ARKIB SOKERNET

17

Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 53 daripada Liverpool FC.

Facebook rasmi Liverpool, tidaklah banyak sangat followernya. Setakat masukan (entri) ini ditulis, baru ada 2,252,961. Baru ada dua juta lebih sahaja. Tetapi sekiranya dibanding dengan Pages Sokernet, memang agak melampau. Boleh semak di sini fan pages Sokernet. Likes jangan tak likes. Orang yang tak berapa nak true je tak likes Sokernet. Jadi beruntunglah orang yang likes Sokernet.

http://www.facebook.com/group.php?gid=175330140985&ref=search


Berbalik kepada FB Liverpool. Jadi apa kaitan fan pages Liverpool FC di Facebook dengan Kemerdekaan Malaysia? Kaitannya, kami mengingatinya dan lebih daripada dua juta peminat Liverpool dari seluruh dunia tahu berkenaan kemerdekaan Malaysia.

http://www.facebook.com/LiverpoolFC

Klik untuk gambar yang super besar

5

#2 - Entry Rabu

Abdul Sokernet

Minggu ini Sokernet memilih 3 artikel lagi untuk dimuatkan dalam edisi Entry Rabu. Terlalu banyak submission yang dihantar oleh pembaca dan perkara sebegini sememangnya tidak kami duga. Jadi dengan itu, pihak Sokernet terpaksa meletakkan beberapa kriteria sebagai parameter untuk sesuatu submission itu dipilih.

Antaranya:

1. Jika ada 5 orang hantar artikel cerita hal Liverpool - mungkin Sokernet akan pilih 2 yang dirasakan terbaik.
notakaki: Artikel berkenaan Liverpool..masyaAllah banyak gila.

2. Jika ada 3 orang hantar artikel kutuk FAM - Sokernet akan pilih 1 atau 2 (ikut siapa paling kuat kutuk).

3. Jika artikel yang anda hantar ditulis dalam format sms kepada kawan kawan ajak minum teh - FAIL!

4. Format artikel, font, highlighting, susun atur paragraph - mestilah elok dan senang dibaca. (teknikaliti kena jaga sikit beb)

5. Penghantar artikel yang sama - Sokernet berbesar hati menerima artikel anda. Tapi kalau minggu tu ada pula orang baru yang hantar artikel, dan sama sedap dengan artikel yang orang minggu lepas atau minggu minggu lepas hantar, kebarangkalian orang baru nak dapat masuk adalah cerah berbanding orang yang pernah masuk.

6. Rare - artikel anda kalau boleh buatlah yang fresh, baru, inspiring..bila baca rasa original dan sedap. Sokernet sangat menitikkan soal Rare ni. Kalau boleh bagi lah artikel yang ada perspektive, ada research, ada matlamat, ada visi..bukan artikel ringan macam pengulas pengulas selalu tulis:)

Bak kata ketua Sokernet, Nazri :
"Cuma Lucius yang mengilmiahkan Sokernet ni, lain lain makan gaji buta!"

Akhir kata, Selamat Membaca!
11

Mengkaji Jenis-Jenis Manusia di Stadium

Abdul Sokernet

Nama: Mohamad Faizal bin Rosly

Blog: http://ijaicool.blogspot.com

Dalam saingan liga tempatan, aku menyokong pasukan Kedah walaupun aku langsung tiada darah hijau kuning yang sejati. Mungkin minat aku timbul untuk menyokong Kedah sejak sekolah rendah setelah melihat kelibat Jan Janostak di bawah pimpinan Robert Alberts membenam Selangor di Stadium Shah Alam. Sejak hari itu, kalau Kedah ada bermain di Lembah Kelang, aku pasti akan pergi ke stadium jika berkesempatan. Oleh kerana selalu pergi ke stadium, aku sedikit sebanyak dapat mengenali karekter-karekter yang kita boleh jumpa di stadium bola sepak. Tak kiralah korang menonton perlawanan bola sepak ke, perlawanan hoki ais ke mahupun menonton Akademi Fantasia secara live di stadium, watak-watak stereotype ini pasti boleh anda jumpa.


1) Mamat carut

Mamat carut ialah orang lelaki yang suka mencarut tak kira masa dan situasi ketika perlawanan sedang berlangsung. Contohnya, ketika Kedah menentang Nogori dalam perlawanan akhir Piala FA awal tahun ini, ada seorang mamat carut yang duduk di belakang aku. Sepanjang perlawanan aku terpaksa dengar jeritan carutan dia. Berikut merupakan contoh-contoh carutan yang kita boleh lemparkan sekuat hati walaupun carutan kita memang tidak mungkin akan didengari oleh individu-individu di padang apatah lagi hendak membawa sebarang perubahan kepada corak permanian. Haa haa aku taip permanian instead of permainan.

"Butuh la hang pengadil! Takdak teluq pi mampuih la anak haram!!"

"Pookey cibai laknat syaitan kau Aidil Zafuan Rita Rudaini pergi Thailand kahwin lari!"

Mereka adalah orang-orang yang emosi, mereka akan sentiasa mencarut tanpa mengira perasaan orang lain. So either anda pergi duduk di tempat lain ataupun join sekali dia mencarut.

2) Peminat fanatik dari kampung

Well selalunya orang yang pergi tengok bola di stadium ni merupakan peminat fanatik dari kampung. Ketika berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA tempoh hari, mestilah ramai orang Kedah dan orang Negeri Sembilan yang pure yang hadir dari kampung kan. Bukan macam aku yang merupakan penyokong Kedah celup. Anyway senang je kita nak tahu bagaimana perwatakan dan ciri-ciri peminat fanatik dari kampung.

Aspek yang utama ialah loghat mereka. Kita boleh dengarla mereka membebel dan mungkin juga mencarut dalam bahasa utagha atau nogori. Sila lihat contoh di bawah:

"Eh cemuih la cheq depa main lagu tu. taik punai betui takdak peliaq pi balik Aloq Setaq la woi"

Translation: Bosan la saya mereka bermain begitu. Haram jadah tiada zakar (keberanian) pergi balik rumah la woi.

"Apo kono ekau ni jang. Ngabih an boreh yo. Den hobin kang nayo jo"

Translation: Apa yang tidak kena dengan anda ini? Menyusahkan sahaja saya belasah kang.

Aspek lain yang kita boleh lihat ialah benda yang mereka bawa dari kampung. Orang Kedah sering membawa padi ke stadium untuk mengingatkan para pemain yang mereka telah menghabiskan wang hasil jualan padi mereka semata-mata untuk memberi sokongan datang dari jauh. Orang Kelantan pula sering membawa budu untuk dibaling kepada penyokong pasukan rival mereka. Ok aku mungkin exaggerate di sini.

3) Pasangan ringan-ringan


Nak cari mereka senang sahaja. Anda hanya perlu memandang di sudut-sudut di mana orang tak ramai duduk, dan anda boleh melihat pasangan jejaka dan gadis yang duduk rapat-rapat bermain bola sendiri. Hahaha lucunya analogi yang aku gunakan. Mereka selalunya terdiri daripada pasangan yang baru bercinta di masih ringan-ringan di tempat awam merupakan sesuatu yang thrill buat mereka.


4) Mamat komentator

Mereka ini berinspirasi untuk menjadi Haji Hasbullah Awang mahupun Andy Gray and John Motson. Apa yang berlaku di padang, mereka akan ulas tanpa disuruh. Memang annoying mendengar kata-kata mereka kerana kadang-kadang fakta mereka salah just nak tunjuk terer dekat awek dia yang buta bola dan suara mereka just plain sengau.

5) Penjual yang keji


Peniaga di stadium semuanya cekik darah. Mereka tahu kita tidak boleh membawa makanan dari luar jadi mereka meletakkan harga komputer riba untuk makanan yang mereka jual. Burger boleh mencecah RM3 dan sebotol air mineral ialah RM 2. Burger dia dahla bentuk macam tahi rasa pun macam tahi juga tapi kita still makan sebab tiada pilihan. Lepastu tatkala pasukan kita tewas kita pun segera keluar dari stadium dan mereka akan menjual 2 biji burger dengan harga RM1 untuk menhabiskan stok tahi mereka. Penjual jersey di luar pun sama cuba menipu pelanggan dengan menjual jersey palsu dengan mahal.

6) Hooligans


Hooliganism bukan sahaja terkenal di Liga Inggeris, tetapi kita boleh melihatnya di local scene juga. Perangai mereka yang tipikal ialah membaling misil ke padang seperti botol air mineral, duit syiling, mercun dan juga panties kepada pemain kegemaran mereka. Dengan semangat kenegerian yang membuak-buak di dalam diri, tidak hairanlah kita selalu melihat penyokong bolasepak tempatan bergaduh macam dalam cerita Green Street Hooligans. Tapi takdela sampai bunuh-bunuh, sekadar gaduh mulut carut dalam dialek masing-masing je.

Sekian. Kedah pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebah! Oh kalau Liga Inggeris aku team Liverpool sehingga mati.


18

Pengejar Bintang

Abdul Sokernet
Nama Penuh:Nama Nami
Nama kat Sokernet:Holden Caulfield

Tatkala mendengar sabda si Shabery Cheek - tentang apapun dia bersabda pasti mencetuskan lawak durjana.Lawak-lawak Shabery Cheek selalunya masterpiece World Class yang tak mampu dicetuskan pelawak-pelawak genius.Bahkan lawak-lawak seperti Daud Suratman(David Letterman) dan Jay Leno atau Conan O'Brien,tidak sehebat lawak Shabery Cheek.

