ANDA SEDANG MEMBACA

36

Bolasepak 101: Football

LuciusMaximus Rabu, Februari 09, 2011 ,


Semuanya bermula dari permainan gila ini



Entri pasal Super Bowl kelmarin bukanlah sesuatu yang luar biasa sebenarnya dalam Sokernet. Lama sebelum ini bermacam jenis sukan lain pernah diceritakan dalam Sokernet, baik hoki, kriket, sepaktakraw juga badminton dan skuasy.

Pendek kata hampir semua jenis sukan dalam dunia ini boleh diulas dalam Sokernet jika mahu. Dan lama sebelum aku bercakap pasal Super Bowl, The Alpha Kotey terlebih dulu pernah bercerita mengenai American Football.

Jadi sesiapa yang bising tak tentu hala semalam nampak sangat baru beberapa bulan baca Sokernet tapi cakap berdegar-degar dan masih tidak faham bahawa di Sokernet, bolasepak itu lebih besar dari sekadar Liverpool dan Kelantan.

Berbalik kepada cerita Super Bowl dan American Football semalam, komen-komen pembaca banyak yang mempertikaikan 1) penggunaan istilah 'football' dalam sukan tersebut dan 2) bahawa American Football ini ialah ragbi pondan for pussies. Komen yang tak berapa cerdik aku tolak tepi.

Kita perlu memahami football secara keseluruhan untuk dapat menerima American Football sebagai sejenis football. Untuk faedah bersama dalam artikel ini aku akan gunakan istilah football dan bukan bolasepak, supaya senang kita nak faham.

Kalau diikutkan kepada Wikipedia, "football is any of several similar team sports of similar origins". Perhatikan kata kunci 'similar' di situ.

Jadi apa yang similar-nya antara football macam yang dimainkan oleh Liverpool dan football yang dimainkan oleh Green Bay Packers, selain dari ianya melibatkan 11 orang sepasukan macam yang aku cakap kelmarin?

Untuk memahaminya kita perlu kembali ke zaman dulu. Zaman dulu di sini bukan bermaksud zaman dulu-dulu di mana Liverpool adalah klasemen. Tapi belakang lagi.

Football atau sukan yang seakan dengannya telah dimainkan oleh bangsa Rom, Greek dan China sebelum lahirnya Nabi Isa lagi. Ia juga turut dimainkan oleh bangsa-bangsa lain kemudiannya, baik orang Jepun dulukala hinggalah ke orang Eskimo, atau oleh suku kaum Maori di New Zealand hingga kepada bangsa Maya di Amerika Tengah.

Menjelang Zaman Pertengahan, football dimainkan dalam bentuk Shrovetide di England atau Calcio Fiorentino di Itali. Ianya adalah permainan yang ganas dan hampir tidak ada peraturan. Lazimnya dimainkan oleh rakyat kelas bawahan, football yang sebegini pernah diharamkan oleh pihak kerajaan yang terdiri dari golongan bangsawan yang hanya tahu bermain pedang, kuda dan perempuan.

Pun begitu football terus dimainkan, khususnya di England baik secara haram atau halal. Ia kemudian jadi sukan kegemaran sekolah atau universiti di England dan perlawanan antara setiap sekolah atau universiti selalu diadakan. Pada masa yang sama, sejajar dengan tersebarnya Empayar British ke seantero dunia, football turut dimainkan dari Amerika Utara hingga ke Australia.

Tetapi oleh kerana tiadanya peraturan yang khusus, football pada masa ini dimainkan ikut suka hati kepala bapak masing-masing. Konsep hampir serupa, iaitu membawa bola ke bahagian akhir pasukan lawan untuk mendapatkan mata, tetapi Pasukan A sebagai contoh menetapkan ia hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kicking (kaki) sementara Pasukan B pula menetapkan ia boleh dilakukan dengan carrying (tangan). Jadi jadah nak main macam mana kalau begitu?

Association Football

Maka pada petang 26 Oktober 1863 wakil dari beberapa kelab football telah bertemu di Freemasons' Tavern (Freemason?!) untuk mesyuarat pertama The Football Association. Matlamat mereka adalah untuk menubuhkan satu kod permainan yang boleh diguna pakai oleh sesiapa yang mahu bermain football. Selepas beberapa kali mesyuarat sambil pekena teh dengan karipap, terciptalah satu kod dan set peraturan baru untuk football. Dari sinilah asalnya Association Football, bersempena nama The Football Association atau ringkasnya FA. Inilah bolasepak seperti yang kita dan Lionel Messi ketahui.

