ANDA SEDANG MEMBACA

17

TERIMA KASIH DAUN KELADI, ABANG PIPI, BUATLAH LAGI

Terus-terang, aku agak terkejut Manchester United menang di San Siro. Iyalah, dengan bek handal tak ada, otai winger tangan sakit.

Alih-alih menang.

Aku cuba kaji, tilik, kupas dan olah punca kemenangan.

Ah, semuanya kerana Pipiyapong.

Kalau kalian perasan, setiap entri bongkak 'PRA PERLAWANAN' Pipiyapong, mesti keputusan game itu berlawanan dengan ramalannya.

Kita tengok terkini:

entri bertarikh 16 Februari 2010 dengan tajuk AC Milan lawan Manchester United. Berapa dia letak? Ac Milan menang 7-0.

Sebaliknya? Korang sudah tahu bukan.

Kita patah balik siiikit ke belakang, 5 Februari 2010, entri Chelsea lwn Arsenal. Dengan bongkak dia ramal menang 3-0.

Sebaliknya?

Orait, patah lagi, sikit je, pada 31 Januari 2010, entri Arsenal lawan Manchester United. Yap, 3-0 lagi.

Sebaliknya?

Jauuuhhh ke belakang, pada 28 November 2009, tarikh yang merupakan titik tolak obsesi beliau untuk ramal Arsenal menang 3-0. Kenapa? Kerana dalam entri Arsenal vs Chelsea ini beliau ramalkan Arsenal menang 6-1.

Sebaliknya? Arsenal kalah 0-3.

Perhatikan banyak game Arsenal menang tatkala Pipiyapong TIDAK membuat sebarang entri prediction. Contoh terbaik, game kemenangan Arsenal menentang Liverpool baru-baru ini. Bayangkan kalau ada entri prediction beliau (dengan tipikal menang 3-0, macam takde scoreline lain nak pilih) beserta poster photoshop skill budak baru nak daftar tadika? Mesti Jannah dan dingin yang melompat-lompat kegembiraan.

Jadi dengan sedikit bukti dengan banyak lagi bukti yang tidak disertakan ini, maka saya amatlah berharap agar Pipiyapong sudilah kiranya membuat prediction kekalahan Manchester United pada game akan datang, kerana tanpamu, hidup tak bermakna.

17 Ulasan:

iampali berkata...

caya la pipi..keep up the good work!! hahaha

HafizChan berkata...

Terima kasih saudara!

Emmet Muhamad berkata...

kih kih kih,pipi mesti tersenyum nipisss

Sang Pemimpi berkata...

jadi,adakah dgn brader PP tidak mbuat posting prediction utk game arsenal vs porto, arsenal akan menang??apakah benar?benarkah?kahbenar??

Yahooo...arsenal menang!!

faheza berkata...

aku x harap pp wat ramal tuk arsenal lgi dah..cukup lah pp....ramalan lu tuh slalu nyer pemantulah cahaya jer...

talkIZcheap! berkata...

kip ap de gud werk...

s t a b i l z berkata...

post terbaik Sokernet setakat ini! Aku rasa Arsenal kalah 0-8 pagi ni. Fuh!!!

Raiden berkata...

mgkin pp leh compete ngan pele untuk peramal terbaik kot

julu berkata...

haha..
kesian pp..

FIRZA berkata...

memang kajian lu ni bleh dibawa ke tengah.......

s t a b i l z berkata...

betullah, kan dah kalah pagi tadi! LOL!

Bukan Sepet berkata...

rupanya pipi ini nostradamus... SONGSANG!
baru aku tau.

ChesterChaz berkata...

hahaha..
sungguh misteri saudara pipi nih.. kahkahkah

deus X machina berkata...

Sekali "menang" 2-1 da
Fabianski teruk tol
Mungkin Wenger patut beli keeper T-Team
tak pun amik je Halim Napi

keh keh keh (gelak pipiyapong)

encik remy berkata...

pipiyapong da goyang....sume post x menjadi kenyataan+arsengal semakin parah...hahaha

NikLas berkata...

pp ni ada pun cm xde.. baik xde trus.
buatla entry yg ilmiah sket... ni x, cket2 prediction 6-0,7-0... ikut sdap ati je.
ada otak pakai la, jd la jantan...

talkIZcheap! berkata...

lepak r niklas, kang pipi tutup blog ni baru tahu, keh keh keh... <---tiru gelak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...