Ketika mana aku pernah bercerita tentang penganjuran Piala Dunia Remaja 1997 oleh Malaysia satu masa dahulu,aku percaya penganjuran Piala Dunia Remaja hanyalah sebesar hama berbanding Piala Dunia yang sebenar.Ini kerana pada tahun 2007 di Canada,Piala Dunia Remaja dianjurkan di sana(pemain-pemain seperti Angel Di Maria dan Ezaquiel Lavezzi adalah pemain-pemain Argentina yang menjuarai Piala Dunia Remaja) tidak dikecohkan kerana pada waktu yang berhampiran dengan itu,kejohanan Piala Dunia Remaja Hoki Ais turut dianjurkan di Canada lebih kecoh.Aku mendapat surah ini dari Ez dan Aril yang tinggal di sana.Mungkin bola sepak sememangnya tidak mendapat tempat di hati rakyat Canada.

Apapun,menganjurkan Piala Dunia Remaja dan Piala Dunia adalah dua perkara berbeza.Seolah-olah ingin membandingkan untuk membeli kereta Perodua dengan kereta Aston Martin.Penganjuran Piala Dunia Remaja tidak akan mendapat pot dari media sukan antarabangsa - cuma media Malaysia yang suka membesar-besarkan imej.Contohnya,Sukan Komanwel yang pernah disabdakan sebagai "sukan kedua terbesar di dunia selepas Olimpik" - sebenarnya tidak.Sukan Asia,Sukan Pan-American lebih besar dan lebih banyak atlet berkelas dunia beraksi.Aku tak pasti kalau sekadar nak mengharapkan negara Komanwel - berapa ramai sangat atlet berkelas dunia akan beraksi.Arwah Elly yang pernah tinggal di Vancouver - tempat berhampiran dengan Victoria,tuan rumah Sukan Komanwel 1994 - pun kata stadium dia - Centennial Stadium - kapasiti 5,000 orang,kecik je.Bayangkan Malaysia spend berapa billion untuk advertising Sukan Komanwel 1998?

Bahkan arwah Elly pernah kata - Victoria tu bandar besar Kajang je - boleh je anjurkan Sukan Komanwel.Well,imagine bandar Hambanota,Sri Lanka pun selamba je bid untuk jadi tuan rumah 2018.Jadi Sukan Komanwel ni tak besar mana - hanya negara-negara yang jadi tanah jajahan Britain je yang masuk Sukan Komanwel ni.Di negara-negara jajahan Perancis - mereka juga ada Jeux de la Francophonie - yang equally seperti Sukan Komanwel.Tetapi penganjurannya lebih bersifat karnival dan dan kebudayaan.Bayangkan - dalam Jeux de la Francophonie ada pertandingan berpuisi?Pertandingan melukis pun ada?Memang berjiwa seni rakyat Perancis ni.

Tetapi penganjuran Sukan Komanwel 1998 yang gilang gemilang mencetuskan hutang yang maha besar kepada Malaysia.Hingga sekarang kabinet gagal untuk membentangkan bajet untuk Sukan Komanwel 1998.Selain itu juga,Sukan Komanwel 1998 hanya meninggalkan Stadium Bukit Jalil yang digunakan setahun sekali,Stadium Juara di Bukit Kiara yang tak pernah langsung ada apa-apa event pun,serta monument-monument keris dan maskot Wira yang ditelan masa - yang mencacatkan pandangan mata di Kuala Lumpur.

Ingat lagi apa yang Aril cakap - Sukan Olimpik Vancouver 2010 - semua maskot,banner dan segala macam sudah dibersihkan dan dighaibkan - seperti magic stick Papa Smurfs - dalam masa kurang dari dua minggu.Aku tak tau macam mana di Afrika Selatan selepas Piala Dunia - tapi di Canada,pesta sudah tamat - jom kita kemas.Tetapi di Malaysia,maskot Wira Sukan Komanwel tu masih aku nampak lagi sehingga tahun 2008.Aku tak pasti patung-patung,keris-keris tu masih wujud lagi atau tak.Tapi sehingga tahun 2008,10 tahun tu?

Anyway,berbalik kepada penganjuran Piala Dunia - baru-baru ini telah disurahkan oleh Johan tentang bagaimana FIFA dan Sepp Blatter merompak Afrika Selatan sepanjang penganjuran Piala Dunia 2010.FIFA telah untung berbillion dolar Amerika melalui license,merchandise serta corporate sponsorship.Afrika Selatan - yang membina stadium dan meruntuhkan setinggan di Soweto - menanggung hutang 75 billion rand(10 billion USD) untuk infrastruktur,serta bidding hak penganjuran.Afrika Selatan juga menanggung hutang tambahan yang tidak dinyatakan berapa jumlahnya - untuk bajet keselamatan dan perlindungan dari ancaman pengganas sepanjang kejohanan tu berlangsung.Bayangkan time World Cup - berapa banyak kapal perang tentera US,Brits,Perancis,Brazil,Spain dan berlambak lagi berlabuh di Cape Town.Tu tak cerita Korea Utara mungkin hantar spy - mungkin pemain tu sendiri adalah spy.

Jadi penganjuran Piala Dunia bagi Afrika Selatan hanyalah membebankan dan bakal menghancurkan ekonomi Afrika Selatan - sama ketika Greece menganjurkan Sukan Olimpik 2004,dan Portugal menganjurkan Euro 2004.Akibat dua negara ini tidak mampu menanggung hutang yang besar akibat bajet sukan yang tinggi - kedua-dua negara ini terjerumus dalam negara-negara PIGS.

Jadi,aku dapat menjangkakan,negara yang paling menerima tekanan selepas ini adalah Brazil.Ini kerana Brazil menganjurkan Piala Dunia 2014 serta Sukan Olimpik 2016 - dua sukan terbesar di muka bumi dianjurkan dalam masa 2 tahun.Aku boleh bayangkan - penebangan hutan Amazon akan diperbanyakkan lagi untuk mencari sumber ekonomi untuk membiayai 2 sukan ini.Hutan Amazon adalah "jantung" bagi muka bumi - memberi sumbangan yang cukup besar terhadap ekosistem dan biodiversiti Bumi.Bayangkan 2 sukan ini berlaku di Brazil - negara yang sememangnya tidak equal dari segi pembahagian kekayaan.Tak caya sila tonton filem Cidade de Dios.

Sekarang - jejak menganjurkan sukan sekarang sudah menjadi trend dan menjadi satu idam-idaman sesebuah negara.Pada akhirnya,sukan tidak lagi dipentingkan - tetapi yang dipentingkan berapa canggih stadium yang dibina,berapa besar stadium yang dibina dan berapa gilang gemilangnya upacara pembukaan dan penutup dilangsungkan.Pembangunan sukan - tidak diutamakan.Apa yang tinggal untuk anak-anak setinggan Soweto selain padang tanah merah dan palang gol kayu?

Dan apabila Malaysia dan Indonesia ingin menganjurkan Piala Dunia 2026 - dalam fikiran aku,berapa billion lagi kedua-dua pihak pemerintah ingin belanja untuk membina stadium baru dan prasarana baru?Berapa billion lagi nak digunakan untuk belanja keselamatan?

Dan pagi tadi - harga minyak naik 5 sen,gula naik 25 sen.Cuba bayangkan berapa lagi yang naik bila Malaysia berjaya bidding untuk Piala Dunia ni?

Oh ya - Shabery Cheek,kalau ada masa,sila rajin-rajin turun stadium tengok Liga Super.Kalau ada masa cuba kira ada berapa kepala manusia dalam stadium.Kalau boleh kira semua kepala dalam masa sebelum separuh masa pertama habis,jangan berangan nak jadi tuan rumah Piala Dunia.

p/s:kalau rajin,sesiapa boleh tolong carikan aku buku "Soccernomics".Buku tu cerita macam mana FIFA merampok negara tuan rumah.
17

Chelsea*Manchester City*Real Madrid

Abdul Sokernet

Mohd Shareen Ezzry

Nama Pena : Millo

Pasukan: Chelsea*Manchester City*Real Madrid

Ramai betul orang bising pabila sesebuah kelab kaya ingin berbelanja besar. Kenapa? Ini yang kita nak tahu. Rata – rata yang bising tu adalah dari kelab yang dah tak boleh berbelanja besar tapi perlu diigatkan disini mereka pun pernah berbelanja besar sebelum ni.Kelab mana tu?Ah ini biar korang teka sendiri lah kan. Jadi jangan bising ar. Pi jaga kelab sendiri sudahlah.

Chelsea = Fantasi atau realiti?

Pembelian : Ramires (£18m, Benfica); Yossi Benayoun (Liverpool, undisclosed); Tomas Kalas (Sigma Olomouc, undisclosed)

Vs West Brom (home) 6 – 0

Vs Wigan (away) 6 – 0

Kekuatan Chelsea terletak dimana?Mana mungkin terletak di huruf ‘C’. Adakah Chelsea akan pertahankan Trofi BPL di Stamfod Bridge?Jawapan dia Ya

1.Secara logiknya mereka telah serasi bersama. Gandingan 3 serangkai di bahagian serangan memang patut diakuilah kan. Kalo korang tak setuju suka atilah.

Malouda-Drogba-Anelka

2.Mentaliti pemain England sudah pulih dari kekecewaan Piala Dunia.Ashley Cole, Lampard dan Terry bermain sempurna setakat ni.

3.Kita ada super-sub hebat macam Kalou dan hmm terpaksa diakui mamat yahudi tu gak Benayoun.

