Memaparkan catatan dengan label Amboi amboi amboiiiii. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amboi amboi amboiiiii. Papar semua catatan
23

Berita baik untuk The Kop!

Jorji Khamis, Disember 23, 2010 , ,

Rafa Benitez akan kembali menerajui Liverpool selepas beliau ditendang keluar oleh Inter Milan.

Benarlah Santa itu wujud! Tangis seorang The Kop yang terharu dengan hadiah Krismas terbaik untuk Liverpool.
30

PENAMAT MUSIM 2010

Nazri Isnin, Mei 10, 2010
Pengadil tiup wisel.

Manchester United menang 4-0.

Tapi khabar di Stamford Bridge yang meraikan temasya, siap Drogba bergitar di tepi padang dengan back-up seorang drummer (ini bukan lawak) sudah menceritakan ending musim ini.

Sebagai peminat Manchester United, sudah tentulah kecewa, dan saya rasa perasaan yang sama juga dirasai oleh mana-mana peminat kelab lain pun kalau mereka berada di kasut saya (in my shoe, hahaha).

Keseluruhannya, disebalik 'kalah', musim ini saya cukup puas hati kerana Manchester United memberikan tentangan sengit hingga ke game terakhir.

Juga penghormatan kepada kem Chelsea sebagai juara EPL musim ini. Dengan rekod konsistensi mereka, tak ada ruang nak kata mereka tidak layak.

Saya tak tahu peminat lain, tapi saya kurang berminat bercerita tentang konspirasi, pakatan, kalaulah hari tu, kalaulah hari ni atau apa-apa sahaja. Bukan kali pertama piala liga tidak dimenangi oleh kelab kesukaan saya untuk sesuatu musim pun.

Sebagai penutup musim 2010 (sebelum ke World Cup), saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong kem Manchester United yang setia bersama membakar jiwa rakan-rakan kem lain.

Kepada penyokong kem Chelsea, tahniah atas kegembiraan malam ini. Raikan selagi boleh sebagaimana penyokong-penyokong kem Manchester United, Arsenal dan Blackburn rovers pernah raikan.

Musim depan ada lagi, kita gaduh lagi.

Saya percaya akan datang beberapa siri entri mengenai last day match terutama dari Mr. Lucy.

Dan selepas entri-entri temasya ini, tumpuan beralih kepada Piala Dunia Afrika Selatan.

Untuk nota - saya tidak ada di Malaysia sepanjang World Cup kerana terlibat dalam siri penjelajahan sebahagian Pulau Jawa (Jakarta-Surabaya-Bandung-Jogja-Bali), mana-mana rakan dari Indonesia yang sudi menjemput saya tengok World Cup, boleh kontek-kontek.

Saya, Sherkawi Jirim, err...Nazri melaporkan untuk kem Manchester United.

Ya A Awwww!
17

1 (JUGA)


Entri di bawah saya nak buat sejurus selepas game. Tapi atas sebab-sebab kesihatan internet, ia tertunda dan jadi redundant dengan entri j or ji. Gambar pun gambar lama, tapi sakit hati pembenci manchester united, saya tak ambil peduli.

entri ini mengambil teladan dari entri ini: 1 (yang ditulis oleh pelajar UiTM)

Dahulu segan juga nak riak bila team kesukaan berada di persada liga walhal team nombor dua dan tiga ada game belum dihabiskan. Iyalah, takutlah berada di puncak itu sekadar seminggu saja, seperti The Gunners. Tapi melihat abang pipi kita kata ok riak sebegitu dan peminat-peminatnya pun ikut sama riak, maka mereka sudah tentulah telan liur sahaja bila kami turut menggunakan konsep riak yang sama minggu ini.

"Eeee, aku benci Manchester United sebab mereka poyo masa berada nombor satu liga walhal team bawah kurang game dan boleh pintas mereka minggu depan" harus dibuang dalam senarai anda sekarang kerana anda telebih dahulu melakukannya. Jangan buang point benci Manchester United kerana peminatnya riak nak mampus bila menang kerana ia masih diamalkan oleh kami.

