ARKIB SOKERNET

47

Footie Friday: Setan Merah Di Seberang Laut Nampak, Sultan Bola Di Depan Mata Tidak - Ramli TM & Dilema Bolasepak Malaysia

LuciusMaximus Jumaat, September 30, 2011 , ,



Angan Mat Jenin

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan fenomena iklan Ramli TM, kisah seorang anak muda Malaysia yang mencipta nama sebagai pemain bolasepak di Manchester United. Tentang bagaimana Ramli yang ketika kecil berjaya skor gol diherdik bapanya kerana tidak skor banyak A dalam peperiksaan seperti anak jiran sebelah, tetapi akhirnya muncul sebagai pemain bolasepak profesional Manchester United bila dewasa, mencetus rasa bangga di kalangan rakyat Malaysia dan bapanya sendiri.

Fenomena Ramli TM muncul di waktu peminat bolasepak Malaysia sendiri dibuai angan-angan mahu melihat pemain tempatan beraksi di England. Pada masa yang sama juga kita sedang kecoh tentang bagaimana adanya rakyat Malaysia yang membeli kelab bolasepak di England atau bagaimana syarikat konglomerat Malaysia menjadi penaja kelab bolasepak di England.

Tidak ada salahnya, kalau TM mahu berfantasi tentang Ramli yang bermain di Manchester United, atau Tony Fernandes melabur duit poket sendiri membeli Queens Park Rangers, Genting jadi penaja jersi Aston Villa, Vincent Tan jadi pemilik Cardiff City dan Mister Potato bersekutu dengan Manchester United. Ini semua pilihan peribadi dan dibuat atas timbang rasa perniagaan. Tidak ada sebab Mister Potato, yang kilangnya di Melaka mahu jadi penaja untuk pasukan bolasepak Melaka yang hidup segan mati tak mahu.

Jadi bila TM keluar duit buat iklan Ramli ke Manchester United, kita tidak boleh salahkan TM. Tidak lama dulu TM sudah keluarkan jutaan ringgit menaja liga bolasepak tempatan yang majoriti rakyat Malaysia tidak ambil peduli. Adalah lebih bijak dan waras dari segi perniagaan untuk TM buat iklan syok sendiri yang membuai angan-angan Mat Jenin rakyat Malaysia, walaupun impak positif iklan ini kepada bolasepak Malaysia langsung tidak ada jika dibandingkan dengan penajaan liga tempatan oleh TM dulu.

Yang bersalah rata-rata ialah rakyat Malaysia sendiri. Kita kuat sangat berangan dan mudah berada di awangan. Baru saja Malaysia bergelar juara bolasepak Sukan SEA dan Piala AFF kita sudah berfikir yang bukan-bukan. Kecoh bercakap tentang si polan ke Jerman, si anu ke England. Tentang kononnya berpuluh kelab bolasepak Eropah kini mengintip pemain Malaysia. Tidak cukup dengan itu, kita tumpang bangga bila ada orang-orang kaya di kalangan kita melabur duit membeli kelab bolasepak luar negara. Dan tanpa segan silu, kita meroyan mahukan orang-orang kaya ini membawa pemain tempatan kita bermain untuk kelab mereka. Semua atas dasar kredit dan bukan merit.

Bolasepak Malaysia memang dah lama sakit, bermula dari tingkat atas Wisma FAM merebak sampai ke akar umbi. Rupa-rupanya peminat bolasepak Malaysia juga tak ketinggalan sakit. Sakit yang mula-mula disangkakan sekadar memenuhkan restoran mamak setiap malam minggu demi bolasepak orang lain, tetapi rupanya jauh lebih teruk dari itu. Kita sekarang sedang sakit jiwa. Sakit jiwa mahukan pemain tempatan kita yang tidak sehebat mana bermain bolasepak orang lain, sakit jiwa mahukan orang-orang kaya di kalangan kita terus melabur duit majukan kelab bolasepak orang lain bukannya kelab bolasepak kita sendiri (apa nak buat, bukannya kita benar-benar ada kelab bolasepak yang sejati pun).

Jadi juara Sukan SEA atau Piala AFF layaknya adalah sekadar juara kampung, Juara di kalangan negara Asia Tenggara yang bolasepak mereka sendiri pun hanya taraf melukut tepi gantang di benua Asia (baru Asia, belum taraf seantero dunia ya!). Ya pemain macam Safee Sali hebat tetapi hanya di Asia Tenggara, bukan hebat di Asia. Dan keghairahan kita mahukan pemain macam Safee Sali serta ramai lagi bermain di Eropah untuk apa? Adakah kita berfikir dengan cara ini bolasepak kita boleh maju?

Kita kena muhasabah diri. Kurangkan angan-angan Mat Jenin tentang munculnya anak muda seperti Ramli, yang entah datang dari mana (turun dari langit agaknya) dan bermain di Manchester United. Dalam senario bolasepak Malaysia seperti sekarang menunggu lahirnya insan seperti Ramli ialah seperti menunggu kucing bertanduk. Tak ada gunanya berangan tentang anak muda Malaysia bermain bola di padang yang lebih hijau di sebarang laut kalau di padang bola kita sendiri kita gagal hendak mengubahnya.

Tanya diri sendiri, agak-agak 20 tahun dulu tauke-tauke Mitsubishi, Nissan, Toyota atau Yamaha menghabiskan duit mereka untuk kelab bolasepak England atau kelab bolasepak kilang masing-masing?

Tanya diri sendiri, agak-agak 20 tahun dulu pernahkah Samsung atau LG menghabiskan duit buat iklan tentang anak muda bernama Park yang bermain untuk kelab bolasepak di Eropah?

Tanya diri sendiri, agak-agak 20 tahun adakah peminat bolasepak Jepun atau Korea sibuk berangan dan berkempen mahu menghantar pemain bolasepak mereka yang ketika itu tidaklah sehebat mana pun ke Eropah?

Habis apa agaknya yang Jepun dan Korea buat 20 tahun dulu, sebelum hari ini mereka boleh berbangga mempunyai ramai anak muda mereka bertaburan di kelab-kelab Eropah sana?

Dari sini kita kena sedar satu perkara asas. Bolasepak sebuah negara bukan dimajukan dengan menghantar satu atau dua pemain bermain di liga bolasepak negara lain yang lebih maju. Ia juga tidak dimajukan dengan mempunyai rakyat tempatan yang kaya-raya dan membeli kelab bolasepak luar. Jauh sekali ia dapat dimajukan dengan mempunyai syarikat seperti TM, Mister Potato, Genting atau Tune jadi penaja liga bolasepak negara lain.

Kita kena ikut resam bolasepak negara seperti Jepun dan Korea, atau Australia dan Amerika Syarikat. Mereka ini semua 20 tahun dulu mempunyai liga bolasepak yang hidup segan mati tak mahu. Tetapi atas kesedaran sendiri mereka rombak liga mereka, tubuhkan kelab bolasepak yang benar-benar kelab bolasepak sejati dan mulakan program pembangunan akar umbi secara menyeluruh. Hasilnya hari ini, biarpun bukan bertaraf kuasa bolasepak dunia, tetapi 4 negara ini adalah peserta tetap Piala Dunia.

Janganlah kita jadi Mat Jenin, apa pun tiada tapi angannya lebih. Jangan juga kita jadi rabun dekat, bola seberang laut kita nampak tapi apa yang di depan mata kita butakan begitu saja.
23

Match Preview - Toffee vs Liverpool

pakkordi


Logo baru The Toffees. Motto bahasa latin 'Nil Satis Nisi Optimum' dah takde lagi, dah masuk kubor. Sekarang 'Liverpool Nimium Potens'.

Lawan Liverpool -Terlalu Power (TM) pada Sabtu ni jam 7:45pm waktu Malaysia adalah The Toffees. Team gula-gula, macam team tadika suka makan gula-gula. Walaupun team gula-gula, The Toffees ialah pasukan tuanrumah berjersi biru terkuat di England. Team tuanrumah jersi biru yang lain semuanya mangkuk hayun.