Cuma yang menjadi kerisauan adalah bahgian pertahanan. Carvalho dah pergi – siapa ganti? Tak kan nak bagi Ivanovic (memang dia boleh main DC tapi lama2 dia akan buat silap gak sebab dia sekarang lebih banyak main RB). Plez cari sorang lagi DC!

Jadi adakah Chelsea akan menang lagi lawan Stoke City sabtu depan?Ini yang kita nantikan sama.

Chelsea = Realiti

Manchester City = Pembaziran atau perlaburan?

Pembelian : James Milner (Aston Villa, £24m pertukaran dengan Stephen Ireland); Mario Balotelli (Internazionale, undisclosed); David Silva (Valencia, £24m); Yaya Toure (Barcelona, undisclosed); Jerome Boateng (Hamburg, undisclosed); Aleksandar Kolorov (Lazio, undisclosed); Alex Henshall (Swindon, undisclosed)

Vs Tottenham (away) 0 – 0

Vs Liverpool (home) 3 – 0

Kekuatan Manchester City terletak dimana?Betul tepat sekali pada duit – Chelsea pun berbelanja besar pada 3 musim awal di zaman Abromovich tapi tengok lah sekarang camne. Lu pikirlah sendiri bak kata Bang Bil.

1.Match Vs Liverpool memang sempurna beb. Tak sia sia berjaga sampai pagi (sebenarnya aku tak boleh tidur pun aha). Diorang kena guna formasi yang sama tapi boleh ke nak guna seorang je striker sampai abis musim?Ini yang kita tak tahu. Striker bersepah harap – harap boleh lah jual seorang 2.

2.Milner-Tevez-Adam Johnson. Gandingan ni sempurna. Ketiga – tiga pemain ni memang cam lipas kudung. Memang pening pertahanan Liverpool semalam.

3.Joe Hart. Given boleh lah rehat musim ni. Anda perlu akui kehebatan penjaga gol no 1 England ni. Torres pun tak nampak ruang kat mana nak score. Aku tabik sama engkau Joe Hart.

Secara logiknya City dengan Chelsea lebih kurang sama kekuatan dia tapi Chelsea lebih serasi. Masalah yang mungkin berlaku dalam City mereka tidak akan menggunakan barisan yang sama setiap perlawanan. Yelah tak kan beli mahal - mahal untuk dok kat kerusi je kan.

Manchester City = Perlaburan

Real Madrid = Juara La Liga 2010 atau 2011?

Ini ramai yang nak tahu. Tungguuuuuuuuu .

*Aku peminat kelab yang berbenja besar. Diorang ada duit, suka ati diorang lah nak guna macam mana. Aku suka tengok pemain berkualiti bergabung dalam satu pasukan.


Selamat Maju Jaya

********* Chelsea * Manchester City * Real Madrid *********

16

Tahniah Arsenal Kerana Menjadikan Bolasepak Itu ART


Dari Ashley Cole, menang 6 kali ke atas Arsenal sejak berpindah pada 31 Ogos 2006, 1 EPL, 3 FA Cup dan 1 League Cup


*hari ini genap 4 tahun Ashley Cole 'kencing' Arsenal
53

Tetamu Minggu Ini

Pipiyapong Abdillah Hamzah

"When you give success to stupid people, it makes them more stupid sometimes and not more intelligent"
– Arsene Wenger.

Aku akan menjadi orang yang paling gembira bila mengetahui Arsene Wenger akan dipecat. Mengapa? Jadi, apa yang dipanggil sebagai The Gunners, akan benar-benar menghargai – bagaimana depresinya hidup tanpa jantan hebat mengemudi.

Seriusnya, beberapa kritikan lantang terhadap jantan Perancis itu beberapa tahun kebelakangan ini, betul-betul buat aku rimas. Dan aku, sebagai penganut Arsenal, dan juga peminat sukan bolasepak, ia sangat-sangat membencikan.

Tanya mana-mana kelab di Eropah, siapakah yang akan mereka pilih menjadi pengurus? Nama Arsene Wenger pastinya, akan meniti di bibir, paling tidak berada di atas Ancelotti, Mourinho atau Ferguson.

Arsene Wenger telah menjadi korban kejayaan sendiri. Ramai yang seakan-akan telah lupa akan jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh Arsene Wenger untuk kelab utara London ini. Aku percaya, hari bilamana Arsenal kehilangan dia adalah hari bermulanya segala kecelaruan dan kesulitan.

Liga Perdana Inggeris telah banyak berubah dalam beberapa tahun terakhir, dan sejak masuknya kelab hodoh seperti Chelsea dan Manchester City, yang lebih berkuasa dari segi kewangan, secara langsung telah memperlihatkan dan menonjolkan, yang kami, Arsenal, the Gunners, adalah benar-benar sebuah kelab perjuangan. Perjuangan mempertahan dan memartabatkan aspek kualiti, falsafah, inspirasi, sejarah, dan seni bolasepak – bukan hanya sekadar permainan.

Arsenal mungkin tidak pernah menjadi kekuatan yang dominan dalam bolasepak, tetapi, kami, Arsenal, the Gunners, selalu ada dan wujud di sekitar itu. Manchester United telah kuat selama 20 tahun atau lebih, Liverpool berbangga dengan 10 tahun kemegahan, bahkan pasukan-pasukan seperti Leeds mendominasi hanya pada satu titik. Arsenal pula, selalu, dan kami telah konsisten selama lebih dari 100 tahun!

Arsenal adalah cinta, seperti pacar atau teman wanita. Kamu tidak boleh memperbaiki hal-hal yang kamu tidak suka dengan mengeluh tentang dirinya. Kamu perlu ubah, beritahu, ataupun kamu hanya perlu meninggalkannya. Tapi percayalah, Arsenal adalah salah satu kekasih yang menakjubkan. Kami, Arsenal, the Gunners, ialah Megan Fox – memiliki tubuh yang hebat, keseksian yang membuat kamu meleleh, dan sudah tentu menaikkan nafsu berahi. Dia mungkin tidak memenangi Oscar, but hell, she’s a drug.

Aku sudah bertahun-tahun menyokong Arsenal selama era Wenger dan menyelidik era pra Wenger, dan aku percaya apa yang telah dilakukan Wenger itu sesuatu yang fenomenal. George Graham juara 2 kali dalam 8 tahun di kelab, Wenger pula memenangi 3 kali di 8 tahun pertama.

George Graham = Meryl Streep. Jelek, tetapi berkesan. Tetapi tetap tidak menggiurkan.

Ramai mengatakan Arsene Wenger kedekut – tidak mengeluarkan wang atau mendaftar pemain berkelas dunia. Hey, ini adalah lelaki yang sama yang membeli Henry, Fabregas, Vermaelen, Arshavin, dan Nasri dalam beberapa tahun terakhir!

Berbatov menandatangani Manchester United hampir £30 juta, sekarang menjadi bahan kutukan penyokong sendiri. Aquilani masuk Liverpool – kelab yang perlahan-lahan mengganti tempat Tottenham – dengan bayaran £17 juta, kini dia merengek mahu kembali bermain di Itali. Arsene Wenger tidak akan sesekali menghabiskan wang pada pemain yang tidak akan menjamin pulangan. Budak-budak dalam proses dan muda Gunners – Vela, Walcott, Wilshere – atau yang sedia ada, boleh melakukan lebih daripada itu.

Kami, Arsenal, the Gunners, mungkin saja boleh singkirkan Wenger dan biarkan Mourinho bergabung dengan kami, memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-juara untuk beberapa musim; dan kemudian untuk melihat Arsenal benar-benar fucked up untuk masa depan, itu adalah perkara yang diluar kewarasan. Absurd.

Kerana bagi kami, Arsenal, the Gunners, form is temporary; class is permanent, dan kami cukup-cukup berbangga dengan reputasi pengurus kami.

Dan bila dia kata, “I believe the target of anything in life should be to do it so well that it becomes an art. When you read some books they are fantastic, the writer touches something in you that you know you would not have brought out of yourself. He makes you discover something interesting in your life. If you are living like an animal, what is the point of living? What makes daily life interesting is that we try to transform it to something that is close to art. And football is like that,” dia sekali lagi buat kami tersenyum.


Oleh: ParanoiaSemalam

(Seperti kata Shankly, artikel ini sememangnya terjemahan ParanoiaSemalam dari internet untuk orang melayu, cuma gua lupa nak tulis sebab tak baca e-mel habis habis. Sekian, terima kasih)




26

Guten Tag!

LuciusMaximus Isnin, Ogos 30, 2010
Seperti biasa, hari Isnin ialah hari rangkuman Bundesliga, liga bolasepak paling meriah di Eropah tapi kurang mendapat sambutan di kedai mamak sekitar Malaysia. Kenapa? Sebab rakyat Malaysia masih ramai yang gilakan kelab ‘sandarkan pada kenangan’.

Kesemua 9 perlawanan Bundesliga telah berlangsung sepanjang hari Jumaat hingga Ahad. Ini adalah matchday ke-2 dan macam biasa dalam Bundesliga, sukar untuk menduga keputusan perlawanan.

Peminat Kaiserslautern suka sapu tangan putih kot?



Sebagai contoh, perlawanan antara kelab yang baru dipromosi naik yakni FC Kaiserslautern bertemu gergasi Bundesliga, Bayern Munich. Sebelum perlawanan Kaiserslautern telah dipeningkan dengan tempahan tiket dari para penyokong berjumlah 130,000 sedangkan Fritz-Walter Stadion hanya boleh menempatkan 49,780 penonton. Anfield pun tidak pernah sold-out ini macam punya hebat. Dua gol separuh masa pertama memberikan Die Roten Teufel kemenangan kedua mereka. Kaiserslautern 2 – Bayern Munich 0.

