Mohd Shareen Ezzry
Nama Pena : Millo
Pasukan: Chelsea*Manchester City*Real Madrid
Ramai betul orang bising pabila sesebuah kelab kaya ingin berbelanja besar. Kenapa? Ini yang kita nak tahu. Rata – rata yang bising tu adalah dari kelab yang dah tak boleh berbelanja besar tapi perlu diigatkan disini mereka pun pernah berbelanja besar sebelum ni.Kelab mana tu?Ah ini biar korang teka sendiri lah kan. Jadi jangan bising ar. Pi jaga kelab sendiri sudahlah.
Chelsea = Fantasi atau realiti?
Pembelian : Ramires (£18m, Benfica); Yossi Benayoun (Liverpool, undisclosed); Tomas Kalas (Sigma Olomouc, undisclosed)
Vs West Brom (home) 6 – 0
Vs Wigan (away) 6 – 0
Kekuatan Chelsea terletak dimana?Mana mungkin terletak di huruf ‘C’. Adakah Chelsea akan pertahankan Trofi BPL di Stamfod Bridge?Jawapan dia Ya
1.Secara logiknya mereka telah serasi bersama. Gandingan 3 serangkai di bahagian serangan memang patut diakuilah kan. Kalo korang tak setuju suka atilah.
Malouda-Drogba-Anelka
2.Mentaliti pemain England sudah pulih dari kekecewaan Piala Dunia.Ashley Cole, Lampard dan Terry bermain sempurna setakat ni.
3.Kita ada super-sub hebat macam Kalou dan hmm terpaksa diakui mamat yahudi tu gak Benayoun.
Cuma yang menjadi kerisauan adalah bahgian pertahanan. Carvalho dah pergi – siapa ganti? Tak kan nak bagi Ivanovic (memang dia boleh main DC tapi lama2 dia akan buat silap gak sebab dia sekarang lebih banyak main RB). Plez cari sorang lagi DC!
Jadi adakah Chelsea akan menang lagi lawan Stoke City sabtu depan?Ini yang kita nantikan sama.
Chelsea = Realiti
Manchester City = Pembaziran atau perlaburan?
Pembelian : James Milner (Aston Villa, £24m pertukaran dengan Stephen Ireland); Mario Balotelli (Internazionale, undisclosed); David Silva (Valencia, £24m); Yaya Toure (Barcelona, undisclosed); Jerome Boateng (Hamburg, undisclosed); Aleksandar Kolorov (Lazio, undisclosed); Alex Henshall (Swindon, undisclosed)
Vs Tottenham (away) 0 – 0
Vs Liverpool (home) 3 – 0
Kekuatan Manchester City terletak dimana?Betul tepat sekali pada duit – Chelsea pun berbelanja besar pada 3 musim awal di zaman Abromovich tapi tengok lah sekarang camne. Lu pikirlah sendiri bak kata Bang Bil.
1.Match Vs Liverpool memang sempurna beb. Tak sia sia berjaga sampai pagi (sebenarnya aku tak boleh tidur pun aha). Diorang kena guna formasi yang sama tapi boleh ke nak guna seorang je striker sampai abis musim?Ini yang kita tak tahu. Striker bersepah harap – harap boleh lah jual seorang 2.
2.Milner-Tevez-Adam Johnson. Gandingan ni sempurna. Ketiga – tiga pemain ni memang cam lipas kudung. Memang pening pertahanan Liverpool semalam.
3.Joe Hart. Given boleh lah rehat musim ni. Anda perlu akui kehebatan penjaga gol no 1 England ni. Torres pun tak nampak ruang kat mana nak score. Aku tabik sama engkau Joe Hart.
Secara logiknya City dengan Chelsea lebih kurang sama kekuatan dia tapi Chelsea lebih serasi. Masalah yang mungkin berlaku dalam City mereka tidak akan menggunakan barisan yang sama setiap perlawanan. Yelah tak kan beli mahal - mahal untuk dok kat kerusi je kan.
Manchester City = Perlaburan
Real Madrid = Juara La Liga 2010 atau 2011?
Ini ramai yang nak tahu. Tungguuuuuuuuu .
*Aku peminat kelab yang berbenja besar. Diorang ada duit, suka ati diorang lah nak guna macam mana. Aku suka tengok pemain berkualiti bergabung dalam satu pasukan.
Selamat Maju Jaya
********* Chelsea * Manchester City * Real Madrid *********