Pemain yang harus Liverpool kawal ketat ialah Leon Osman dan Marouane Fellaini. Fellaini nama dekat-dekat dengan Fella Design. Fella Design punya perabot boleh tahan dia punya chun, jadi jangan buat pasal. Leon Osman mungkin ada darah melayu, jadi paham-paham aje lah perangai melayu bila game lawan team gergasi macam Liverpool. Tim Cahill injured so, dia boleh baring depan TV makan nestum sambil tengok macamana Gerard gentel satu team Toffee tu.

Ketua pasokan Toffees, Philip Neville akan menerima 4 kad merah dalam perlawanan ini semata-mata kerana dia bekas pemain team merah paling bahlul sekali dalam cakerawala.

Oleh kerana The Toffees ni team tuanrumah jersi biru paling power di England, saya meramalkan Liverpool menang hanya 1-0. Tapi harus diingat, Liverpool control game.

#YNWA ./
6

Ragbinet: LOL! Rugby Lookalikes!

LuciusMaximus Khamis, September 29, 2011
Badang dua serupa?

Kalaulah Justin Bieber main ragbi, mungkin tubuh badannya sama dengan James O'Connor, pemain wing Wallabies yang juga mempunyai muka baby face dan kening lebat ala Justin Bieber. Never say never!

Pemain centre All Blacks pula, Ma'a Nonu mengingatkan kita kepada Mufasa, watak singa dalam filem animasi Lion King. Salahkan dreadlock itu, tapi semangat singa ada gunanya dalam ragbi!

Manakala pemain wing Les Bleus, Maxime Medard dengan rambut dan jambangnya nampak seperti kembar kepada Wolverine dari filem X-Men. Kalaulah dia juga dilengkap dengan set kuku adamantium, konpem Perancis juara Piala Dunia!

Gigi berterabur dan wajah petak Schalk Burger, pemain flanker Springbok menjadikan beliau mirip seperti watak Jaws, penjahat dari filem James Bond The Spy Who Loved Me dan Moonraker. Ramai juga yang hilang telinga atas padang ragbi kalau Schalk Burger ada set gigi macam Jaws.

Dicedok dari NZ Herald.
14

Bolasepak Pasti Lebih Cerita Jika..............

Obefiend Weiland ,
EA Sports.... it's in the FAIL!

Kalau bolasepak sebenar ada bloopers macam game FIFA12 ini pasti dunia lebih gembira.......



16

Senyum Soker # 2 - Seputar Liga Juara-Juara

Obefiend Weiland Rabu, September 28, 2011 ,



17

Piala Malaysia 2011 - Yob & Sumandak Tenang Ke Suku Akhir



Perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011 telah selamat melabuhkan tirainya semalam. Daripada 16 pasukan yang bersaing dalam 4 kumpulan, hanya juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir dan berikut ialah kedudukan ringkas setiap kumpulan selepas tamatnya perlawanan malam tadi:

Kumpulan A
Perak
Sabah
Kedah
Johor


Kumpulan B
Negeri Sembilan
Terengganu
PKNS
Sime Darby


Kumpulan C
__________
Felda United
Johor FC
Sarawak


Kumpulan D
T-Team
Selangor
Kuala Lumpur
PDRM

Dengan ini, saingan suku akhir yang bakal berlangsung pada 10 dan 14 Oktober nanti bakal menemukan

Perak lawan Selangor
Negeri Sembilan lawan Felda United
____________ lawan Terengganu
T-Team lawan Sabah

Lumrah bolasepak Malaysia, agak sukar untuk kita menduga siapa yang bakal bergelar juara Piala Malaysia 2011 tapi yang pastinya majoriti peminat bolasepak Malaysia tidak mahu pasukan _____________.

Yob & Sumandak


Tidak ada apa yang lebih menggembirakan bila kedua-dua pasukan Perak dan Sabah berjaya melangkah ke suku akhir sekalipun pada awalnya diundi dalam kumpulan yang sama.

Teman sebagai anak jati dan peminat sehidup semati Perak merasa girang yang teramat sangat apabila Yob bukan saja berjaya mengenepikan saingan musuh tradisi Kedah tetapi turut mencatat kemenangan 2-1 di Ipoh dan seri 1-1 menentang skuad Hijau Kuning yang bagi teman adalah duri dalam daging buat Perak.

Ini semua berlaku di sebalik usaha halus dari suku-sakat Sultan Bola yang menggantung 5 pemain utama Yob sebelum bermulanya saingan Piala Malaysia. Shahrulnizam Mustapa, Akmal Rizal, Syazwan Roslan, Azmeer Yuos dan Nazril Nourdin menjadi mangsa kerakusan Sultan Bola yang kecewa kerana Pahang gagal bermain di Piala Malaysia.

Pun begitu barisan pemain simpanan dan muda Yob tampil menggalas tugas sementara abang jambang Khairi Zanudin menggalas tugas selaku kapitan menggantikan Shahrulnizam Mustapa. Yob tampil selaku pasukan tunggal yang tidak kalah langsung dalam saingan Piala Malaysia.



Dan yang lebih menarik lagi, selaku juara Kumpulan A, Yob kini bakal berdepan pula dengan Gergasi Merah Kuning pula dalam saingan suku akhir. Ini adalah hadiah terbaik buat Yob kerana kini berpeluang untuk melakukan ke atas Selangor apa yang telah Yob lakukan ke atas Kedah.


Sememangnya, bagi mana-mana peminat Yob hanya ada dua musuh tradisi yang sangat tidak digemari yakni Kedah dan Selangor. Kalau pasukan ___________ memang Yob tak pandang sangat sebab deme baru kenal bola pun 2 atau 3 tahun sudah.


Sementara itu, Sabah yang dikira teman sebagai pasukan angkat sebab teman cari rezeki pun di Sabah turut ke suku akhir setelah membenam Johor 4-1 (dan terima kasih pada Perak yang mengikat Kedah 1-1 untuk memberi Sabah kelebihan 2 mata ke atas Kedah). Skuad Ultra Sumandak pada pemerhatian teman tidaklah begitu mantap ketika saingan liga tetapi sejak bermulanya Piala Malaysia sudah memperlihatkan peningkatan mendadak dan perlu diberi perhatian.

Sabah bakal menyambut kunjungan T-Team di Likas pada 10 Oktober nanti dan teman dah mula menabung untuk kumpul duit buat beli tiket nanti.

Ater...
17

Anzhi Makhachkala FC

Anzhi Makhachkala FC ialah sebuah kelab dari Russia yang sangat islamik. Ia lebih islamik dari kelab yang ada ura-ura bakal menjadi islamik, Manchester United. Persamaan Anzhi dengan ManUtd ialah bila kita cuba menyebut nama pasukan ini, air liur kita akan tersembur. Makhacchhaaccckala .. dan Manchester ptuuihhh United.


Makhachkala ialah ibunegeri Republik Dagestan, satu daerah dalam negara Russia. Penduduk Dagestan rata-rata islam. 90% dari hampir 3 juta penduduk Dagestan ialah Sunni Muslim.

Kelab Anzhi ditubuhkan pada tahun 1991 dan kini bersaing didalam liga perdana Russia. Pada waktu saya pos entri ini, Anzhi berkedudukan ditangga 7. Anzhi agak bertuah kerana tidak ditubuhkan di negara Jepun kerana kalau kelab ini ditubuhkan di negara matahari terbit itu, sudah tentu mata pemain-pemain mereka sepet dan tak cebuk bila lepas buang air besar. Bukan itu sahaja tetapi sejurus selepas penubuhan, Anzhi bersaing didalam liga yang sememangnya sudah mantap yakni liga Russia. Oleh itu tugas mereka untuk semakin berjaya adalah mudah jika dibandingkan dengan Jubilo Iwata.