Salah satu pasukan faveret Bundesliga, Schalke 04 menerima kunjungan Hannover 96. Tujuh tahun sudah berlalu sejak kali terakhir Hannover 96 menewaskan Schalke 04 dan sepatutnya Die Konigsblauen mampu menundukkan tetamu mereka. Tetapi sebaliknya yang berlaku, Konstantin Rausch dan Mohammed Abdellaoue menjaringkan gol untuk Hannover 96 untuk keputusan penuh Schalke 04 1 – Hannover 96 2. Mohammed Abdellaoue usai perlawanan berkongsi rahsia pemakanan kurma sepanjang bulan Ramadhan adalah petua kejayaan beliau.

Kelab lama Mesut Ozil, Werder Bremen pula membuktikan mereka masih mantap tanpa kelibat Ozil. Torsten Frings, Marko Arnautovic dan Hugo Almeida semuanya menemui jaring untuk memberikan Werder Bremen kemenangan ke atas pasukan kambing, FC Koln. Werder Bremen 4 – FC Koln 2.

Bukanlah Bundesliga namanya jika tidak ada drama, kejutan dan gol yang banyak. VfL Wolfsburg, kelab dari pekan Volkswagen meraikan kunjungan FSV Mainz 05. Bezanya antara dua kelan ini ibarat Chelsea dan Wigan Athletic. Dibarisi pemain seperti Diego, Grafite, Edin Dzeko dan Arne Friedrich serta dikendalikan oleh Steve McClaren, Wolfsburg dijangka mudah meratah Mainz. Dan begitulah nampaknya sebaik pada 45 minit separuh masa pertama bila Wolfsburg selesa dengan 3 gol berbalas 1. Tapi entah apa yang merasuk Mainz, mereka bangkit pada separuh masa kedua untuk menghuru-harakan Wolfsburg. VfL Wolfsburg 3 – FSV Mainz 05 4.

Sementara itu di Commerzbank Arena, lebih 51,000 penyokong Eintracth Frankfurt terpaksa berputih mata bila Hamburger SV berjaya mencuri 3 mata penuh bagi mengekalkan rekod kemenangan 100% musim ini. Joris Mathijsen, Paolo Guerrero dan veteran Red Devils Ruud van Nistelrooy menyumbatkan gol untuk keputusan Eintracht Frankfurt 1 – Hamburger SV 3.

Di bekas tapak perhimpunan parti Nazi dulu, FC Nurnberg berentap dengan SC Freiburg. Tuan rumah terlebih dulu di depan pada minit ke-15, tetapi dua gol oleh Papiss Demba Cisse (tidak ada kena mengena dengan Djibril Cisse ‘sandarkan pada kenangan’) membantu SC Freiburg muncul pemenang. FC Nurnberg 1 – SC Freiburg 2.


Lanun St Pauli


Lain pula nasib yang menimpa jiran Hamburger SV. St Pauli, kelab sayap kiri yang mula menjadi bualan hangat di Sokernet menjadi tuan rumah untuk lawan mereka, TSG 1899 Hoffenheim. Empat tahun lalu kedua-dua kelab ini bersaing dalam 3. Liga tetapi kini keduanya berada di dalam peringkat tertinggi bolasepak Jerman. Sedang St Pauli melakukannya dengan cara se-punk mungkin atau DIY, Hoffenheim pula berjaya ke Bundesliga hasil bantuan kewangan yang melampau. Lantas pertembungan ini antara si miskin lawan si kaya, sosialis lawan kapitalis atau punk lawan sell-out. Keputusan? Agak mendukacitakan bagi mereka yang punk, kerana St Pauli 0 – TSG 1899 Hoffenheim 1.


Tak Bundesliga-lah kalau tak skor macam ni


Sementara itu, 30,210 penonton di BayArena disajikan dengan debaran perlawanan 9 gol antara Bayer Leverkusen dan Borussia Monchengladbach. Patrick Hermann meletakkan Monchengladbach di depan pada minit ke20, tetapi selang 4 minit Eren Derdiyok mengikat kedudukan 1-1. Kemudian berubah menjadi 1-2, 1-3, 1-4, 2-4, 2-5, 2-6 sebelum akhirnya berakhir dengan 3-6. Bayer Leverkusen 3 – Borussia Monchengladbach 6. Ia kemenangan pertama Monchenglabach ke atas Leverkusen dalam tempoh 16 tahun.

Perlawanan terakhir minggu ini pula menemukan VfB Stuttgart dan Borussia Dortmund. Kedua-dua pasukan telah kalah perlawanan pembukaan Bundesliga mereka dan perlu mencari kemenangan secepat mungkin bagi menghidupkan peluang memburu kejuaraan liga. Seramai 40,500 memenuhi Mercedes-Benz Arena (yang kini dalam fasa terakhir pembinaan untuk ditingkatkan kepada 60,000 kapasiti). Khalid Boulahrouz yang sebelum ini menendang bola hingga terkena kepala pengacara televisyen wanita sekali lagi mencipta nama, menjaringkan gol sendiri seawal minit ke-5 untuk Dortmund berada di depan. Lucas Barrios dan Mario Gotze menambah derita Stuttgart dengan Dortmund selesa mendahului 3 gol tamat separuh masa pertama. Cacau memberikan gol saguhati buat tuan rumah pada minit ke-69. Keputusan penuh VfB Stuttgart 1 – Borussia Dortmund 3. Cayalah Dortmund!

Top 3 Bundesliga kini diisi oleh kelab-kelab kecil: TSG 1899 Hoofenheim, FC Kaiserslautern dan FSV Mainz 05.

Silap-silap Sir Alex pun boleh kena penumbuk kalau jumpa Holger 'skinhead' Stanislawski ni

13

TAKDE HAL..

saudagar gaRAM..
tak dramatiklah kalo asyik menang memanjang..iye dok?
takde hal..

halangan kecik je beb..


37

Tahniah Fernando Torres Atas Kejayaan Menjaringkan Gol Ke-50 Bersama Liverpool


Dari Didier Drogba, penjaring 88 gol bersama Chelsea, 3 Premier League, 2 League Cup dan 3 FA Cup

*gambar ihsan Jabatan Imigresen Cote d'Ivoire
42

Liverpool 1 - West Bromwich Albion 0

Liverpool menang jua.


Abe Torres sayang bucuk intan payung guji guji saya menjaringkan gol ke 50 dalam kerjaya beliau sebagai pemain Liverpool. Juga gol pertama beliau dalam season ini. Diharapkan dengan ini maka banyak lagi gol-gol dapat dijaringkan dalam masa hadapan.

Ladies, meet Raul. Raul, meet the ladies.

Well hello there..

Hai. Saya Raul, and your name is?

Dalam berita Liverpool yang lain, kami mengalu-alukan kedatangan Raul Meireles, 27 tahun, pemain Portugal yang dibeli dari kelab Porto. Harga perpindahan 14 juta Euro.


Dan saya menerima email yang sangat comel dari Henry Mevez, yang telah menghantar gambar di bawah ini. Saya tiada komen.

Jane,

Just nak kasi gambar nih....mana tahu boleh guna dlm sokernet. Biar bergegar sikit fan2 manyoo tuh...haha...

Okay, chiow!


Ohkay?

"Ijai, siapa mamat Raul Meireles ni? Dia dulu Man Utd minat. Kenapa dia masuk Liverpool? Dah confirm dah ke? Dah la kut dah ada nombor 4 ni."

Ijai, abang saya. Dia cakap Raul ni mamat Portugal yang banyak tattoo tu. Honestly I have no idea who he was, but can't wait to find out more. 

Itu saja.
15

Yeah Terbukti Memang Sunderland Kelab Elit

Obefiend Weiland Ahad, Ogos 29, 2010 ,

Sunderland 1- 0 Money City Al Arabiyya Toyyib


Tadi Sunderland menang 1-0 dengan Manchester City. Walaupun sudah berbelanja 130 juta pound sterling , pasukan Man City gagal membolosi pertahanan Sunderland yang hebat. Sunderland melakarkan kemenangan hasil jaringan dari penalti Darren Bengkok di masa tambahan. Dengan itu D Bent sudahpun menjaringkan 2 gol untuk musim ini. Satu lebih banyak dari The Scouse Pele - Wayne Rooney.


Apa? Korang gelak dengan Sunderland? Korang ingat Sunderland team cak ayam ke? Harus diingatkan Sunderland bukanlah kelab bankrap tak ada duit nak bayar gaji pemain macam Barcelona. Bukanlah kelab yang menjual top player bagi melangsaikan hutang pajak gadai macam Manyoo dan Liverpool. Ini kelab ada maruah bai. Tak main jual-jual player pasal nak mengimbangi buku baki bawa bawah.

Minggu lepas City tapau Liverpool 3-0. Maka terbuktilah minggu ini Sunderland lebih hebat dari Liverpool dan City. Nak bukti lagi? Season lepas Sunderland tapau Liverpool 1-0 ehsan gol bola pantai.

Welcome to the top 4 Sunderland.



32

Blackburn Rovers 1 - 2 Arsenal

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Perlawanan bekas juara bertemu bekas juara ni gua tak boleh nak cerita apa. Elok saja dalam 20 minit diorang main, slow slow mata gua pejam. Ini semua kes pekena nasi ulam, kambing bakar, sotong petai, siakap stim, ikan ebek bakar, murtabak, nenas, bingka ubi, apam dan kentaki anak buah gua masa berbuka.