Tapi ada seorang mamat dari Blackheath, FM Campbell namanya, tidak bersetuju dengan peraturan baru ini. Si Campbell ini kemudiannya meletakkan jawatan beliau sebagai Bendahari The Football Association dan terus mengundurkan diri. Dua benda yang si Campbell ini tidak setuju ialah larangan membawa bola menggunakan tangan dan larangan menyepak kaki pihak lawan.

Rugby Football (Union & League)

FM Campbell bersama Blackheath, dan beberapa kelab football yang lain berpecah dari The Football Association dan mula bekerjasama untuk menubuhkan kod serta peraturan football mereka sendiri. Maka tanggal 26 Januari 1871 lahirlah Rugby Football Union selepas mesyuarat melibatkan 21 kelab football di Pall Mall Restaurant. Penubuhan tersebut bermakna bermulanya era untuk satu lagi cabang football iaitu Rugby Football.

Rugby Football bagaimanapun menghadapi konflik dalaman pada tahun 1895. Sebanyak 22 kelab Rugby Football telah bermesyuarat di George Hotel pada 29 Ogos 1895 dan mengambil keputusan berpecah dari Rugby Football Union untuk menubuhkan pula Rugby Football League. Ianya membawa kepada dua jenis Rugby Football seperti yang kita ketahui hari ini, Rugby Union dan Rugby League.

Australian Rules Football

Football telah dibawa ke Australia oleh pendatang British lama sebelum wujudnya The Football Association dan Rugby Football Union (dan serpihannya Rugby Football League). Terpisah dari tanah asalnya, football di Australia melalui proses evolusi yang berbeza.

Pada 14 Mei 1859, Melbourne Football Club telah ditubuhkan dengan beberapa tokoh terpenting berhimpun di Parade Hotel untuk menetapkan satu kod dan peraturan mereka sendiri atas prinsip "we shall have a game of our own". Kod dan peraturan ini kemudiannya diterima oleh kelab football lain di Australia sekaligus membawa kepada wujudnya Australian Rules Football hari ini yang turut dipanggil secara meluas sebagai football di Australia.

American Football

Penghijrahan bangsa Eropah, khususnya British ke Amerika Utara turut membawa bersama mereka football dalam pelbagai kod serta peraturan. Universiti, kolej dan sekolah di Amerika bermain football mengikut kod dan peraturan masing-masing sama seperti di England. Ada bermain football mengikut gaya Association Football manakala ada pula yang bermain mengikut kod Rugby Football. Sebuah kelab, Oneida Football Club bagaimanapun mencipta satu kod hybrid (gabungan) yang kemudian dikenali sebagai kod 'Boston Game'.

Populariti kod 'Boston Game' ini tersebar meluas dan pada 23 November 1876, wakil-wakil universiti telah bermesyuarat di Massasoit House untuk merangka satu kod dan peraturan yang boleh diguna pakai oleh semua pasukan. Mengambil kod dan peraturan Rugby Football Union di England sebagai asas, mesyuarat tersebut telah membawa kepada lahirnya American Football seperti yang kita tahu hari ini.

Kod Football Yang Lain

Association Football, Rugby Football, Australian Rules Football dan American Football menjadi 4 kod utama football yang dimainkan di seluruh dunia hari ini. Tetapi di beberapa negara lain turut wujud kod football tersendiri.

Di Kanada, ada versi kod Canadian Football yang mirip American Football tetapi mempunyai peraturan yang berbeza. Ia lebih kurang seperti perpecahan Rugby Union dan Rugby League dalam kod Rugby Football.

Di Ireland, populariti Association Football dan Rugby Football membawa kepada usaha-usaha untuk mempertahankan sejenis kod football yang merupakan tradisi di Ireland. Maka satu kod dan peraturan yang standard diwujudkan, dengan nama Gaelic Football mewarisi kod football tradisi Ireland.

Beberapa kod yang lain juga wujud, kebanyakannya merupakan hybrid (gabungan) antara 4 kod utama football atau mirip kepada salah satu dengan sedikit pengubahsuaian kecil dari segi peraturan.

4 Kod Utama Football

Australian Rules - 14 Mei 1859 di Parade Hotel, Melbourne
Association - 26 Oktober 1863 di Freemasons' Tavern, London
Rugby - 26 Januari 1871 di Pall Mall Restaurant, London (Union) & 29 Ogos 1895 di George Hotel, Huddersfield (League)
American - 23 November 1876 di Massasoit House, Springfield


Kesimpulan

Football yang bermula di England, dimainkan secara kicking (kaki) atau carrying (tangan). Ia kemudian disebarkan oleh para imigran ke Australia dan Amerika.