Pemilik kelab merupakan jutawan berugama islam, Suleyman Kerimov yang juga salah seorang dari 150 orang paling kaya dalam dunia. Suleyman ada bank, syarikat minyak dan gas dan juga perusahaan sumber galian. AstaghfirullahhalAzim.... masyaAllah... masyaAllah!

Antara pemain-pemain kelab yang dikenali umum ialah Roberto Carlos (mat botak bek kiri brazil dulu) yang juga kapten pasukan, Samuel Eto'o (penyerang lincah Cameroun) dan Yuri Zhirkov (bekas pemain pasukan The Smurf dari England). Selain dari mereka, kelab ini dibarisi oleh ramai pemain yang mewakili negara mereka dan kebanyakkannya berasal dari eropah timur/asia barat.

Para pemain pasukan ini tinggal dan berlatih di Moskow dan hanya akan diterbangkan ke Makhachkala apabila ada perlawanan ditempat sendiri. Itu lah, kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Pada hemat saya elok juga jika Safee Sali mencuba nasib di kelab ini. Manalah tahu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung Mister Potato dimakan monyet.

Pada firasat saya, tidak lama lagi pasukan Anzhi ini akan melipat Dinamo Moscow, CSKA Moscow, Spartak Moscow, Lokomotiv, Zenit St.Petersburg dan Rubin Kazan menjadi kapalterbang kertas. Saya kasi mereka lagi 3 tahun.

Go Anzhi!
7

Belangsungkawa - Theyab Awana : Penjaring Penalti Paling Stylo Didunia Meninggal Dunia

Obefiend Weiland Selasa, September 27, 2011
RIP You stylish dude

Theyab Awana menjadi sensasi internet selepas menjaring penalti secara backheel beberapa bulan yang lalu. Theyab Awana seorang pemain yang sedang meningkat naik di UAE meninggal dunia selepas terbabit dalam sebuah kemalangan ketika pulang dari latihan. Innalillah.


19

Tidak Paham Istilah-Istilah Ragbi?

Obefiend Weiland Isnin, September 26, 2011 ,
Salahkan Lucius

Adakah anda kurang paham dengan Ragbi? Tidak boleh dapat feel bila membaca entri #Ragbinet Lucius Maximus? Fear no more. Video dibawah ialah video yang pasti menjawab persoalan anda tentang ragbi



11

Mencapai Kemenangan Dengan 10 Pemain

LuciusMaximus , , ,




Laksana ayam peri-peri

Semenjak berpindah ke Chelsea, kerja Nando Torres memang mudah. Jaringkan gol dan kemudian sudah boleh berehat.

Sebab itulah dalam perlawanan menentang Swansea, Nando Torres diberikan kebenaran untuk keluar padang dan mandi awal selepas menjaringkan gol.

Kalau dulu-dulu kat Liverpool, nak kena main dari mula sampai habis, setiap perlawanan pula tu. Macam manalah kawan tak cedera selalu.

Nasib baik sekarang merangkap Dubuk Albino, Nando Torres boleh rilek-rilek macam Dubuk Liar yang sekarang dah jadi 'peacemaker'.

Dubuk Liar bersama mantan Perdana Menteri Pantai Gading, Charles Konan The Barbarian

9

Ragbinet: I Scrum Only For Jesus!






Euan Murray - kerdil di sisi Tuhan

Euan Murray bukan nama asing dalam kelimabelasan (?!) ragbi Scotland. Pemain yang terkenal dengan jolokan nama The It Man ini bermain di posisi prop untuk skuad ragbi Scotland dan merupakan satu susuk berketinggian 1.88 meter dengan berat 115 kilogram, lebih berat dari sebiji Yamaha RXZ milik seekor rempit.

Namun begitu, sebadang-badang Euan Murray ini beliau tetap takutkan Tuhan. Bagi Euan Murray, biarpun jika seorang individu itu berbadan sasa laksana Bik Mama sekali pun, mereka masih tetap kerdil di sisi Tuhan.

Atas sebab itulah, sebagai seorang Kristian yang warak, Euan Murray mengambil keputusan untuk tidak bermain ragbi setiap hari Ahad. Tindakan ini mengakibatkan Scotland terpaksa turun tanpa beliau ketika menentang Argentina semalam di mana mereka kalah tipis 13-12.

Tetapi bagi Euan Murray, apa sangatlah perlawanan di dalam Piala Dunia Ragbi yang bersifat duniawi semata-mata. Sedangkan balasan Tuhan di akhirat nanti azabnya lagi pedih dan menyeksakan.

"Secara asasnya dalam mengikut Yesus, buat semua atau tidak buat langsung. Saya tidak percaya agama Kristian jenis pilih dan campur-aduk. Saya percaya Al Kitab ialah firman Allah, siapalah saya untuk mengingkariNya?" jelas Euan Murray ketika dihubungi Ragbinet.

Pun begitu sebagai scrummage terbaik Scotland, Euan Murray tetap dipilih oleh jurulatih Andy Robinson dalam skuad Piala Dunia Ragbi. Jelas Robinson, "Euan telah berkata dia tidak akan bermain di mana-mana hari Ahad dan akan memberikan dirinya kepada Tuhan pada hari itu. Itu kepercayaan beliau. Bagi sesetengah daripada kita tidak ada apa yang boleh dilakukan, kita bukan Euan Murray. Kita mesti menghormati pilihan beliau."


Begitulah berimannya Euan Murray kepada Tuhan sampai sanggup tidak bermain perlawanan Piala Dunia Ragbi pada hari Ahad. Semoga ianya menjadi tauladan buat kita semua.


P/S: Dah solat Zohor dah?
9

Burrpp... Alhamdullilah

Seperti yang dijanjikan, musang king telah selamat menjadi santapan mangkuk tandas walaupun agak sembelit.


Manakala gambar serigala yang diwar-warkan oleh Abdul Sokernet tempoh hari ialah gambar palsu. Diatas ialah gambar originalnya.

Auww auuww auuwwwwww!

#YNWA ./
12

Ragbinet: Hujung Minggu Ragbi

LuciusMaximus Jumaat, September 23, 2011


Tak dinafikan, menengok perlawanan Piala Dunia Ragbi 2011 adalah sukar kerana ianya berlangsung di waktu pejabat. Jadi satu-satunya peluang ialah bila tiba hari Sabtu dan Ahad.

Sebab itulah pihak penganjur di Middle Earth mengambil langkah mesra rakyat dengan melambakkan sebanyak mungkin perlawanan pada hari Sabtu dan Ahad.

Ragbinet melihat 5 perlawanan yang bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.

Angka dalam kurungan ialah IRB World Ranking.

Pool B: England (4) - Romania (18) Sabtu 2.00 petang

Atas kertas, perlawanan ini memang nampak sangat bakal berpihak pada England. Kedua pasukan pernah bertemu 4 kali dan semuanya berpihak kepada England dengan perlawanan terakhir memberikan England kemenangan 134-0 (tidaklah menghairankan kerana ianya berlangsung di Twickenham, yakni 'Wembley ragbi' buat England). Pasukan ragbi England sama saja dengan pasukan bolasepak mereka, Perasan bagus dan pada masa yang sama selalu mencetuskan kontroversi. Yang terbaru ialah pemain centre, Mike Tindall yang dikatakan ringan-ringan dengan seorang blonde di sebuah kelab di New Zealand. Akibat perlakuan curang ini, isterinya Zara Phillips telah terbang ke New Zealand untuk mencabai konek si suami barangkali. Zara Phillips ialah cucu kepada Queen Elizabeth, jangan main-main.

Pertemuan antara All Blacks dan Les Bleus juga ialah pertemuan...