Dengan kemenangan ini, nampaknya Arsenal semakin menghampiri kejuaraan. Sekian, terima kasih.

Rosicky dijangka akan mengembalikan prestasi Euro 2004 musim ini. Jaga jaga semua!


67

700


Blog Sokernet telah 'diikut' oleh 700 pengikut (setakat entry ini ditulis), iaitu selepas setahun ianya beroperasi.

Menurut kajian Jabatan Research Sokernet,
Dari 700 pengikut, 511 telah dikenalpasti sebagai penyokong tegar kem Manchester United.(Itu pasal kena ada 3 pengulas, sebab follower ramai). Selebihnya dikongsi oleh pasukan pasukan kurang hebat yang lain seperti Chelsea, Arsenal, Spurs, Manchester City dan Blackburn Rovers, serta perlu disebutkan jugak di sini, 4 wakil penyokong tegar dari kem Liverpool.

Pihak Sokernet sangat mengambil serious masalah 'kurangnya' sokongan pembaca terhadap pasukan pasukan selain Manchester United.

Kami merayu, kepada penyokong penyokong selain Manchester United di luar sana...tolonglah datang dan mengimarohkan pasukan anda sepenuh hati sebelum pasukan anda dilunyai dengan lebih teruk oleh penyokong penyokong Manchester United seterusnya menukar tajuk blog di atas menjadi SOKERNET: Laman Web Rasmi Manchester United.

Lu orang tak kesian ke tengok Jarr, Ayob, Kareem, Shankly, Al-Rashid, Adijaya..errr maksud gua adik Khairul Idham, dan juga tidak lupa adik Kardio yang berjuang mati matian demi menentang ombak gergasi penyokong si setan merah di ruangan komen?

Tak kesian?..Kamooonnnn guys!!!!..mana braderhood ni?,

Takkanlah benda benda macam ni pun kem Manchester United nak kena ajar?
Letih la bai...

So tunggu apa lagi?, Daftarkan kem lu orang and be right here when the Club needs you!
24

Tumbukan padu ke udara!

Jorji
5 bulan aku tidak melakukan tumbukan padu ke udara. LIMA BULAN Wayne 'The Rudeboy' Rooney tidak menjaringkan sebarang gol selepas menyumbat beberapa puloh gol sebelum tercedera dan memberi peluang kepada drog mengambil kasut emas musim lepas, TETAPI TIDAK malam tadi!

Aku melakukan beberapa tumbukan padu keudara bermula awal sekitar jam 10 malam. YA! Beberapa jam sebelum Manchester United membuat sepak mula,aku telah melakukan SATU TUMBUKAN PADU KE DAGU SENDIRI gara-gara untuk memastikan aku terus berjaga. Semua bahana menonton perlawanan pasukan paling bosan Chelsea bermain. Bosan ya amat, aku terpaksa lakukan larian setempat, makan kueh lapis 2,3 round, push up dan sit down (bukan up).

Aku tak mahu terlelap, takut nanti terlepas pula perlawanan bolasepak sebenar jam 12.30am.

Mujur aku menukar siaran ke channel, err...aku tak ingat pulak, tapi dokumentari bertajuk RAMPAGE. Kisah riot sana sini seluruh dunia. Berbagai aksi manusia seluruh dunia aku tengok dalam program itu.Menunjuk perasaan, keganasan ketika tunjuk perasaan di Korea, USA dan sebagainya. Tiba-tiba aku tersedar, menonton aksi manusia hilang pertimbangan akal fikiran lebih mengujakan dari aksi Chelsea? Gila babi!



Di Old Trafford, sebelum sepak mula, Wayne 'The Rudeboy' Rooney dihadiahkan Sir Matt Busby Player of the Year award. Memang sesuai!

33minit kemudian beliau membuka semula akaun golnya dengan begitu yakin mengambil tendangan penalti yang SAH apabila Giggs dijatuhkan, berbeza dengan tendangan penalti Lampard yang diselamatkan secara 'insult' oleh penjaga gawang Stoke - agaknya penalti dapat secara 'dive' la tu..apa lagi taktik nak cari gol gandingan penyerang Chelsea!

Old Trafford dirangsangkan lagi dengan larian Nani pada minit ke 50 sebelum membuat bidikan tepat kegawang gol untuk menambah jaringan Manchester United menjadi 2-0. Alhamdullilah..
The Hammer memang jadi tukul besi berkarat bila Nani sekali lagi membuat hantaran bola tanggung dalam botol Roslin Hashim kepada Berba yang melakukan llibasan pari dan seluruh Old Trafford klimaks!

Inilah bolasepak sebenar yang tidak bosan. Manchester United membuktikan kematangan dalam permainan sebenar, tidak seperti pasukan yang menjaringkan 6 gol diawal musim tetapi 'sampai awal' dalam permainan.

Glory Glory Manchester United
22

Lagi-Lagi Klasemen

LuciusMaximus ,

Teruskan bergaduh. Setiap kali aku kasi ‘up’ gambar mamat Liverpool teghoyak kat mak, setiap kali itulah juga ruangan komen akan penuh dengan pergaduhan antara peminat Manchester United dan Liverpool.

Teknik sebegini dinamakan ‘pecah dan perintah’. Lama sebelum merdeka dulu British guna teknik ini untuk melembukan kita penduduk Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara. Sekarang dah nak masuk 53 tahun merdeka dan ia masih lagi digunakan, kali ini oleh Barisan Nasional untuk memastikan kita semua masih macam lembu. Cerita amoi masuk surau pun nak gebang setiap satu jam dalam berita semasa RTM.

Chelsea menang lagi 2-0. Sementara Red Devils dengan YNWA terus bertekak siapa lagi power dan banyak sejarah. Takde hal, yang penting KLASEMEN.
53

Liga Juara-Juara: MSK Zilina Dapat Laluan Mudah Ke Akhir!

Kumpulan A Internazionale Werder Bremen Tottenham Hotspur FC Twente

Kumpulan B Olympique Lyon SL Benfica Schalke 04 Hapoel Tel-Aviv

Kumpulan C Manchester United Valencia Rangers Bursaspor

Kumpulan D FC Barcelona Panathinaikos FC Kobenhavn Rubin Kazan

Kumpulan E Bayern Munich AS Roma FC Basel CFR Cluj

Kumpulan F Chelsea Olympique Marseille Spartak Movska MSK Zilina

Kumpulan G AC Milan Real Madrid Ajax Amsterdam AJ Auxerre

Kumpulan H Arsenal Shakhtar Donetsk SC Braga Partizan Belgrade

Liga Juara-Juara musim 2010/11 kembali lagi! Untuk mereka yang kurang arif, Liga Juara-Juara ini disertai oleh kelab-kelab yang merupakan juara bolasepak Eropah. Kelab yang tidak bergelar juara pula selalunya disuruh main dalam Europa League, sejenis liga buang karan.

Berdasarkan percaturan di atas, kelab Slovakia MSK Zilina dilihat mempunyai harapan cerah untuk bergelar juara.

Sementara itu di Anfield…










22

Nex time Syed Adney Keluar TV Gua Harap Dia Kena Camni

Obefiend Weiland ,
Ehsan Khalid Boulahrouz




tq Adijaya
59

Tahniah Spurs! Welcome To The Club

LuciusMaximus Khamis, Ogos 26, 2010
Tottenham Hotspur menang ke atas BSC Young Boys malam tadi dengan jaringan 4-0 sekaligus layak ke peringkat kumpulan Champions League dengan agregat 6-3. Peter Crouch menjaringkan hat-trick, tak sia-sia ‘tiang lampu’ ni blah dari Liverpool.

Dengan kejayaan ini, Spurs secara sah menyertai 3 kelab England yang lain yakni Chelsea, Manchester United dan Arsenal dalam membawa bendera Three Lions ke dalam saingan Champions League.

Tahniah Spurs! Memang sah anda layak menyertai Club Big 4.

Sementara itu di Anfield…










39

Lu Ingat Kelab Lu Sayap Kiri Dan Punk? Nampak Sangat Lu Belum Kenal FC St Pauli

LuciusMaximus Selasa, Ogos 24, 2010 , , ,

Soalan yang mungkin timbul sebelum kita mengenali FC St Pauli ini lebih lanjut. Siapa FC St Pauli ni sebenarnya? Kelab mana? Siapa pemain bintang dia? Berapa kali dah menang Champions League? Bersejarah macam Liverpool ke?

Layan video dulu.



FC St Pauli ini kalau kita nak menilai dia dari segi bagaimana kita suka menilai kelab-kelab Big 4 di England, atau Real Madrid dan Barcelona mahupun AC Milan dan Internazionale, memanglah jauhnya seperti langit dengan bumi. Tapi ada satu perkara yang menjadikan St Pauli ini unik dan mempunyai jutaan peminat dari seluruh dunia, tetapi perkara itu bukanlah berapa banyak trofi sudah dimenanginya atau siapa pemain ternama yang menyarung jersi St Pauli.

Sebaliknya, St Pauli ini menjadi ikutan jutaan peminat bolasepak kerana statusnya sebagai sebuah kelab ‘kult’ atau dalam bahasa omputih, ‘cult’. Lupakan AS Roma dan sayap kiri mereka, atau Liverpool dan kelas pekerja, St Pauli jauh lebih proletariat dan sosialis dari kelab-kelab tersebut.