Di Australia, football melalui proses evolusi mereka sendiri hingga kepada lahirnya Australian Rules pada 14 Mei 1859.

Di England, usaha mewujudkan satu kod dan peraturan standard membawa kepada lahirnya Association pada 26 Oktober 1863. Tetapi berlaku perpecahan antara pihak terlibat. Satu pihak telak menarik diri dari Association.

Pihak yang menarik diri ini merangka kod dan peraturan mereka sendiri, membawa kepada lahirnya Rugby pada 26 Januari 1871.

Di Amerika, football yang dibawa dari England juga mengalami proses evolusi sendiri. Usaha mewujudkan kod sendiri membawa kepada kelahiran American Football.

Rugby mengalami perpecahan pada 26 Ogos 1895, apabila wujudnya League yang berbeza dengan Union. Ia masih kod yang serupa tetapi mempunyai peraturan berbeza.

Jadi sekarang siapa yang main football yang sebenar-benarnya?

Itu cerita mengenai sejarah dan asal-usul kod football yang berbeza. Aku telah cuba ringkaskan seringkas mungkin kerana jika mahu dijelaskan secara terperinci ianya sudah boleh dijadikan buku. Apa pun jika sesiapa mahukan bacaan lebih lanjut bolehlah rujuk kepada pautan Football di Wikipedia.

Persoalan tentang football mana yang ganas dan mana pula yang pondan, bagi aku adalah tidak berfaedah. Cukup aku jelaskan disini, ketika awal kewujudan football yang dimainkan tanpa kod dan peraturan yang tersusun, ianya adalah satu permainan yang ganas dan pernah diharamkan beberapa kali.

Penubuhan kod dan peraturan, selain untuk mewujudkan satu standard, juga bertujuan untuk memastikan aspek keganasan dan pertumpahan darah dapat dipadamkan sama sekali (atau dikurangkan) dalam football.

Dari pemerhatian kasar, kita boleh mengatakan bahawa kod Association yang paling banyak mengenakan peraturan untuk membuang aspek keganasan dalam football. Tetapi dimana ianya kurang 'ganas', Association pula paling banyak dicemari dengan insiden kontroversi, penipuan dalam permainan dan pengadilan tidak konsisten. Akibat dari ini kes pemain yang tidak berdisiplin dan tidak menghormati pengadil banyak berlaku dalam Association.

Australian Rules, Rugby Football (Union & League) serta American Football masih banyak mengekalkan aspek keganasan seperti yang wujud dalam konsep asal football. Tetapi di sebalik ini ia mengenakan peraturan yang ketat sehingga hampir tiada ruang untuk penipuan dengan dibantu oleh pengadilan yang konsisten. Jarang sekali, malahan hampir tiada, insiden pemain bergaduh atau mempertikaikan keputusan pengadil dalam Australian Rules, Rugby Football dan American Football.

Begitulah adanya sedikit-sebanyak penerangan mengenai football dan kod-kod football yang ada. Okay, siapa nak kelahi boleh kelahi di ruangan komen.

36 Ulasan:

kitt berkata...

kelahi...kelahi!!

so dari Soccer or sepakbola itu yang datang kemudian dari football?

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

pergh..

ska berkata...

aku sgt setuju pasal pergaduhan tu.. seganans2 ragbi yg aku tgk live (kalo main kt sekolah..uni...tv..) kalo diorg dpt arahan dari pengadil, tader bantahan sikit pon... apetah lagi maki2 dalam bahasa inggeris... macam rooney dgn hernandes selalu buat...

bercakap pasal Rooney... elok gak kalo Lucy cerita sedikit pasal keluar dia yg ramai terlibat dgn Rugby...

nice entry beb... keep it up weh!

FdausAmad berkata...

Bolasepak yang kita faham sekarang ni datang dari negeri Perak.

Ejoi berkata...

"Australian Rules, Rugby Football (Union & League) serta American Football masih banyak mengekalkan aspek keganasan seperti yang wujud dalam konsep asal football. Tetapi di sebalik ini ia mengenakan peraturan yang ketat sehingga hampir tiada ruang untuk penipuan dengan dibantu oleh pengadilan yang konsisten. Jarang sekali, malahan hampir tiada, insiden pemain bergaduh atau mempertikaikan keputusan pengadil dalam Australian Rules, Rugby Football dan American Football."