Pool A: Selandia Baru (1) - Perancis (5) Sabtu 4.30 petang

Pertemuan buku dengan ruas. Walaupun All Blacks merupakan pasukan ragbi klasemen dunia, tetapi Les Bleus selalu muncul kuda hitam kepada All Blacks yang memang hitam. Di antara kedua pasukan, mereka telah bertembung 50 kali, 37 berpihak kepada All Blacks sementara 12 kemenangan milik Les Bleus dan 1 seri. Namun harus diingat, dalam Piala Dunia Ragbi kedua pasukan pernah bermain 2 kali dan kedua-dua perlawanan dimenangi Perancis (1999 dan 2007). Perlawanan bakal berlangsung di Eden Park, kubu kuat ragbi All Blacks di mana kali terakhir mereka kalah di sana ialah pada tahun 1994! Tetapi jika mana-mana peminat All Blacks berfikir bahawa ini satu kelebihan buat mereka, harus diingat sekali lagi, kekalahan terakhir di Eden Park pada 1994 itu ialah kepada Les Bleus!

...adidas lawan Nike!

Fiji dan tarian perang Cibi

Pool D: Fiji (14) - Samoa (12) Ahad, 11.30 pagi

Perang Pasifik, apabila dua negara pulau ini bertembung dalam penentuan status sebagai raja ragbi di tengah lautan. Samoa mungkin ada kelebihan dari segi IRB World Ranking, tetapi dalam 47 perlawanan antara kedua pulau ini, Fiji telah menang 28 berbanding 17 milik Samoa dan 2 seri antara mereka. Kemenangan adalah sangat penting buat Fiji atau Samoa demi menghidupkan peluang ke suku akhir. Permulaan perlawanan ini bakal menjanjikan aksi menarik kerana Fiji akan melakukan tarian perang Cibi sementara Samoa pula melakukan tarian perang Siva Tau. Tarian perang sebelum perlawanan adalah tradisi ragbi yang eksklusif kepada negara ragbi pulau-pulau Pasifik.

Ini bukan Siva Tau oleh Samoa, ini mencarut namanya

Pool C: Ireland (6) - Russia (21) Ahad 2.00 petang

Ireland yang baru-baru ini melakukan kejutan menundukkan Australia dijangka tidak menghadapi laluan sukar berdepan beruang Russia, pendatang baru Piala Dunia Ragbi. Kedua pasukan hanya pernah bertembung sekali di Krasnoyarsk dengan Ireland menang 35-3. Apa yang pasti Shamrocks tentunya mahukan kemenangan besar ke atas Russia yang dicop pasukan belasahan Pool C bagi memastikan mereka muncul juara dan mengelak dari bertemu Afrika Selatan di suku akhir nanti.

Pool B: Argentina (9) - Scotland (8) Ahad 4.30 petang

Tengok IRB World Ranking sahaja kita sudah tahu pertembungan Hemisfera Utara dan Selatan ini bakal sengit. Telah 15 kali mereka beradu tenaga dengan Argentina menang 9 dan Scotland pula menang 6 perlawanan. Dalam 3 pertemuan terakhir, Argentina menundukkan Scotland di Edinburgh tetapi Scotland pula menewaskan Argentina di San Miguel dan Mar del Plata. Mungkin tekanan bermain di tempat sendiri menghantui kedua pasukan. Namun kali ini bermain di gelanggang berkecuali, kedua pasukan perlukan kemenangan demi melayakkan diri dari Pool B yang memang diakui pool maut dalam Piala Dunia Ragbi 2011 ini.
10

Jangan Cari Pasal Dengan Diego Maradona!

Obefiend Weiland
Kan Dah Kena Penyipak!



22

Mohon Hormat

<br>
<br>

Abang tengok sejak ada Pak Kordi ni kem Liverpool makin yakin dan lantang. Bagus, senang abang nak mengkonek bila kalah nanti.

Tapi abang nak kasi nasihat sikit. Wolverhampton Wanderers nama pendek dia Wolves. Wolves ni abang bukak kamus maksudnya serigala. Bukan musang. Mohon hormat.

Abang tau Pak Kordi saja nak perli yang Wolves ni musang. Takpe abang tak kisah.

Yang penting abang dah standby dengan Microsoft Paint.
23

Match Preview - Liverpool vs Musang King

pakkordi
Musang king ialah sejenis buah durian yang sangatlah sedapnya. Sabtu ini bertarikh 24 Sept, pasukan King Kenny akan makan musang king. Pehhhhhh!

Sessi memakan musang king akan bermula pada jam 10malam waktu Malaysia di Anfield. Musang king diterbangkan khas ke sana dengan menaiki kapalterbang Airbus A380. Santapan yang enak dihantar menaiki kenderaan yang terbaik untuk dijamah oleh pemain kelab bolasepak bertaraf 5 bintang. Pehhhh!


Tak perlulah saya ramal keputusan perlawanan ini kerana lepas makan, tentulah pemain akan buang air besar. Yer betol! Selepas ditelan pasukan King Kenny, musang king akan menjadi santapan mangkok tandas pula.

#YNWA ./ Pehhhhhhhh!
28

Footie Friday: Ryohei Yamazaki, Yamaha FC, Selangor & Jubilo Iwata





Ryohei Yamazaki adalah seorang pemain bolasepak Jepun yang lahir tanggal 14 Mac 1989 di Minamiuonuma, Niigata, Jepun. Bermain di posisi penyerang atau sayap, pemuda dengan tinggi 171sm dan berat 66kg adalah salah seorang dari pemain skuad Olimpik Jepun. Ketika zaman sekolah beliau bermain untuk Sekolah Tinggi Yachiyo dan sebaik saja tamat persekolahan telah menceburi bidang bolasepak profesional dengan bermain untuk kelab Jubilo Iwata di J. League Division 1.

Bagi para peminat bolasepak Malaysia, nama Ryohei Yamazaki mula dikenali ramai semalam apabila anak muda ini menjaringkan gol kedua Jepun dalam perlawanan kelayakan Olimpik menentang Malaysia.

Sebelum lahirnya Ryohei Yamazaki, bolasepak Jepun bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat oleh rakyat negara matahari terbit itu. Malahan bolasepak bukan sukan utama mereka, sebaliknya ia tenggelam di belakang bola lisut dan sumo. Bolasepak di Jepun masa itu dimainkan oleh pekerja-pekerja kilang secara amatur.

Salah satu pasukan bolasepak kilang yang pernah wujud di Jepun ialah Yamaha FC. Pasukan ini, berdasarkan namanya, sudah pastilah sebuah pasukan bolasepak milik Yamaha dan dianggotai oleh para pekerja kilang Yamaha. Syarikat Yamaha menaja kos pengurusan kelab sementara para pekerja yang terpilih sebagai pemain biasanya bekerja dari pagi hingga tengah hari di kilang dan kemudian berlatih pula di padang bola.

Percaya atau tidak, pada tahun 1985 kelab Yamaha FC ini telah bertandang ke Malaysia untuk beberapa siri perlawanan persahabatan. Salah satu lawan mereka ialah Selangor, juara Piala Malaysia 1984 dan tidak syak lagi pasukan bolasepak paling gah dan bongkak di Malaysia ketika itu. Pada 26 Februari 1985 di Stadium Merdeka, Selangor membuktikan bahawa sekumpulan pekerja kilang bukan lawan mereka apabila menundukkan Yamaha FC 3-1.

Yamaha FC turut bermain menentang Pulau Pinang dua hari kemudian tetapi keputusan perlawanan tersebut sudah hilang ditelan zaman. Pasukan pekerja kilang ini kemudiannya pulang ke Jepun dan tidak pernah kembali ke Malaysia lagi.

Pada tahun 1992 bolasepak Jepun melalui proses transformasi. Kebanyakan pasukan bolasepak kilang, pelabuhan, ladang, lombong atau apa saja menyahut seruan FA Jepun dan mula menubuhkan kelab bolasepak secara profesional. Yamaha FC turut tidak ketinggalan dan berubah menjadi Jubilo Iwata bersempena nama bandar Iwata yang menempatkan ibu pejabat konglomerat Yamaha.