FC St Pauli adalah sebuah kelab bolasepak Jerman yang bertapak dalam daerah St Pauli di bandaraya Hamburg. Sebenarnya kelab ini bukan saja bergiat dalam sukan bolasepak, tetapi juga sukan-sukan lain. Bagaimanapun dalam bolasepaklah St Pauli menjadi ikutan meluas seluruh dunia.


Ditubuhkan pada tahun 1910 (tetapi mereka lebih suka memanggilnya sebagai Non established since 1910), tahun ini merupakan ulangtahun ke-100 St Pauli. Musim 2010/11 juga sangat bermakna kerana ia merupakan detik kembalinya semula St Pauli ke dalam Bundesliga selepas 8 tahun menghilangkan diri bermain di liga bawahan bolasepak Jerman.

Pada dekad 1980-an, sesuai dengan lokasi kelab ini yang terletak berdekatan Reeperbahn (sebuah kawasan pelacuran terkenal Eropah), St Pauli melalui revolusi social yang ketara. Elemen politik berhaluan kiri, fahaman anti fasis, budaya punk atau mana-mana subculture yang lain menular dalam kelab ini. Ketika bolasepak Eropah dilanda fahaman Nazisme dan perkauman, St Pauli berdiri gagah dengan slogan ‘Gegen Nazis’ mereka.


Elemen kiri dan subculture ini membawa St Pauli ke arah budaya yang lebih progresif. Mereka dikenali ramai sebagai anti perkauman, anti seksisme dan anti homofobik. St Pauli dilihat sebagai simbol sebuah kelab yang anti kapitalisme dan sebaik mungkin menolak sebarang unsur komersial yang melampau. Keterbukaan mereka dalam menerima perbezaan jantina juga meletakkan St Pauli sebagai antara kelab yang mempunyai paling ramai peminat wanita.

Dan penerapan nilai-nilai ini semua sangat jelas dalam pengurusan harian St Pauli. Nama stadium mereka ditukar kepada Millerntor-Stadion, setelah nama asal dari bekas presiden kelab bernama Wilhelm Kock ditolah kerana pernah terlibat dengan parti Nazi. Corny Littman, satu masa dulu presiden kelab merupakan presiden kelab bolasepak pertama yang secara terang-terangan mengaku gay. Dan pengurus mereka, Holger Stanislawski adalah bekas pemain St Pauli serta popular di kalangan peminat sebagai seorang yang anti komersialisme, sentiasa turun ke padang dengan seluar jeans, t-shirt, jersi atau memakai jaket. Pakai sut macam Jose Mourinho? Dah kira sell out!


St Pauli memulakan perlawanan liga mereka dengan lagu iringan Hell’s Bell oleh AC/DC dan meraikan setiap jaringan gol dengan lagu Song 2 oleh Blur. Asian Dub Foundation, Turbonegro, Bad Religion, KMFDM dan Sigur Ros semua pernah menghasilkan lagu mengenai St Pauli atau menyarung jersi dan t-shirt St Pauli dalam pertunjukan mereka.

St Pauli tidak pernah menang apa-apa trofi dalam bolasepak Jerman, tetapi tetap menjadi ikutan ramai peminat bolasepak. Bak kata peminatnya, “St Pauli adalah cara hidup. Kami bukan kelab yang mahu membuat duit, kami hanya sukakan bolasepak.”

Cara hidup, sukakan bolasepak dan penerapan pegangan progresif.

FC St Pauli.

9

# 1 - Entry Rabu

Abdul Sokernet

Sokernet memuatkan 5 artikel sekaligus sempena Entry Rabu pertama musim 2010/2011. Para pembaca, pengkomen, pengkritik, peleceh, pembodek dan pengutuk boleh la menikmati ke semua entry entry di bawah sepanjang hari Rabu ini.

Kalau artikel tu bagus, hamburkan lah pujian..kalau sebaliknya, ikut suka lu orang la nak hamburkan apa benda pun kami apa pedulik.

Terima kasih juga pada penyumbang artikel yang berjaya kali ni. Kepada yang kurang berjaya, cuba lagi minggu depan. Kalau Sokernet bubuh 10 artikel terus boleh jadi muntah pulak ye tak.

Ok..selamat membaca!
18

FAM

Abdul Sokernet

NAMA PENUH: MOHD NAJIB BIN OTHMAN
NAMA SOKERNET: NAJIROKU

Entri saya kali ini ditujukan pada pengurusan kembang kecut FAM.

Masakan tidak, FAM seolah-olah tidak menitikberatkan pembangunan bola sepak yang kian hancus. Bahkan dapat dilihat anak-anak muda Lucius Maximus lebih gemar memakai jersey negara luar berbanding kebangsaan. Ini membuktikan bahawa pengurusan FAM adalah Persatuan Kaki Lepak dan Sepak. Kalau begini keadaannya, sampai bila peminat harus menunggu ? Tunggu sampai tenuk berjanggut?

Kadangkala kita terlepas pandang bahawa masalah ini adalah berpunca barisan pucuk pimpinan badan induk itu sendiri. Pucuk pimpinan yang acap kali sama menyebabkan idea-idea yang beku dan lapuk dikekalkan(tambahan *serta tua). Sehinggakan, jurulatih berkaliber seperti Azraai Khor dianak tirikan. Nampak je salah, terus tembak dan denda. Taik sendiri yang bertimbun-timbun ditolak mentah-mentah.

Dato2 dan Tan Sri2, apakah selesa berehat di komplek FAM baru bernilai lebih Rm10juta yang terletak di Janda Baik, Pahang nanti ? Apakah kalian tidak malu dengan negara kerdil yang dahulunya main di tepi longkang kini berada di ranking yang lebih baik?? Mana letak maruah anda ? Kalau kata buat kerja, kenapa asyik merudum ja ranking Malaysia? Kalau setakat prestasi macam longkang bersalut lumpur, lembu pun boleh bikin rare lagi dari anda.

Akhir kata, salute kepada usaha-usaha pengurusan FAM yang berdengkur di siang hari dan berjaga di malam hari.
34

Sejarah Gua dan Manchester United

Abdul Sokernet

Nama Penuh : Mohd Shahril Izwan Bin Mohd Razali
Nama di Sokernet : d.a.n.y.^^a.r.m.a.n.d.o.
Link Blog :
http://anehanehsaje.blogspot.com/

Sejarah gua dan Manchester United

Gua mula mengenali pasukan Manchester United @ Malcolm Glazer United bak kate Obefiend ketika gua berumur 9 tahun atau lebih tepat lagi pada tahun 1996. Tahun dimana pasukan 'Setan Merah' menjulang kejuaraan berganda (EPL dan FA Cup) buat kali ke-2. Tahun dimana Martin O' Neill berjaya membawa Leicester City ke saingan EPL. Tahun dimana Alan Shearer, Robbie Fowler, Ian Wright dan Les Ferdinand amat berkuasa, tetapi menjunjung titah Eric Cantona sebagai Sultan Bola pada ketika itu. Dan juga tahun dimana David Beckham memakai jersi no. 24 dan purata pendapatan beliau hanya sekadar mampu pekena Char Kue Teow dan rokok samsu sepam dua.

Imbas kembali ketika Abah gua menghadiahkan sepasang jersi siam Manchester United pada keraian hari lahir gua. Gua renung muke Abah gua dalam-dalam sambil ketap gigi, adik beradik gua buat laju-laju makan mee, Mak gua pulak tunduk pandang wajah suci Siti pada majalah ketika baru melangkahkan kaki menjadi insan seni. Dengan hati yang panas, mata yang merah dan hidung yang berair, gua sound tepat pada abah gua, "Abah! Along nak patung mainan Ultraman Ace ataupun Power Rangers hitam yang boleh keluar bunyi!!" Abah gua senyum sipi dan jegilkan biji mata sambil buat muke Nasir Bilal Khan, "Along dah besar!! Jangan nak mengade-ngade!!" Gua tunduk sayu tanpa mengusik pemberian ikhlas abah gua yang memasang impian agar suatu hari nanti gua akan menjadi sehebat Maradona, setangkas Van Basten dan sebijak Romario. Gua masuk bilik, gua tekup muke kat bantal lalu menangis sambil meraung kuat-kuat mintak perhatian.

Esoknye lepas Abah gua balik meniaga dia panggil gua duduk di riba nya (gua rindu saat ni!) "Abah nak along jadi pemain bola sepak yang berjaya satu hari nanti. Kelab terhebat sekarang ni Manchester United, sebab tu abah hadiahkan along jersi Manchester United" Abah gua meluahkan hasrat hatinya pada gua. Gua tunduk buat-buat tak dengar sambil gentel-gentel bantal busuk Ultraman pemberian Mak gua. Gua kelu. Malam sebelum tidur, abah gua bagi majalah Manchester United pulak. Dia letak kat atas meja. Gua buat-buat pejam sambil bijik mata gerak-gerak.

Gua mula bermain bola pada usia 7 tahun ketika gua baru memasuki alam persekolahan. Tapi gua menganggap main bola ni sebagai permainan sampingan walaupun gua memang benar-benar berbakat! Pada masa itu karier dan pilihan hidup gua lebih ke arah 'main lastik', 'baling selipar', konda-kondi', 'nyorok-nyorok', dan mak-mak (masak-masak) bersama beberapa orang jelitawan kampung. Tetapi takdir menentukan segalanya. Bakat dan kemahiran gua dapat dikesan oleh cikgu PJK gua ketika berusia semuda 8 tahun. Beliau seterusnya mempelawa gua untuk menyertai pasukan bawah 10 tahun sekolah. Tapi gua tolak mentah-mentah kerana ketika itu setiap petang ada cerita Dash Yonkuro kegemaran gua dan Ultraman juga. Sedangkan latihan pasukan bola sepak pada sebelah petang. Gua terus lupakan bola sepak sejak itu.