Altogether now - YA A AWWWW!!!

Eeee, bencinye,


Eeee, gol lagi? bencinye...


hatrick? eeee, bencinye.


Eeee, bencinyeeeee. Nasib baik striker kami hensem (baca: Torres)

(Semoga Manchester United terus dipersada liga agar diriku dan rakan-rakan aman sejahtera)

76

Divers of the world, Unite(d) and take over.

Jorji Isnin, Ogos 31, 2009
Muka sebijik macam pelakon Telenovela Maria Mercedes

Aku baru sampai ke KLIA ni. Telinga aku masih sakit. Berdengung-dengung. Inilah akibatnya bila berdiri di Stretford End. Aku dah bagi amaran pada skuad Arsenal dalam preview game aku yang lepas, Lionel Messi pun kucar kacir bila di sorak oleh barisan penyokong tegar yang berdiri di Stretford End, inikan pula Abu Dhabi. Tapi, Arsenal angkuh! Konon-konon mereka mampu mengalahkan juara England. Hasilnya?

Abu Dhabi lemah semangat dan menjaringkan gol sendiri. Apa punya turr


Aku baca komen pada 2 post sebelum ini, ramai yang kata Manchester United bernasib baik dan Arsenal bermain lebih baik. Kepala lemang! Macamana tengok bola? Ni mesti kejap-kejap tukar ke Channel Astro Ria tengok Azwan Ali Cak Cak Cak. Tu sebab banyak miss aksi penting.


Mengikut ratings yang dikeluarkan oleh jabatan sukan The Sun UK dan juga Soccernet, average semua player kedua pasukan mendapat 6 dan 7 mata manakala terdapat 2 pemain mendapat LAPAN MATA = Rudeboy Rooney dan Darren Fletcher. Sementara possession pula 51% memihak kepada Manchester United. Ada pemain Arsenal dapat 8 mata? Cak cak cak.


Wayne Rooney adalah jawapan Manchester United kepada kehilangan bintang sensasi C. Ronaldo dan Tevez. Bila Pak Alex meletakkan beliau sebagai topman dalam game menentang Arsenal, aku terus yakin dengan pilihan taktikal Pak Alex. Solo or duo, serangan United tetap berbisa…bagai duri dalam daging! Cak cak cak!


Bila Giggs melorongkan bola kedalam kotak penalty, Rooney mengejar dan Almunia juga sama-sama…dan Martin Tyler – komentator lagenda bolasepak inggeris menjerit,

“no doubt, it’s a penalty”


Kenal Martin Tyler? Jangan sampai bab itu pun aku nak kene sekolahkan. Cukup la Rooney menyekolahkan Eduardo dan seluruh Arsenal tentang ‘pro dive’ Pulau Sipadan. Itupun Eboue masih tak faham lagi.


“Not that they had learned their lesson as Emmanuel Eboue proved with a disgraceful unassisted tumble that will not be beaten for the worst fall all season” - Soccernet.


Dasar kepala lemang. Lambat terima pelajaran. Wenger pun bengang lalu dikeluarkannya Eboue dan dimasukkan Bendtner. Eduardo yang dari tadi moyok, cuba-cuba berselindung disebalik bangku simpanan di panggil turun untuk memanaskan badan, lalu disambut dengan ejekan Stretford End sampailah ke penghujung perlawanan. Terus tak menjadi. Kesian.


Pada minit terakhir, Arsene Wenger pun nampaknya tak mahu ketinggallan, melakukan aksi Hagemaru di tepi padang. Memang klimaks yang terbaik. Orgasm beramai-ramai setan merah di Old Trafford melihat aksi Arsene Wenger berdiri diatas tempat pemain simpanan. Memang klasik sekali pertemuan Manchester United menentang Arsenal. Aku puashati. Cak Cak Cak!


Orgasm beramai-ramai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...