(FA Jepun ketika menubuhkan J. League telah menetapkan bahawa kelab bolasepak mesti dikendalikan secara profesional dan nama kelab yang sebelum ini mewakili nama syarikat pemilik mesti ditukar kepada nama bandar di mana kelab itu ditempatkan)


Dengan Jubilo Iwata beransur-ansur berdikari sebagai sebuah kelab profesional, Yamaha beberapa tahun kemudiannya melepaskan hak milik ke atas kelab dan menyerahkannya kepada komuniti Iwata. Namun nama Yamaha FC dikekalkan pada logo kelab sebagai menghargai tradisi dan asal-usul Jubilo Iwata.

(Yamaha kini menaja kelab ragbi Yamaha Jubilo. Kedua-dua Jubilo Iwata dan Yamaha Jubilo berkongsi Stadium Yamaha untuk perlawanan bolasepak dan ragbi masing-masing).

Hari ini, Jubilo Iwata bukan lagi dibarisi pekerja kilang tetapi sebaliknya pemain bolasepak profesional yang gajinya jauh lebih tinggi dari apa yang diperolehi oleh pemain Selangor. Jubilo Iwata telah menjuarai J. League sebanyak 3 kali, sama rekod dengan Yokohama F Marinos dan hanya Kashima Antlers dengan 7 kejuaraan mengatasi mereka. Jubilo Iwata juga pernah menjuarai AFC Champions League 1998/99 sedang pasukan dari liga bolasepak Malaysia pula langsung tidak layak untuk bermain dalam AFC Champions League tersebut, termasuklah Selangor.

Ryohei Yamazaki, yang menjaringkan gol kedua Jepun semalam mungkin tidak tahu tentang Jubilo Iwata selaku Yamaha FC pernah tunduk kepada Selangor. Kita semua pun hampir pasti ramai yang langsung tidak tahu.

Tapi sekarang kita tahu. Tahu betapa bolasepak Jepun berubah dari pasukan kilang menjadi pasukan bertaraf Piala Dunia. Tahu betapa bolasepak Malaysia makin hari semakin bangang, macam Selangor dan misi 33 mereka.

[Maklumat mengenai Yamaha FC pernah datang ke Malaysia dan melawan Selangor aku jumpa secara tidak sengaja ketika 'data mining' untuk menulis buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia, yang kini dalam pembikinan dan kalau tiada aral melintang bakal menggegar 'scene' bolasepak tanah air di penghujung Oktober]
25

Iklan Bolasepak Sebenar

Obefiend Weiland Khamis, September 22, 2011 ,
Nice



34

Jepun 2-0 Malaysia (11 Perkara)





1) Siaran langsung di dua saluran, TV2 dan Star Sports. Di TV2 macam biasa Haji Hasbullah Awang sementara di Star Sports ianya Dez Corkhill sama satu orang lagi mat salleh. Kalau nak ulasan bola tipikal Malaysia yang syok sendiri, ada fakta luar biasa dan gelak-gelak mestilah layan TV2. Kalau mahu ulasan bola gaya EPL, berinformasi dan penuh kritikan tajam maka boleh layan Star Sports. Aku layan dua-dua sekali.

2) Dah lebih 20 tahun Tun Dr Mahathir kenalkan Dasar Pandang Ke Timur, kita masih lagi pandang tapi setakat pandang sajalah, buatnya tidak. Perlawanan semalam dimainkan di stadium sebuah kelab J. League Division 2, Sagan Tosu. Stadium bernama Best Amenity  Stadium (atau Tosu Stadium) ini hanya berkapasiti 24,490, jauh lebih kecil dari Stadium Nasional Bukit Jalil tapi dia punya padang 10 kali lebih kelas dari yang kita ada. Hanya tiga minit berjalan kaki dari stadium ini ialah Stesen Tosu yang menyediakan perkhidmatan keretapi JR Kyushu dan secara purata mengurus sejumlah 13,000 penumpang sehari. Kita punya stadium boleh muat maksimum 100,000 tapi kalau baru 10,000 datang Stesen LRT Bukit Jalil dah huru-hara. Kat sini dah nampak negara mana yang efisien dan mana yang akal pendek.

Best Amenity Stadium - Memang best!

3) Dah lebih 20 tahun juga semenjak para pegawai FA Jepun bertandang ke Malaysia untuk belajar dan tengok bagaimana kita mengadakan Liga Semi-Pro dulu, tengok pasukan negeri, tengok stadium, tengok perlawanan liga kita dan tengok Sultan Bola. Sekarang jumlah kelab profesional dan amatur mereka berjumlah lebih 200, stadium khusus bolasepak berterabur, J. League diberi penarafan Gred A oleh AFC, layak ke Piala Dunia dan Olimpik itu hal biasa dan pemain profesional Jepun bersepah di Eropah. Malaysia? Tanya Sultan Bola.

4) Malaysia memang juara bolasepak Sukan SEA tapi gelaran ini lebih kurang sama saja dengan Bangladesh jadi juara bolasepak Sukan Asia Selatan. Dalam erti kata lain jaguh kampung, jadi bila keluar dari kampung baru tahu langit tinggi atau rendah. Senario yang sama juga boleh diguna pakai ke atas skuad senior yang jadi juara Piala AFC. (okay yang sebenarnya Piala AFF)

5) Corak permainan anak buah Ong Kim Swee semalam seperti biasa ialah tendang ikut arah telor. Pemain tengah nampaknya rajin turun ke bawah membantu pertahanan tetapi sebaik bola berjaya dirampas semua lebih suka berlari-lari anak naik ke atas. Berat telor gamaknya. Barisan serangan pula nampaknya lebih mengambil sikap tunggu dan lihat. Jawabnya entah sampai ke bila setakat tunggu dan lihat bola sajalah kerja mereka.

6) Jepun kelihatan bermain dengan 22 pemain di atas padang. Tapi itu kerana mereka bermain dengan memberi tekanan serta membuat hantaran kepada kawan bukannya lawan atau mengikut arah telor. Keigo Higashi banyak mengkucar-kacirkan  pertahanan Malaysia. Pada minit ke-10 Higashi meledak gol pertama. Gol kedua datang dari Ryohei Yamazaki yang menggantikan Higashi. Kensuke Nagai yang dikatakan bintang utama bagaimana pun tidak berapa menyinar kali ini.

Gambar Kosmo! semalam - Dia punya warning, kehkehkeh!

7) Kalau tak kerana Khairul Fahmi Che Mat, Malaysia mungkin bolos 4 atau 5 biji gol. Itu pun aku rasa bolos 2 biji ini sudah cukup buat Jejari Runcing sengih sikit-sikit sambil kata 'pade muko mu ado tino lain lagi!" Tapi aku bagi jugalah Apek sebagai pemain terbaik Malaysia semalam.

8) Satu-satunya peluang Malaysia datang pada minit ke-60 melalui Fandi Othman tapi mamat ni gentel bola banyak sangat macam Nando Torres.

9) Nampak gaya kalau betul nak ke Olimpik, Malaysia kena pastikan menang ke atas Syria dan Bahrain serta cuba mencatat keputusan seri lawan Jepun di Bukit Jalil. Tapi kalau dapat nombor 2 dalam Kumpulan C, kita berkemungkinan terpaksa bersaing pula dengan lawan seperti Arab Saudi atau Uzbekistan.

10) Jadi kesimpulannya memanglah peluang kita ke Olimpik itu kurang 10%. Main dalam kelayakan Olimpik ini lebih kepada menimba pengalaman dan menguji keupayaan kita. Oleh itu paling busuk pun kita mesti menang 2 perlawanan dalam Kumpulan C ini. Tak akan nak kalah semua ye tak? Nanti kena gelak dengan Indonesia dan Singapura pula.

11) Awek Jepun yang datang stadium malam tadi aku bagi A.

Sekadar gambar hiasan - Bukan semalam punya

16

Senyum Soker # 1 - Owen, Torres dan Carroll

Obefiend Weiland Rabu, September 21, 2011 ,


26

Antara Seagulls vs Lark & Abdul Sokernet?

Liverpool - Terlalu Power (TM) akan kencing berdiri keatas pasukan Brighton malam ini didalam pertarungan Carling Cup yang lebih hebat dari Champions League dan Europa Cup yang ntahapa-hapa.