Tapi abah gua dah bakar line dengan selalu bercerita dan mengajak gua berborak tentang Manchester United setelah gua pakai jersi pemberiannya sekadar untuk mengambil hati setelah dipujuk oleh Mak gua. Lalu gua mula meminati bola sepak sejak dari itu dan mula menyertai pasukan sekolah pada usia 10 tahun (gua masuk team senior tau bawah 12 tahun!). Rentetan dari itu, bergembira sakanlah orang tua tu. Seronok tak terkira beliau apabila gua akhirnya bermain bola sepak dan meninggalkan karier gua serta kartun superhero baru ketika itu iaitu Power Rangers!

Pada usia gua 11 tahun bakat gua dikesan oleh Razip Ismail (sila google especially Kardio) ketika gua bersama pasukan sekolah gua beraksi untuk pertandingan daerah. Beliau lalu mengesyorkan pada cikgu dan bapak gua agar mengahantar gua ke FAM kerana ketika itu ada akademi 'First Touch' yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dan hebat iaitu Shebby Singh dan Aminuddin Hussin. Abah gua dengan cargas mendaftar nama gua untuk program itu tanpa meminta persetujuan dan pandangan peribadi serta luahan hati dari gua sendiri! Ini bermakna gua terpaksa melupakan terus aktiviti panjat pokok kelapa dan merembat ayam-ayam pada sebelah petang. Hidup gua berubah 180 darjah! Gua mula sibuk dengan latihan dan perlawanan. Disana, gua sepasukan dengan Titus James Palani serta Saravanan (sila google). Kami same-same mewakili Malaysia dan memberi amaran awal kepada Sultan Bola tentang kehancuran masa depan skuad negara dengan kekalahan memalukan 0-5 kepada Filippina pada Kejohanan Bola Sepak Asean bawah 12 tahun di Manila! Kami seterusnya dihantar pulang kerana format permainan adalah kalah mati. Pada tahun yang sama juga Titus dan Sara berjaya memenangi tempat pertama dan kedua di dalam pertandingan kemahiran bola sepak anjuran Coca-Cola di mana gua mendapat tempat ke-3 sekaligus menghancurkan impian gua untuk melihat sendiri Ronaldo (idola gua) beraksi pada Piala Dunia di France. Ade ke patut Coca-Cola amek no 1 dan no 2 je bawak pegi France! Bajet lari la tu!

Harapan gua hancur ketika itu lalu gua mengalihkan fokus pada pasukan kegemaran gua (setelah 'dipaksa' secara halus oleh abah gua) Manchester United. Sejak itu lah gua kenal Teddy Sherringham, Roy Keane, David Beckham dan Henning Berg (Cantona dah bersara). Gua mula 'addicted' pada Old Trafford dan majalah United. Abah gua la tukang support pada masa tu. Tahun yang menyaksikan Manchester United mengalahkan Chelsea 1-0 tapi masih terlepas kejuaraan liga kepada Arsenal.

Tahun demi tahun gua rasa gua semakin dekat dengan Sretford End. Sehinggalah gua meningkat remaja dimana gua sudah pandai bertaruh dengan classmate gua yang masih samar-samar tentang Manchester United khususnya dan Bola Sepak am nya. Kerja beliau hari-hari ialah menganjing gua kerana dia nampak anti benar dengan Manchester United sama seperti Linda Radzi. Apa yang dia tahu ketika itu ialah pasukan invincibles ciptaan Monsier Wenger dan rekod tanpa kalah semusim yang berjaya dilakukan. Tetapi beliau sendiri teragak-agak untuk menjawab ketika gua mengajukan soalan tentang kekalahan dan kehancuran 49 perlawanan tanpa kalah mereka kepada 'THEPOWERRANGERSULTRAMANTARO' Manchester United!

Jadi, jangan persoalkan kenapa gua memilih Manchester United dan bukan SelangorFC sebagai pasukan kegemaran gua. Kerana gua ada sejarah sendiri yang cukup sentimental untuk dikenang setelah karier bola sepak gua berakhir ketika berusia 19 tahun kerana kecederaan lutut yang teruk!
Akhir kata, GGMU dan undilah gua untuk menjadi pengulas Manchester United yang ke-4 sambil memanaskan lagi hati Kardio dengan penambahan kerusi dalam kem Manchester United!

Sekian...
15

PIALA MALAYSIA

Abdul Sokernet

Sebelum keadaan menjadi gamat dan huru-hara dengan pertikaman lidah seperti "Sokernet tak world" , "Liga Argentina laju" dan "Saya sokong Borussia Dortmund". Jom kita lepak-lepak dan rilek-rilek mengenali akar umbi bolasepak negara kita. Start dengan Piala Malaysia. Piala Malaysia merupakan kejohanan yang tertua di Asia dan ianya seiring dengan Piala Pesta Bolasepak Merdeka, juga tertua di Asia. Sejak dulu lagi kita memang merupakan penganjur nombor Wahid di seantero alam. Bab tu memang kita menang dari zaman pemerintahan Inggeris lagi. Sebelum adanya World cup dan Brit-pop sememangnya orang Malaysia telah lama mengenali bolasepak. Kita ikuti sejarah Piala Malaysia mengikut tahun perkembangannya :-

1920-1932 : Dikenali dengan nama Piala Malaya. Ianya disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Format pertandingan sebenar
semenangnya tidak diketahui sepenuhnya. Perlawanan akhir pertama menemukan Singapura dan Selangor. Singapura
merupakan juara pertama kejohanan ini. Hanya tiga pasukan sahaja yang berjaya memenangi piala ini termasuk Perak. Pasukan
lain di zaman ini, sentiasa Hilang Punca dalam bolasepak, walaupun hampir 12 tahun Piala Malaya diadakan.


1933-1966 : Daripada Piala Malaya ianya ditukar kepada Piala HMS Malaya. Nama ini diambil sempena dengan nama kapal
perang HMS Malaya.Sekali lagi Selangor dan singapura merupakan kuasa besar dalam kejohanan Piala HMS Malaya ini.
Pada tahun 1942, kejohanan ini dihentikan akibat perang Dunia dan disambung kembali pada 1948.
Negeri sembilan dan Pulau pinang juga telah muncul juara pada kejohanan ketika era ini. Dari sumber yang tak rasmi,
nama piala ditukar mengikut nama kapal perang kerana zaman tu merupakan zaman perang. Trend la katakan...
mungkin dah Indie abis untuk zaman tersebut.


1966-Sekarang : Sekali lagi namanya ditukar. Piala Malaysia. Namanya gah hingga ke hari ini, Walaupun anak muda
ketika ini lebih gemar bertekak dan bertikam lidah mengenai Liga luar. Juara Pertama Piala Malaysia ialah Perak. Pada ketika itu
Perak Mengalahkan Singapura 2-1 dalam Perlawanan Akhir pertama piala Malaysia. Era 1970-1980 'an menyaksikan beberapa
juara baru seperti Pahang, Kuala Lumpur dan banyak lagi. Pada tahun 1995, Singapura menarik diri dari Liga Malaysia dan secara
automatik tidak lagi bermain dalam kejohanan Liga Malaysia. Nak buat macam mana kan? Bodoh dan Sombong.

Pasukan Jemputan, Negara Brunei Darussalam turut memenangi piala ini pada tahun 1999. Kelab pertama yang memenangi
piala Malaysia ialah M.P.P.J Selangor pada tahun 2003. Secara umumnya kesemua pasukan negeri telah memenangi Piala Malaysia
dari tahun 1920 lagi. Hanya pasukan Kelantan, Sarawak dan sabah masih kempunan hingga ke hari ini.

Kesimpulannya, Selangor merupakan pemenang paling banyak piala ini sebanyak 32 kali. Diikuti Singapura sebanyak 24 kali dan
Perak, 7 kali. Memandangkan Singapura tidak lagi bermain di Liga Malaysia. Secara automatik, Perak jatuh ke tempat kedua secara
tak rasmi. Kelantan nampaknya masih gigih mencuba.

Harap semua dah tau serba sedikit knowledge pasal Piala Malaysia. Hidup tanpa Knowledge bagai seorang budak
Underground hidup dalam dunia penuh poser. Walaupun anda beria-ria menyaksikan liga-liga yang tak tercapai akal oleh orang Malaysia.....

Bersama-sama menantikan sepak mula Piala Malaysia selepas Aidilfitri nanti.


"MAJULAH SOKERNET UNTUK BOLASEPAK SEANTERO ALAM"


meor-name-depan-ku
http://meornamedepanku.blogspot.com/
13

Penyokong Tenang Amalam Mulia

Abdul Sokernet

Ini kisah benar tentang kesengsaraan menghadapi dugaan kehidupan dan teknik mengharungi cabaran ini dengan jayanya.

Kijai ialah seorang manusia berfikiran cerdas, EQ tinggi serta mempunyai keterampilan yang amat menarik hingga kaum yang bukan sejenis jadi tak keruan bila berdiri dihadapan kijai.