Nukilan Lucius Maximus diatas secara tidak langsung selari dengan pendapat aku sebelum ini, yakni American Football merupakan sukan yang lebih ganas dari bolasepak. Begitu juga dengan saudara terdekatnya, yakni rugbi dan Australian Football.

Menjawab komen terakhir hantuLongkang di dalam posting Super Bowl XLV, sebab utama aku menyatakan yang sukan American Football itu sebagai 'the last fortress of alpha male sport' adalah kerana budaya sukan American Football itu sendiri yang memandang tinggi sifat keperkasaan dan sifat agresif seseorang pemain di dalam sukan tersebut. Didapati sifat keperkasaan dan sifat agresif memang sebati dan merupakan identiti dalam sukan American Football. Di sini aku berpendapat bahawa American football dan saudara terdekatnya (rugbi dan Australian Football) merupakan ruang 'halal' untuk seorang lelaki yang mempunyai kadar totesteron dan adrenalin yang tinggi di dalam dirinya untuk melempiaskan segala sifat agresifnya dengan cara yang sihat dan terkawal. Tak hairanlah jika sering terdapat laporan berkaitan pemain American Football sering terlibat dengan kes pergaduhan dan perbalahan di luar sukan itu.

Pet Shop Boys berkata...

lol Liverpool kalah kena, Liverpool menang pun kena....

I Am Legend berkata...

Penerangan yang sungguh panjang lebar dan merungkai segala isu serta pertikaian tentang siapa yang bermain 'football' yang sebenar. Good writing!

Isu berebut istilah 'football' bukan setakat berlaku antara peminat bolasepak seluruh dunia dengan peminat bolasepak Amerika saja. Malah kat England pun mereka selalu bergaduh tentang hak menggunakan perkataan 'football' ni.

Kat England, peminat bolasepak dan ragbi sentiasa bersengketa. Peminat ragbi akan label bolasepak sebagai sissy game full of primadonas. Yang kaki bolasepak akan perli ragbi sebagai egg chasing game for gays, sebab bola ragbi yang macam telur dan pemain ragbi yang suka berguling ramai2 atas padang.

Isu padang rosak macam kat Wembley pun selalu jadi punca bergaduh..

Union Equatoriale berkata...

gua insaf & tdk akan bertekak lagi dengan orang amerika pasal siapa yg main football yg sebenar

huhuh

hantuLongkang berkata...

great read...ibujari keatas...walaupun dah sampai tengah aku dah scroll ke bawah...haha

@ejoi:
komen yang berasas, i must say..ibujari keatas jugak...
tapi american football still for pussy...haha..masuk boxing, masuk tomoi, masuk bull run lagi sukan jantan aku rasa..haha

Union Equatoriale berkata...

typical liverpool fan ~ sampai tengah terus scroll ke bawah...

the only thing them kopites know is their history. the rest are beyond their comprehension, those hubcaps stealer

PELAUNG PULAU berkata...

bolasepak ART yang kita kenali sekarang plak berasal dari mana haa lucy??

kahkahkah!!!

i'msosupernotcool berkata...

lucy, anda memang king of facts la!
gud one!

pawangBuaya berkata...

pengadil tidak konsisten menguatkan lagi pemahaman aku bahawa bolasepak itu telah ditentukan kemenangannye sebelum permainan bermula..

Cob Nobbler berkata...

ah ni semua agenda FREEMENSEN je ni
korang ni mudah benar terpengaruh dengan dakyah FREEMENSEN LOOOOLLLL!!!

Baru gua tau Association Football ni Freemason punya idea,lagi la serbanistas nak membahan sukan bolasepak ni LOL!

Tapi gua dulu main ragbi,hisap rokok Pall Mall lepas tu semput pulak,camana gua boleh tak tau Pall Mall ada kait mengait dengan ragbi?

Lu memang ginius la Lucy.

Tengku Firmino berkata...

Good stuff..apapun Liverpool menang dengan Chelsea..yeah..!! YNWA

pawangBuaya berkata...

1 pertanyaan.. kenapa setiap kali bende baru mesti subject code die 101?

Jojoe Ali berkata...

Salah satu sebab kenapa gua bukak Sokernet dulu sebelum Soccernet. yup, on daily basis.

Satu tumbukan padu ke udara untuk Lucius Maximus!~

Dush!

Point of View berkata...

thanks lucy. baru aku tau rupanya ragbi ni berpecah dari bolasepak sebab tak setuju pasal law of the game. no wonder kat kolej dulu coach ragbi dgn coach bola selalu bergaduh pasal berebut padang training

n no wonder, mcm bola malaysia, ragbi malaysia juga ke laut heheh

Point of View berkata...

oh btw, mana dia? mana dia penyokong liverpool ngan arsenal yg dulu ckpy sokernet dah mcm sampah sebab asyik menganjing? mana?

