham City ialah penjaga golnya Bert Trautmann pernah bermain dengan tulang tengkuk yang patah selama 20 minit ketika perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City pada tahun 1956. Birmingham City juga merupakan kelab pertama yang menjual pemain dengan harga £1,000,000 iaitu Trevor Francis yang dijual kepada Nottingham Forest pada tahun 1978. Pencapaian terkini Birmingham City ialah hampir-hampir menang ke atas Liverpool sebelum David Ngok berjaya memperdayakan pengadil dengan aksi terjun tiruk untuk penalti saguhati.

Nasib baik.

Sebagai perbandingan Liverpool Beach Club hanya ditubuhkan pada tahun 1892 (17 tahun selepas Birmingham City ditubuhkan). Kali pertama bertanding di peringkat Eropah ialah pada tahun 1965 (9 tahun selepas Birmingham City bertanding kali pertama di peringkat Eropah) dalam Piala Eropah (kini Liga Juara-Juara) di mana mereka tewas di peringkat separuh akhir kepada Inter Milan di San Siro (hanya Birmingham City dan Arsenal kelab Inggeris yang pernah menang di San Siro).

Pendek kata, sejarah Birmingham City lebih hebat dari sejarah Liverpool. Sebab itu mereka hampir menang malam tadi, nasib baik Liverpool ada David Ngok.

Bookies always rite.

23 Ulasan:

ashraf sahdan berkata...

ceh..birmingham semua benda 'awal' saja, tapi tak terer mana..

tapi nasib baik seri tadi, kalau kalah ada rasa nak bakar stadium jugak..

Trekker berkata...

keh keh keh.. liverpool.

meor-name-depan-ku berkata...

mane liverpool punyer report ni...
tak sabar nak belajar sejarah lagi.

nanti kalau wat entri post tu bubuh sejarah banyak-banyak tau. Bak kate orang membaca jambatan ilmu...satu lagi, jangan lupa buat formula dan ramalan bodoh tu yer..

terima kasih...

ayobkelubi berkata...

perghh kena lagi dah, aku bila tengok result, dalam kepala otak terus set, mmg teruk kena "anjing" dengan lucius dlm sokernet kang.

kan betul.

tak sempat dingin dgn jannah nak wat report. lu dah wat dulu. hahahaha.

teruk kena ni.

sack benitez lah woii!.

ni semalam espn ada report, dua badigol owner tu nak jual hak nama liverpool pulak!. aduhaiiii. macam-macam.

kalau tak betul pengurusan, aku yakin, liverpool akan jadi macam leeds dan seterusnya macam nottingham forest dan akhirnya macam notts county.

bodoh, dengan team paki ramai (birmingham paling ramai warga pakistan) pun tak leh nak beat.

aranhellstorm berkata...

klu diikutkan hati yang panas tadi, aku nak bakar je tv aku mlm tadi...nasib baik aku masih waras..

cibai punya benitez... (dedua benitez yg aku maksudkan)

Khalid Raffali berkata...

ngog dive affect the outcome of the game.

eduardo dived last time tapi tak really affect the outcome of that celtic game.

so mana line nak sign up untuk kempen ban ngog plak.

1 win from last 9 games. sejarah sungguh.

mfh berkata...

bookies always rite.. kah kah kah..

doop berkata...

liverpool - you'll never dive alone

mfh berkata...

mana en shankly.. senyap je..

gula-gula berkata...

sejarah ini akan berterusan. hingga ke game ke 30 paling kurang.

kah3..

mrs.pingu berkata...

hahaha..loooser...bookie pon takot ar nk bet ng liverpool...tak cnsistent..grph turun naik glersjrh ble wat kenangan je..cam mesia...ble ar cte dlu ble mkn korea...skg...ntah2 brunei pon takleh tapau...mng nsib..injury penoh...cam hospital lak..beli pon plyer injurd...camni nk mng cup??kalo ye pon tores ng gerad sehat kembali...mcm la diorg tu takleh injrd psni...takde 2 org tu lverpool maen cam blckpool..baik relegate bayar utang dlu ar..mcm leeds..kalo camni ar chmpion league ble tak lps...cilap2 uefa cup pon tak lepas...

mfh berkata...

konsisten la tu.. konsisten tak menang..

Shank berkata...

ntah tetiba byk keja pulak dr kul 9 tadi .
kang balik dr lunch kat UNiten nnti aku reply .

YNWA.

Azri Rotten berkata...

aku tgk dkt 19 kerusi gak kene bakar. xde masuk tv ke? rupenye ramai gak org kelantan minat liverpool. sampai gerak anfield. tmpt aku duduk pon dorang nak bakar gak. silap2 benitez pon kene bakar.

eddie dewanaga berkata...

Birmingham pun kaya sejarah wooo... the birthplace of the true heavy metal, Black Sabbath!

Liverpool dah main sehabis baik, mungkin tahun ini bukan milik diorang...

...tetapi milik Sang Naga Biru, Chelsea FC !!!



Keep the blue flag flying high, blue blood forever!

SFB berkata...

Quote Ayobkelubi: kalau tak betul pengurusan, aku yakin, liverpool akan jadi macam leeds dan seterusnya macam nottingham forest dan akhirnya macam notts county" ---> kalu btol jadi... kami semua tumpang gelak + bahan je Team Sejarah.. haha

FIRZA berkata...

peh.....tetiba gua minat kembali kepada sejarah......

Tanpa Nama berkata...

Bye bye Liverpool!!! Take care.

Amjat berkata...

tawarikh tuh ape beb?

bani berkata...

sejarah.

encikmasen berkata...

bert trautmann main untuk manchester city, bukan birmingham..

one of the greatest goalkeeper of all time..

hanya berkongsi fakta..

medihebat berkata...

Mari dengar lagu FERRIES WEAR BOOTS-BLACK SABBATH...lagu menceritakan ozzy nampak ferries pakai boot tapi sebenarnya dia mabok dan layan dadah...halusinasi tinggi...eh, liverpool tak halusinate ke...? main macam semalam bulih menang 49 out of 50 games....?

LuciusMaximus berkata...

ecikmasen,

Tu la pasal, Pepe Reina tipu aku ni, mentang-mentang aku bukan ahli kelab sejarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...