Tapi kijai ada kelemahan dan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sepanjang hidup kijai, dia tidak boleh duduk mencangkung. Setelah berborak panjang dengan beliau secara tidak formal, kelemahan ini timbul kerana kakinya yang panjang menyebabkan pusat graviti beliau berada terlalu tinggi diatas pusat lalu seterusnya mentidak-stabilkan posisi cangkung beliau. Kasihan.

Bayangkanlah betapa kecewanya kijai jika dalam keadaan yang mendesak, tandas awam yang dimasuki beliau berjamban cangkung. Tapi ini tidak menjejaskan keperluan mendesaknya. Beliau akan berpaut kepada apa sahaja ketika menghadapi masalah seperti ini. Jika ditakdirkan tandas tersebut tiada paip atau cangkuk kertas tandas untuk kijai berpaut, beliau akan beryoga sambil menjalankan tanggungjawab insan kamilnya.

Sebagai penyokong pasukan bolasepak Liverpool yang tegar, ingin saya rumuskan disini agar kita jangan mudah menggelabah bila pasukan kita sedang menggelupur mintak nyawa kerana kelemahan2 yang tertentu. Kita harus tenang dan "chill". Jadilah kita seperti kijai dan cari lah tempat untuk berpaut. Jika tiada, marilah kita beryoga.

Blog: clowning around @Pakkordi
Post: Penyokong Yang Tenang - Amalan Mulia
Link: http://pakkordi.blogspot.com/
21

Liverpool Yang Kusam

Abdul Sokernet

Liverpool Yang Kusam


Faith.Itu yg menjadi pegangan kuat bagi Liverpool supporters dalam mengharungi musim 10/11 yg baru bermula skang ni.Kepercayaan terhadap Uncle Woy utk mengembalikan kegemilangan Liverpool bukanlah sesuatu yg instant yg kita boleh dpt buat masa ni.Sememangnye season 09/10 meninggalkan kesan luka mendalam buat semua Liverpudlians dan keseronokkan hakiki buat penyokong penyokong kelab kelab berprestij yg lain atau secara spesifiknye, Man U, Chelsea, Arsenal dan Spurs.Lupakan Citeh, kemenangan mereka pagi selasa lalu adalah pengajaran berguna buat Liverpool yg sedang mencari arah dan right path utk mereka buat panduan.Roy Hodgson ada caranya tersendiri, mendalami dan mengenalpasti titik kelemahan serta membaikpulih akan memakan masa sekurang-kurangnya 2 musim.

Sebagai penyokong tegar yg berfikiran rasional adalah tidak patut untuk aku klasifikasikan yg Liverpool boleh menang title for the next season.Abaikan season ni sebab kita sedang "reshuffle".Menjadi subjek serangan pihak pihak lain bila menanggung kekalahan adalah perkara biasa, imun.Bukan salah mereka bilamana mulut mereka jadi bising mcm p**i ayam.Tapi keadaan Liverpool yg terumbang ambing yg membuatkan kita, The Loyal Supporters menanggung akibat dibahan setiap musim.Takpe itu perkara biasa, kalau takde kutuk mengutuk ibaratnya bersenggama tanpa perasaan cinta.

One thing that we must admit, they need time to be on top again.But time is running out (bukan Muse okeh).Gerrard dah 30, Carra 32 and they might be at their best for another 2-3 years.Concern dan focus mereka sekarang ini adalah Premier League.Uncle Woy mempunyai perancangan sendiri yang akan diterapkan kepada team.Hopefully he can find the formula for the new era dan Gerrard & Co. dpt merasa betapa manis mengucup Premiership dari mengucup camera (tapi best juga sebab lawan Man U masa tu, eheh).

Sebagai seorang Liverpudlian yg hidup mati adalah bersandarkan pada kenangan, i have no regret with my team.We will bounce back, it just a matter of time. (ayat ni paling bebudak Man U menyampah dan suka wat bahan). Ada aku cares?

YNWA!

oh ye nama saya : nadjmuddean
nama kat sokernet: jarr
link blog:http://lebatkulebat.blogspot.com/
11

Kena Yellow Card Kerana............ ??

Lu tengoklah sendiri

Semalam Martn Skrtl foul Adam Johnson kotak penalti tapi tak kena yellow card. Hari ni jom tengok "kesalahan" seorang player sampai dilayangkan kad kuning. Tengok dulu baru komen.



Insiden berlaku dalam perlawanan Liga Europa antara Hapoel Tel Aviv dan FC Red Bull Salzburg. Pemain Hapoel, Itay Shechter meraikan gol yang dijaringkan beliau dengan memakai Yarmulke. Beliau memakai Yarmulke sebagai tanda "fuck you" kepada penyokong FC Red Bull yang mengajing pemain Hapoel dengan sorakan "go to the gas chambers".

Before this game I only like one jew in the form of Yossi "the Golden Jew" Benayoun. Tapi lepas tengok game ni Itay Shechter ialah my second fevret jew! Shalom! Nice sial cara dia nganjing balik fans yang anti semitik.

Lepas ni fans Liverpool kalau kena nganjing dengan pengulas Sokernet dibenarkan memakai topi berbentuk Liverbird sebagai tanda fuck you.
26

Mari Mengeji


Ye. Kome tau le kalah 3-0. Dengan team kaya Manchester City pulak tu. Tevez yang sememangnya ada akaun gol dengan Liverpool dari zaman bermain dengan Manchester United lagi skor dua bijik?

Tapi dengan kekalahan ini dapat menggalakkan pengulas sokernet menulis begini banyak, then I happy je kut Liverpool kalah?
32

Cap Ayam Revisited


Kita ulang kembali gambar nostalgia ini sempena meraikan ketewasan Liverpool. Ya, sandarkan pada tin sardin Ayam Brand!
36

Joe

Pipiyapong Abdillah Hamzah
"Sumpah, Bang. Bukan nak membangga diri la. Saya tadi main biasa-biasa je. Salah diorang la. Siapa suruh main macam bangang, kan?" - Joe Hart ketika ditemuramah wakil Sokernet di Manchester semalam.
69

Kena Lauk..!!!!


kah kah kah.....


kah kah kah kah...

kah kah kah kah kah....

Mari kita kah kah kah kah kah ramai ramai...

Kah kah kah..laukkkk!!

Kah kah kah kah kah kah.....

Nak bela macam mana lagi?

Tak buleh dah..kah kah kah....laukk!!

:

Laaauuuuukkkkkkkk!!!!!!!
35

YEZZZZZZZZZAAAAAAAAAAAAAA

Man City 3 - 0 Liverpool



29

Classic Craven Cottage; Bolasepak Sebenar.

Jorji
Mutu permainan bolasepak Inggeris jelas ditunjukkan oleh Manchester United dalam perlawanan menentang Fulham 2 hari lepas. Kedua-dua pasukan wajar diberi pujian kerana secara langsung mengembalikan semula 'selera' peminat bolasepak TULEN seluruh dunia yang telah tumpul sedikit lewat ini gara-gara prestasi hambar England di Afrika Selatan dibawah bimbingan Crappelo.

Penuh aksi dramatik, action klasikk, cemas dan saling menyerang penuh keseimbangan. Itulah bolasepak sebenar yang kita mahukan dan disajikan dengan penuh 'passion' oleh kedua pasukan. Jumlah jaringan yang sangat ideal dalam satu pertembungan yang seimbang dan semua pemain menunjukkan semangat sukan yang tinggi, termasuk 2 pengurus mereka yang sangat berkaliber.

Itulah gaya bolasepak inggeris yang tertinggal kapal terbang ketika England bertandang ke Afrika Selatan bulan lepas.

Barisan pemain serta polisi kelab seperti Manchester United inilah yang banyak membantu dan menyediakan pemain untuk skuad England akan datang. Hugh Grant yang menonton bersama Capello berkata, saya minta izin ulang disini;

"Jumlah jaringan kemenangan sehingga 6 gol, tetapi dibarisi oleh pemain import sepenuhnya tidaklah membantu menaikkan imej liga inggeris tapi hanyalah satu kepalsuan bolasepak yang hanya sesuai disajikan kepada peminat bolasepak ikut-ikutan"

Panjang kata-kata beliau. Agak penat aku nak terjemah dan faham sebenarnya, aku percaya ianya datang dari semangat bolasepak inggeris sebenar dan bukannya 'skrip' filem. Kurang jelas, apakah maksud beliau dengan peminat bolasepak ikut-ikutan itu, tapi, sangat 'SESUAI!"

Manchester United kalah di Craven Cottage bukanlah benda baru. Semua peminat Red Devils tahu akan senario itu. Kurang menyengat diawal musim juga adalah benda biasa pada Manchester United. Lambat panas atau Cencaru makan petang bak kata Tuan Haji Hasbullah Awang. Justeru seri 2-2 adalah satu keputusan yang baik walau sepatutnya menang 1-3.

Apapun, menjuarai EPL adalah misi utama kelab pada musim 2010/11 ini. Manchester United sudah bosan memenangi piala liga inggeris HANYA 18 kali sahaja. Mereka mahu menang untuk ke 19 kali pula. Jadi mereka tidak boleh lagi melakukan kesilapan kerana kesilapan hanyalah untuk Almunia dan Pepe Reina.

150 SchGOAL!

Untuk rekod, Paul Scholes menjaringkan gol ke 150 dalam kariernya bersama Manchester United pada game menentang Fulham lepas. Untuk menjaringkan 150 gol dalam karier bukan sesuatu yang mudah bagi seorang pemain tengah dan untuk selalu menjaringkan gol pada jarak 20yards memerlukan seorang pemain yang sangat luarbiasa.

Semuanya boleh berlaku di Manchester United.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...