Abdul Sokernet berkata...

Australian Rules - 14 Mei 1859 di Parade Hotel, Melbourne
Association - 26 Oktober 1863 di Freemasons' Tavern, London
Rugby - 26 Januari 1871 di Pall Mall Restaurant, London (Union) & 29 Ogos 1895 di George Hotel, Huddersfield (League)
American - 23 November 1876 di Massasoit House, Springfield

Adakah perjumpaan Sokernet yang kerap diadakan di Kayu Nasi Kandar akan membawa kepada wujudnya kod football yang baru?

Tanpa Nama berkata...

apa kau merepek ni setan !!!

dueng berkata...

sejarah bolasepak ni ada ditayang waktu world cup aritu kat NatGeo. Sah2 ramai tak tengok. cakap je minat football, sejarah pun malas nak study. haih..

anyway, teringat aku tengok cerita Invictus. Di afrika selatan, bola sepak selalu dimainkan oleh native african whereby rugby dimainkan oleh kaum kulit putih pendatang. what they say in the movie:

Etienne Feyder: Well, you know what they say about soccer. It's a gentleman's game played by hooligans. On the other hand, rugby is a hooligans game played by gentlemen.

Frankly, aku suka rugby sebab ganas, aku suka football sebab it's a beautiful game.

ska berkata...

kepade mangifera.. Ye... saya akui penyataan anda.. aku tengok dokumentari tu dulu (History of Football kot? Channel 555) tp ingat2 lupe.. tp yg Lucy bagi ni lagi senang faham dan lebih byk fact yg tader dalam tu. Yg kite tgk dulu ade ckp jugak pasal Chinese pengasas..pastu kaum Maia.. bla bla bla... yg Lucy bagi ni lebih kpd "ape yg kite nk tau" dan "menarik untuk diketahui" sbb dia buat connection antara american footbal, football kite, football australia, rugby..dokumentari tu jugak ade ckp sepak takraw pon pecahan bolasepak kalo x silap aku....ke aku silap?

kakiberita berkata...

fakta ala wiki..
gua suka.. wlaupun arsenal leading 4 pastu kena 4 balik.. gua ttp suka..

Arajo Dilangit berkata...

tipikal anti kop fan ~ nmpk jer fan lpool terus nk kutuk...

the only thing them kopites hatred know is their poser. the rest are beyond their comprehension, those hubcaps stealer...hehe...

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Adakah "those hubcaps stealer" yang dikatakan oleh Awang Joe itu mempunyai kaitan dengan Pittsburgh Steelers?

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Sedang kita galak bercerita tentang American Football dan bolasepak sebenar, kenapa tiada nukilan pra perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong yang akan berlangsung malam ini?

Kegagalan untuk menulis tentang perlawanan tersebut pastinya akan mencacatkan reputasi Sokernet sebagai tunggak terunggul portal bolasepak parodi di dunia maya (internet).

Sokernet, jangan kecewakan kami!

Ejoi berkata...

Australian Rules - 14 Mei 1859 di Parade Hotel, Melbourne
Association - 26 Oktober 1863 di Freemasons' Tavern, London
Rugby - 26 Januari 1871 di Pall Mall Restaurant, London (Union) & 29 Ogos 1895 di George Hotel, Huddersfield (League)
American - 23 November 1876 di Massasoit House, Springfield
Bolasepak ART - 30 September 1996 di Highbury, London

Unknown berkata...

haha, history of football channel History, hehe

mdfaizal berkata...

kalau bola rounders yg aku dulu main budak2 tuh?? hehe boleh masuk dlm ni tak

Jiraya berkata...

abe lucius mcm Football Guru la.hahahaha.

Nizam berkata...

wow mlsnya nk baca!panjang sgt!

Din Guerreroz berkata...

Terharu koi bace post ni... Ilmu yg penuh klasemen... huhu...

Lucy_al berkata...

entry2 mcm ni akan kuar lepas chelsea kalah..percaya lah...

Berbo berkata...

setuju dengan lucyal. kalo nak penambahan ilmu lagi, kena harap chelsea kalah lagi

Arajo Dilangit berkata...

TTB - bkn aku yg kata...ayat tue dr abdul wahab yg sgt mencintai the kop...hehe...


p/s-need to copy n paste coz my ingrish very2 the broken...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...