Korang tengok dari kegagahan burung dalam logo pasukan pun dah tahu siapa lagi dahsyat terernya. Tentulah 'lark' Liverpool! (Nota: Itu ialah burung, bukan ayam. Bongok!)

Saya tengok ramai yang tertanya-tanya, siapakah Abdul Sokernet? Saya pun tidak tahu. Sesapa yang suka meneka, tekalah dengan berhemah dan bijak bistari. Siapa yang tidak suka meneka, makan lah Mister Potato banyak-banyak sampai kojol.



#YNWA ./
7

Hope Solo - Menari : Tidak Perlu Bagi Explanasi

Obefiend Weiland Selasa, September 20, 2011 ,
Sila Enjoice



14

Penyokong Bola Sepak Sebenar

Obefiend Weiland ,
Ini baru teras keras!

Korang rasa korang teras keras? Pergi RASTA setiap minggu support pasukan Al Shayateen Ahmar? Minum hanya Carlberg macam Scouser lupa diri? Memakai spender biru berwajah Osgood setiap matchday? Anda semua kalah dengan Spencer ‘Spenny’ Larham (41) seorang penyokong teras keras pasukan Wisbech Town. Wisbech Town ialah sebuah kelab kecil yang bermain didalam Liga Perdana Eastern Counties, England. Sejak berpindah ke bandar Wisbech 15 tahun yang lalu beliau sudah menonton pasukan kegilaan beliau secara live sebanyak 400 kali dan hanya tidak menyokong pasukan beliau ketika away game sekali sahaja. Ini namanya dedikasi.


Kerana dedikasi beliau dilantik menjadi webmaster Wisbech Town sejak 2005. Kini beliau maju selangkah lagi untuk mejadi penyokong paling padu. Lebih padu dari dua tumbukan keudara dan menjadi penyokong Wisbech Town sebenar dengan berpindah kedalam stadium Wisbech. kebetulan ada flat kosong didalam stadium dan beliaupun menyewa

"Kini saya tak perlu risau miss game home lagi. Hanya perlu buka tingkap dan beri sokongan"

Wah! Tapi ada elemen sedih dalam cerita ini. Spencer sebenarnya bapa beranak dua. Beliau berpindah selepas berpisah dengan bini kesayangan. Sebab berpisah? Dedikasi terhadap bola yang melampau. Maka persoalan disini ialah sanggupkah anda jadi FOREVER ALONE hanya untuk mendapat gelaran penyokong bola terhebat?


34

King Konek Kembali!






28

Ragbinet: Piala Dunia Ragbi 2011

LuciusMaximus Isnin, September 19, 2011 ,


Siapa-siapa yang sedar bahawa di dunia ini banyak lagi sukan lain dimainkan selain dari bolasepak dan main sorok pisang pastinya tahu bahawa di Middle Earth sekarang, yakni New Zealand nama sebenarnya, sedang berlangsung satu acara sukan yang tidak kurang gah.


Acara sukan yang dimaksudkan ialah Piala Dunia Ragbi, sejenis kejohanan yang diadakan secara kuadrenial untuk sukan ragbi.

Asal-Usul Ragbi

Senang cerita macam ini saja. Asalnya dulu orang main 'rugby football'. Tapi peraturan dia berubah-ubah dan tidak seragam. Lepas tu sekumpulan manusia berhimpun di Freemason untuk membuat peraturan baru. Setelah diundi, 13 ahli menyokong peraturan baru ini dan wujudlah apa yang dinamakan 'association football' atau bolasepak. Baki lagi 4 ahli yang menentang kemudian berpecah dan satu susuk tubuh namanya FM Campbell cuba mewujudkan peraturan yang lain yang kemudian membawa kepada lahirnya 'rugby football union'.

Lebih kurang macam perpecahan Kristian dan Islam kalau nak diandaikan. Asalnya agama samawi tapi ada perbezaan teori dan praktik.

Beberapa tahun kemudian, 'rugby football union' melalui perpecahan mazhab. Mereka berpecah dua, yang pertama ialah kumpulan asal dan meneruskan apa yang dipanggil 'rugby union' dan yang kedua pula ialah kumpulan pecahan yang mengembangkan satu lagi cabang ragbi bernama 'rugby league'. Kira lebih kurang satu puak Sunni satu lagi puak Syiah. Atau Katolik dan Protestan. Ikut suka.


Dan mazhab ragbi yang paling utama di dunia sekarang ialah 'rugby union', sama macam mazhab Sunni yang menjadi ikutan ramai penganut Islam. Jadi Piala Dunia Ragbi yang berjalan di New Zealand sekarang ialah untuk mazhab 'rugby union' ini. Jadi sebarang perkataan ragbi selepas ini merujuk pada 'rugby union'.

'Rugby league' tu buang jauh-jauh dulu. Haram sama seperti Syiah dikatakan haram di Malaysia ini.

Cara Bermain Ragbi

Lebih kurang bolasepak. Satu pasukan ada 15 pemain. Main selama 80 minit, 40 minit setiap separuh masa. Matlamat setiap pasukan ialah mendapatkan mata, siapa paling banyak menang. Mata diperolehi dengan cara melakukan 'try' (5 mata), 'conversion' (2 mata) yang boleh dilakukan selepas setiap 'try' dan tendangan penalti atau 'drop goal' yang memberikan 3 mata.

Posisi-posisi dalam ragbi

Untuk cara permainan dan peraturan lebih lanjut, tanya Google.

Piala Dunia Ragbi

Tak seperti bolasepak, Piala Dunia Ragbi hanya bermula pada 1987 dan sejak itu diadakan setiap 4 tahun sekali. Dalam kata lain, setahun selepas setiap kali berlangsungnya Piala Dunia untuk bolasepak.

Trofi yang menjadi rebutan dalam Piala Dunia Ragbi ini dipanggil Webb Ellis, bersempena nama William Webb Ellis yang dikatakan pencipta asal ragbi.

Piala yang menjadi idaman abang ragbi sedunia

Piala Dunia 1987 dimenangi oleh New Zealand yang menewaskan Perancis 29-9. Seterusnya:

1991 - Australia 12-6 England
1995 - Afrika Selatan 15-12 New Zealand
1999 - Australia 35-12 Perancis
2003 - England 20-17 Australia
2007 - Afrika Selatan 15-6 England
2011 - *sekarang ini tengah main

Negara yang pandai bermain ragbi ini secara tradisinya adalah negara Komanwel atau bekas jajahan British. Australia dan New Zealand selalu dilihat sebagai kuasa tradisi ragbi, tapi Afrika Selatan, England dan Perancis juga tidak kurang hebatnya dan sejak 10 tahun yang lampau telah mencabar monopoli Australia serta New Zealand secara konsisten.

Selebihnya, kuasa ragbi lain ialah di kalangan negara kepulauan British dan Ireland, negara-negara pulau kecil di Pasifik dan di Amerika Selatan pula Argentina dinobatkan sebagai raja ragbi. Brazil? Mereka hanya tahu main bolasepak dan bola dada.

Piala Dunia Ragbi 2011

Sebanyak 20 pasukan bertandang ke New Zealand dan dipecahkan sama rata ke dalam 4 kumpulan atau 'pool'. Dua pasukan teratas setiap pool akan layak ke suku akhir dan bermain secara kalah mati sehinggalah ke perlawanan akhir. Pasukan yang menang dinobatkan juara dunia sukan ragbi dan untuk 2 atau 3 tahun jersi ragbinya akan dijual secara ciplak di Danau Kota dan menjadi pilihan rakyat Malaysia yang haram tak reti main ragbi pun!


Pool A - New Zealand, Perancis, Tonga, Jepun & Kanada

Duduk diam dalam Pool A ialah tuan rumah New Zealand atau lebih popular dengan jolokan All Blacks. All Blacks ini memang sah-sah bakal muncul juara Pool A atau kalau tidak Middle Earth akan tenggelam ditelan tsunami. Naib juara berkemungkinan besar adalah juara 5 kali Six Nations yakni Perancis. Tonga, Jepun dan Kanada kira minum petang buat All Blacks dan Perancis.


Pool B - England, Scotland, Argentina, Georgia & Romania

Pool B ini bolehlah dikatakan kumpulan maut. England walaupun menduduki ranking tertinggi tapi macam pasukan bolasepak mereka ada masanya boleh berperangai gampang. Setakat ini walaupun dah menang 2 perlawanan tapi main serius gampang. Antara Argentina, England dan Scotland yang dijangka akan ke suku akhir. Susah nak agak sebenarnya. Georgia dan Romania kira lauk sajalah.


Pool C - Australia, Ireland, Itali, Amerika Syarikat & Russia

Sepatutnya Australia sah-sah juara Pool C tapi baru minggu lepas mereka berperangai bangang dan kalah mengejut di tangan Ireland. Bila Australia kalah yang paling seronok ialah rakyat New Zealand dan rakyat Malaysia yang perasan All Blacks. Tapi rasanya dua pasukan dari Pool C yang akan ke suku akhir tetap Australia dan Ireland. Itali punya ragbi tidaklah sehebat bolasepak mereka. Russia dan Amerika Syarikat pelengkap jadual (ragbi tak sama dengan American Football).


Pool D - Afrika Selatan, Wales, Fiji, Samoa & Namibia

Pool D adalah letaknya pasukan paling power yakni Afrika Selatan. Afrika Selatan ini selaku juara bertahan memang sah akan muncul juara Pool D. Menyusur rapat berkemungkinan besar ialah Wales. Fiji dan Smoa hebat juga tapi sejak kebelakangan ini dah tak berapa reti nak main ragbi. Paling malang dalam Pool D ini ialah Namibia.

Sekarang Piala Dunia Ragbi 2011 masih berlangsung untuk perlawanan peringkat pool. Ia akan berlangsung sehingga perlawanan akhir tanggal 23 Oktober nanti. Oleh kerana ianya dimainkan di New Zealand jadi cabaran buat peminat ragbi di Malaysia ialah macam mana nak layan waktu petang di pejabat. Lainlah kalau hari cuti, bolehlah pekena ragbi puas-puas.

Sembang panjang ni, Malaysia bila pula nak layak ke Piala Dunia Ragbi?

Kahkahkah! Janganlah tanya soalan bangang.
37

Tenang Menongkah Arus Deras

LuciusMaximus ,


Perlawanan EPL hujung minggu yang sudah ini sebenarnya memang telah dirancang supaya menemukan juara-juara EPL. Blackburn Rovers lawan Arsenal dan Manchester United lawan Chelsea. Mereka semua ini adalah juara-juara EPL. Lain-lain perlawanan sekadar melukut di tepi gantang.

Dalam pertemuan di Ewood Park, Blackburn Rovers (juara EPL musim 1994/95 dan suatu masa dulu pernah mempunyai ramai penyokong di Malaysia) bertemu dengan Arsenal (yang menduduki tangga ke-12 pada musim 1994/95).

Dengan hanya bersenjatakan Yakubu Aiyegbeni dan semangat Yak, terlalu mudah buat Blackburn Rovers menundukkan Arsenal 4-3. Art ni memang benda halus, dan benda halus ini hanya memerlukan kekuatan fizikal laksana seekor Yak untuk diletakkan di ambang relegasi.

Pengembala Yak dari Hindustan

Tapi bagi kem Arsenal, In Arsene We Trust tetap menjadi pedoman hidup seni mereka.

Lain ceritanya dalam pertemuan antara lagi dua juara EPL. Ya, inilah pertemuan yang akan menjadi topik perbincangan kita hari ini.

Minggu sudah kem Manchester United telah memohon debar dari kem Chelsea setelah semua 4 perlawanan mereka sebelum ini langsung tidak mendebarkan!

The Blues seperti biasa tidak menghampakan pihak lawan. Jika debaran yang dipinta maka debaranlah yang diberikan. Nasib baik Manchester United tak mohon kalah, kalau tak memang kalah kot dengan Chelsea.

Mohon debar

Separuh masa pertama  macam biasa Chelsea memberi peluang kepada anak buah Pak Alex untuk mempamerkan persembahan bergaya mereka. Seawal 8 minit lagi Chelsea membuka ruang buat Chris Smalling untuk meletak Red Devils di depan. Offside? Ah persetankan, Chelsea tahu bermain di neraka kita kena ikut peraturan setan, yakni tidak ada peraturan sebenarnya.

Pun begitu, untuk mengatakan Chelsea sekadar datang ke Old Trafford dan dilauk seperti Tottenham Hotspur dan Arsenal dulu adalah satu kesilapan besar. Beberapa kali The Blues cuba menguji penjaga gawang musuh David de Gea. Ramires tampil dengan beberapa rembatan manja untuk memberi sedikit debaran di Old Trafford. Sementara Nando Torres juga tidak ketinggalan dalam melakukan cubaan tersasar buat menghibur hati lara penyokong Liverpool di kedai mamak.

Gol Manchester United berganda pada minit ke-37 melalui rembatan peluru berpandu oleh Anak Rusa Nani yang dibiarkan masuk oleh Petr Cech. Macam biasa Nani melakukan aksi akrobatik beliau buat menghibur hati peminat Manchester United seperti FdausAmad dan Nazri. Turut tidak melupakan J Or Ji yang pastinya sedang menonton di rumah, Rudeboy Rooney diberi peluang menjaringkan gol mudah supaya J Or Ji dapat melakukan satu tumbukan padu ke udara!

Ini semua ibarat CSR buat Chelsea. Tidak apa.

Separuh masa kedua bermula dan dilaporkan AVB ketika dalam bilik persalinan tadi telah berpesan afar para pemain mula memberikan debaran yang ditagih Manchester United. Sebagai permulaan Super Frank dikeluarkan dan Nicolas 'Bilal' Anelka dimasukkan. Melihat kepala botak Anelka yang bersinar dengan 'nur' sudah cukup buat memberi debaran kepada semua setan di Old Trafford.

Sebagai buktinya, tidak lama sepak mula separuh masa kedua Anelka melorong bola buat Nando Torres memperdaya de Gea untuk gol pertama Chelsea. Jaringan Torres memberi debaran buat peminat Manchester United dan sakit hati pastinya buat penyokong Liverpool.

Doing a John Terry

Persembahan menarik disajikan dalam separuh masa kedua dengan Manchester United dan Chelsea saling berbalas serangan. Rudeboy Rooney mendapat peluang sepakan penalti tetapi melakukan aksi John Terry untuk hiburan bersama. Nando Torres juga tidak mahu ketinggalan apabila berjaya mengelak dari menyumbatkan gol ke gawang Manchester United yang ternganga bagi menghiburkan hati penyokong Liverpool.

Hiburan buat Liverpool

Tetapi apa yang pasti, sehingga wisel ditiup tidak ada tambahan gol untuk kedua pasukan. Chelsea bertandang ke Old Trafford di saat Manchester United tersangatlah powernya tetapi tidak mengikut jejak Tottenham Hotspur dan Arsenal yang disayurkan. Macam biasa, Chelsea tenang menongkah arus deras.

3 mata untuk Manchester United tetapi untuk Chelsea perjuangan jihad menentang kuasa setan demi menyelamatkan umat manusia masih belum berakhir.

Mohon debar pula nanti di Stamford Bridge.
25

Rilex La Ref..

pakkordi
Boss saya gurau-gurau saja ref. Tak kan itu pun nak marah kut ref? Sensitif macam Abdul Sokernet la kau ni ref.



Anyway, tahniah Spurs. Korang akan menjadi naib juara EPL tahun ini dibelakang Liverpool.

#YNWA ./
23

Tahukah King Konek, Karma?




Minggu lepas:

"It's important to respect referees but it's more important that referees respect my football club, the owners' football club, Liverpool football club."


Minggu ini:


Tottenham Hotspur - 4
Liverpool - 0
24

Yak lawan Art

Pipiyapong Abdillah Hamzah Ahad, September 18, 2011 ,
Yak sedang berkubu di Himalaya

Menentang kawanan yak bukan kerja art. Ini kerja team main macam kampung macam Man U, Chelsea dan Liverpool. Babi!

29

Footie Friday: Malaysia Dan Sukan-Sukan British

LuciusMaximus Jumaat, September 16, 2011 ,


Selamat Hari Malaysia yang ke-48 diucapkan buat semua warga Sokernet. Tahun ini kita menyambut Hari Malaysia setelah sambutan Hari Kebangsaan yang lazimnya diadakan setiap 31 Ogos 'ditunda' atas sebab bertindih dengan Hari Raya Aidilfitri. Lebih luar biasa lagi sambutan tahun ini diraikan dengan rakyat Malaysia kini dalam dilema setelah munculnya cerdik pandai yang mendakwa Malaysia tidak pernah dijajah, sebaliknya hanya dinaungi oleh British selama ini.

Sejak kebelakangan ini aku banyak mengisi masa lapang dengan menonton perlawanan Piala Dunia Ragbi 2011 yang sedang rancak berlangsung di New Zealand. Macam kebanyakan acara piala dunia sukan, Malaysia tidak turut serta kerana tidak layak. Maka masa lapang yang ada terpaksa diisi dengan menonton perlawanan melibatkan negara yang langsung tidak ada sangkut-paut dengan diri kita sebagai rakyat Malaysia. Lainlah kalau moyang kau dulu asalnya Fiji dan berhijrah ke sini zaman Malaya dinaungi British.

Ragbi seperti yang kita tahu boleh dirujuk susur galurnya hingga ke kepulauan British. Ia sama seperti beberapa spesis sukan lain seperti bolasepak, kriket dan hoki padang. Dan sebagai satu sukan British ianya banyak dimainkan oleh rata-rata negara Komanwel atau negara yang pernah satu masa dulu dijajah (atau dinaungi) oleh British. Tengok saja pada 20 buah negara yang bermain dalam Piala Dunia Ragbi 2011 ini, kita boleh kira bahawa paling tidak 13 buah negara yang bertanding pernah pada satu masa dijajah atau dinaungi oleh British atau merupakan negara Komanwel dan mempunyai pertalian rapat dengan British satu masa dulu.

Hubung kait sukan ragbi dan legasi British memang tidak dapat dinafikan. Kita semua arif bahawa negara ragbi yang kuat adalah Afrika Selatan, Australia dan New Zealand; semuanya negara Komanwel dan sebahagian dari Empayar British satu masa dulu. Dari tiga negara yang disebut tadi dan juga England (yang secara prinsipnya satu masa dulu tuan besar Empayar British), hanya mereka sajalah yang pernah menjulang trofi Webb Ellis merangkap Piala Dunia Ragbi.

Selain dari 4 negara yang pernah menjuarai Piala Dunia Ragbi, kuasa ragbi yang lain adalah seperti 3 negara pulau kecil yakni Fiji, Samoa dan Tonga (Pacific Islands Rugby Alliance), selain dari negara Home Nations yakni Scotland dan Wales serta gabungan Ireland yang terdiri dari Republik Ireland dan Ireland Utara. Dan jangan pula kita lupakan Amerika Syarikat, Kanada dan Namibia. Semua negara ini juga mempunyai sangkut paut dengan Empayar British dulu.

Fiji - Tidak mensia-siakan penjajahan British dengan belajar main ragbi

Antara 10 negara ragbi terkuat dunia mengikut kedudukan semasa IRB World Rankings, hanya Perancis dan Argentina yang tidak ada sangkut paut langsung dengan Empayar British. Jelas boleh kita rumuskan bahawa ragbi yang berasal dari Britain satu masa dulu dipopularkan di tanah jajahan British sehingga negara-negara yang pandai bermain ragbi hari ini majoritinya negara Komanwel atau bekas Empayar British.

Tapi apa cerita Malaysia? Pandaikah rakyat Malaysia bermain ragbi?

Kedudukan Malaysia dalam IRB World Rankings ialah nombor 62. Di atas Peru tapi di bawah China. Nampak sangat semasa dinaungi British dulu kita lebih banyak mengutip buah kelapa untuk orang putih dari belajar merebut bola ragbi.

Mungkin akan ada yang berfikir, India dengan Pakistan pun jajahan British juga tapi tak pandai pun main ragbi. Jadi Malaysia sebenarnya tidak keseorangan.

Betul. Memang India dan Pakistan tidak pandai bermain ragbi, Begitu juga Bangladesh dan Sri Lanka. Tapi di mana mereka gagal mewarisi ragbi, mereka ganti dengan mewarisi sukan British yang lain.

Kriket.

Piala Dunia Kriket semenjak bermula dari tahun 1975 hanya pernah dijuarai oleh Australia, India, Pakistan, Sri Lanka dan West Indies. Piala Dunia Kriket 2011 yang sudah disertai 14 buah negara, semuanya merupakan negara Komanwel atau bekas Empayar British kecuali Belanda. Sama seperti ragbi, kita boleh rumuskan bahawa sukan kriket yang berasal dari Britain satu masa dulu dipopularkan di tanah jajahan British sehingga negara yang pandai bermain kriket hari ini majoritinya negara Komanwel atau bekas Empayar British.

West Indies - Tidak mensia-siakan penjajahan British dengan belajar main kriket

Bagaimana agaknya kriket di Malaysia? Pandaikah rakyat Malaysia bermain kriket?

Kedudukan Malaysia dalam World Cricket League ialah nombor 36. Di atas Kuwait tapi di bawah Guernsey. Nampak sangat semasa dinaungi British dulu kita lebih banyak menyabit lalang untuk orang putih dari belajar memukul bat kriket.

Jadi apalah agaknya sukan British yang berjaya kita warisi hasil dari dinaungi oleh British dulu? Tak akanlah satu habuk pun haram kita tak belajar dari tuan British kita melainkan perkataan 'yes sir' dan lagu 'God Save The Queen' (atau King)?

Akan ada suara-suara halus yang mengatakan sekurang-kurangnya Malaysia bagus dalam sukan hoki, satu lagi sukan yang boleh dilabelkan sebagai sukan British.

Benar tetapi tidak 100% betul. Kerana kalau dilihat pada hoki masa kini ianya semakin meluas dan dimainkan oleh banyak negara bukan Komanwel atau tidak pernah menjadi sebahagian dari Empayar British dulu. Hoki seperti bolasepak adalah dua sukan berasal dari Britain yang pada mulanya dimainkan dalam lingkungan Empayar British tetapi kini semakin meluas pengaruhnya.

Hoki Malaysia - Makin ke laut sebenarnya (sekadar gambar hiasan, tidak ada kena mengena dengan pemain yang ditonjolkan, baik hidup atau pun mati)

Dan hakikat bahawa Malaysia tidak pernah menang Piala Dunia Hoki serta tidak pernah pun layak ke Piala Dunia untuk bolasepak adalah satu peringatan bahawa kita sebenarnya:

1) Tidak berapa pandai bermain hoki kerana kedudukan ke-15 kita dalam FIH World Rankings, di atas Jepun tapi di bawah China

2) Bodoh dalam bermain bolasepak kerana kedudukan ke-146 kita dalam FIFA/Coca-Cola World Rankings, di atas Barbados tapi di bawah Burundi!

Aku tak pasti sama ada betul atau tidak apa yang dikatakan oleh Profesor Zainal Kling bahawa Malaysia tidak pernah dijajah hanya sekadar dinaungi oleh British.

Cuma apa yang pasti, sia-sia saja kita dijajah atau dinaung jika satu haram pun tidak ada sukan British yang kita warisi dan boleh dibanggakan.

Kecuali badminton barangkali, itu pun lepas tolak China dan Indonesia.

Pemain nombor satu dunia berpangkat Datuk yang selalu kalah dengan Lin Dan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...